Ikut AiTotYati

28.12.09

KENAPA TAK BULEH CHECK IN SITU?

oleh kerana aku punya urusan seri paduka baginda selama 10hari, maka aku nak bagi 4 alasan kenapa kamu tak buleh stay di sebuah hotel yg terletak di jalan raja alang, kl. gi cepat google hotel itu.




hihihihi. dah tau? aku tak btau ye. korang yg carik... hihihihi




ok2 antara alasan kenapa kamu tidak digalakkan duduk di hotel 4 bintang itu:




1. PENYAMBUT TETAMU ITU TIDAK MESRA ALAM.
masa aku memula sampai aku terus g kaunter nak cek in. aku tercegat kat situ tanpa disapa oleh mereka. aku tengok takdelah bz sanagt budak hitam tu!!! so aku pun saylah good evening. i would like to cek in. i'm from ***. lalu budak hitam itu terus amik form dan letak depan muka aku tanpa mengucapkan ape2 atau menerangkan ape2. aku yg terkulat2 kenalah baca form itu dan fikirkan sendiri ape yg harus dibuat. huh tak mesra alam langsung!!!! aku jugaklah yg kena tanya bila masa dinner n katne. n tanya jugak ape makna 1625 itu. biasanya itu kan bermaksud bilik ko di level 16 room no 25. aku tahu tapi kan biasanya org kaunter akan maklumkan pd kite.



2. KETIADAAN AIR.
weh gile apekah takde air? sape pernah duduk hotel 4bintang tapi takde air angkat tangn? sape jugak yg pernah duduk hotel tapi kena mandi dengan cebuk@gayung angkat tanagn? haaa aku sorg je pernah kot9dengan kwn2 kami yg lain itu hari). bayangkan aku balik dr jumpa kwn n tiba2 bila nak mandi air takde. nak menjerit rasanya. air takde selama 4hari. aku terpaksa tumpang mandi tempat kwn. kwn2 aku yg takde kwn terpaksa mandi kt public toilet. tak ke haru tu?




3. SORRY MEM BUT WHAT IS GAYUNG @ CEBUK @ WATER DIPPER?
adakah aku duduk di AS? tak pernah plak aku request gayung kt mana2 hotel dan mereka taktahu makna perkataan itu. serius beb rasa mcm nak tergelak masa receptionist tu kata lagu tu? or maybe sbb die cha ya nun alif maka taktahu apa itu gayung@cebuk. yelah pasal mereka kan dok guna tissue paper shj. kenapa aku nak gayung@cebuk tu? masa air dah ada maka kami semua pakat2 tadah air dlm bath tub. takut krisis air lagi. jadi sbb malas nak bising2 so aku turuun je beli kat mydin. dan sebgi balasan kpd pihak hotel maka rumet aku yg ade emergency kes jam 3pagi telah guna cerek pihak hotel utk dijadikan gayung sbb dia nak flush jamban. wah apekah? hahahahaha





4. MASA KAMU MAKAN TETIBA ADA SQUIRREL PADAHAL ITU TIKUS BERLARI2 BWH MEJA KAMU!!!
haaa sape berani dgn cik Tikus? bayangkan kena angkat kaki masa having lunch. dahle hitam berbulu lebat. yg manager kat bhgn kitchen tu plak asyik cakap "oh it's just a squirrel"
kepala hotak die!!! itu bukan tupailah!!! itu tikus. tikus!!! rat!!! rat!!! faham? aku yg tengah mkn tetiba putus selera. ish sbb tu turun lagi 2kg kot. takut nak makan. hahahahahaha





5. KAMU TELAH PERGI BERJALAN-JALAN DGN SUAMI KAMU DAN KEMUDIAN BALIK KE HOTEL JAM 2.30PAGI NAMUN TAK BOLEH NAIK KE LEVEL 6 NAK PARKING KERETA DENGAN ALASAN PALANG PARKING HANYA DIBUKA JAM 5.30PAGI!!!!
ni lagi satu lagi gile!!!! tak boleh masuk parking hotel yg ada kat level 6 sbb pihak hotel tak mahu turunkan palang kereta tu!!!! bila aku g kaunter receptionist tanya, dia kata itu polisi hotel. jam 12 tengahmalam palang diturnkan. jam 5.30pagi baru buka semula. jadi aku nak parking kat mana? terpaksalah parking kat open parking kat belakang hotel tu!!!! masa tu tawakal kepada Allah ajelah 206 aku tuh. huhuhuhuhuhuh. alhamdulillah mujur takde ape2. takut gak sbb situ jalan chow kit yg ramai PATI lepak2 dgn muka ganaz n ko rasa macam kat indonesia@bangladesh tgh perati muka n mcm nak rampas handbeg gitu.




6. KO KELUAR JE DARI HOTEL TETIBA ADA MAKCIK TUA BAWA BIL HOSPITAL MIBTA SEDEKAH DARI KORANG N KORANG TAKUT MCM NAK KENA PUKAU.
yer... yg ni mujur aku takde ape2 tapi makcik tu ikut kami (aku n rumet) sampai kami keluarkan duit dr wallet. seram beb makcik tu. aku bagi jelah.




jadi... lu pikirlah sendiir nak ke duduk THE REGEN** HOTEL, KUALA LUMPUR?

27.12.09

SMS UNDI HANTAR KE 33333 JIKA JAWAPAN INI BEST

kenduri tempat mengeratkan silaturrahim tapi ada gak amik kesempatan tusuk hati orang lain. kamu kacau aku, aku jamin jiwa kamu akan kacau. hahahahaha-evil




haaa.... dekat dekat sikit, mana tau buleh"jangkit'
aisey, dapat anak bukan penyakit la makcik oiiii. bukan disebabkan virus. mana buleh jangkit-jangkit. tulah dulu sekolah tak fokus masa cikgu sains mengajar. takpun tak sempat habis sekolah dah sibuk nak kahwin.


pegang baby ni. mana tau boleh 'lekat'
uiks, saya bukan pelekat lalat atau nyamuk ye. jadi bayi kamu tidak akan melekat dengan saya. kalau tak dah lama pelajar2 saya melekat dengan saya.


bila nak berisi perut ni. kosong aje. dah banyak kali datang pun tak besar-besar.
perut kosong tu perut patung. kalau perut saya kosong dah lama mati. macam mana nak hadam makanan?


bila lagi nak bertiga? asyik berduaaaa aje. orang lain dah ramai dah.
eh.... kami memang suka berdua. kalau tak macam mana boleh ada lagu "berdua dengan mu... pasti lebih baik...."setakat ni tak pernah pula dengar orang cipta lagu pasal bertiga atau berempat... pernah dengar ke?


cepat-cepatlah beranak. jangan sampai kamu kalah dengan anak pakcik.
oh, ada pertandingan sape-bersalin-cepat ke? takde pulak isi borang hari tu!

15.12.09

OUT STATION

aik jadi cikgu pun ada out station kah?

ada

kat mane?

adalah?

taknak bagi tahu?

URUSAN SERI PADUKA BAGINDA

oooooo

lama ke?

lama

16-26 dec 09

27 dec kenduri cousin belah hubby ku

tak bawa laptop?

tak

anak2 ikan?

dah jual tadi

bil2 umah blm bayar lagi kan?

belum, nantilah dah setel urusan tu aku online je, bayar
nak bawa laptop tapi broadband tadak
duit umah dh serah pada hubby suh dia bayar
doakan turun lagi 5kg

ada apa2 pesanan?

ada

silakan beri pesanan

kwn2 jangan lupa baca akhir tahun awal tahun hari khamis ni.. jangan malas
SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH
ASSALAMUALAIKUM

13.12.09

DAN KEPUTUSANNYA....

dengan ni saya ingin berkongsi kegembiraan yang saya dah..


sabar




sabar



sabar





dah dapat pakai baju saiz M!!! saiz 38!!! habis semua blous yg dah lama gile terperuk dlm gobok hitam putih aku tu aku try tadi!!! hubby peliks je napelah aku dok keluar masuk bilik. hihihihihihi.. seronok gilerrrrr dapat pakai baju2 tu... dulu sblm aku start diet mmg dapat lepas kepala jelah. then bila nak sarung penuh sah tak lepas. if lepas pun mesti macam sarung nangka gitu.. so kali ini sarung nangka no more... best best!!!! kena giatkan lagi diet dan senaman yg buleh dibuat!!!


period aku lewat 2 minggu. maybe kesan makan ubat PID kot. biarlah.. dah cek dah UPT -negatif. aku pasrah dan redha. sedih? Allah maha mengetahui segalanya. buat apa nak bersedih selalu. nanti jiwa kosong. sedih kejap sudah. hihihihih. hidup mesti diteruskan.

HIDUP MESTI DITERUSKAN

aku sekarang tengah berusaha mengurangkan berat badan. setakat semalam berat badan telah hilang sebnyk 3kg!!! yey satu usaha yg patut diteruskan lagi!!! aku kena hilangkan lagi 12kg spy dapat berat bdn ideal dgn ketinggian aku 158 cm ni. kenapalah aku macam beria2 nak turunkan berat badan?

1. doktor kata if aku tak kurangkan berat badan tulang aku tak mampu beri sokongan. so kebarangkalian utk kena PID adalah tinggi.

2. asyik nak beli baju baru je sbb memula dulu aku pake saiz S, lepas tu M dan sekarang dah naik ke L. oleh kerana saiz M tak muat aku kena beli baju saiz L yg buleh menyebabkan bajet aku lari. aku nak simpan duit nak g umrah. tapi bilakah buleh ke sana?

3. buleh mengurangkan belanja isi rumah. aku berdiet dengan tidak memakan nasi, coklat, aiskrim, pizza, KFC, McD dan segala jenis makanan yg tinggi kalori serta byk karbohidrat. bila aku dah tak mkn benda2 tu bulehlah aku simpan duit kan? seriusly aku stop mkn nasi mulai
20 november 2009. tapi ada gak aku tak buleh tahan diri termakan sepotong kecil nasi impit masa raya haji hari tuh. mana buleh tahan masakan mak aku. ceh meleleh air liur. pagi aku makan macam biasa. tengahari n mlm ratah lauk aje. tupun dalam kuantiti yg sangat sedikit. kalau aku lapar aku akan mkn buah. jadi peti sejuk aku mmg meriah dgn buah-buahan mcm epal, limau n buah naga.

4. aku nak hidup dlm keadaan sihat. jika boleh tak mahulah kena diabetes, darah tinggi, sakit jantung. aku muda lagi n sampi tua pn nak sihat mcm parents aku - mak abah bfast oat setiap pagi.

5. dr tak sarankan aku buat aktiviti outdoor atau aktivit lasak. dr galakkan aku berenang utk kuatkan otot2 aku. jadi aku kena hilangkan lebih byk lemak spy dapat pakai swimsuit muslimah menjelang 28dec09.
(16-27dec09 aku takde kt melak sbb ada URUSAN SERI PADUKA BAGINDA)

walaupun aku diet, aku tetap masak sup ayam n wat sambal kicap beserta rebus telur masin utk hubby aku utk lunch dia hr ini. oh dia baru je selesai mkn. aku? menaip entry inilah utk elak tergoda dgn keenakan haruman sup ayam aku...hihihih :B

11.12.09

MYSPY: movie review


last wednesday me and my hubby went to mbo melaka mall to watch myspy. errrrrrr sbb sains & math akan diajar semula dlm BM maka saya nak taip bm je buleh? because...

"i sound stupid if i speaks english"

itu one of the dialog yg dititipkan oleh tan sri (lakonan mamat khalid) . serius mmg tan sri tu sebut speaks bukan speak. hahahahahaha. agak2 perli siapakah?

memang kelakar gilelah cerita myspy ni. masa awal2 movie ni keluar,

"lakonlayar oleh Afdlin Shauki'

oh yeke? aku taktau pun sebenarnya. so sbb ia garapan afdlin shauki maka aku lebih teruja utk tengok!!! dari start cerita sampai habis pun aku asyik gelak aje. orang tua kata tak kering gusilah!!!! tapi movie ni rated PG13. pada aku baik 18SX je. sebab ape?

sebab banyak betul dialog lucah yg tersirat. hahahaha. banyak gak perli2 org. perli2 org politik pun ada kot. hahahahaha. sebenarnya semua terpulang pd penonton nak terima mcm mana. kdg2 pd aku benda tu biasa je tapi penonton2 lain gelak mm nak terburai perut. contoh scene aku gelak biasa tapi org lain gelak nak pecah perut:

1. masa HSBC (Harun Salim BaChik daaa) guna timun sbg pistol diacukan pd belakang si cantik jelita.

2. masa HSBC dok capai2 buah pisang dan nak bagi pada AC mizal.

dan banyak lagilah!!!

jadi silalah ke pawagam berdekatan ye utk menonton.

kalau anda nak baca review oleh amyikram boleh klik sini. review oleh my hubby klik sini ye.

p/s: masa start masuk panggung aku sakit kepala. aku sedar sakit kepala aku hilang bila dah habis movie. dasat gak penangannye nih. bak kata celcom, berbaloi-baloi! kelakar gile adlin aman ramli jadi sup adnan.. eh bukan sup tapi superitendan adnan. hehehehe (ac kata sup tu superman kah?)

9.12.09

091209

hari ini hari rabu tarikh 9 disember 2009 disingkatkan menjadi 091209.
apakah perkara yang aku miss hari ini?



fikir





fikir





fikir





jadi sebelum aku nak solat zohor tadi aku buka wallet nk tgk appoinment kad fisioterapi. aku yakin hari ini fisio aku jam 2pm mcm biasa.

jeng jeng jeng


aku teliti kad temujanji....

9.00am 091209



alamak!!!! alamak!!! aku sudah miss app hari ini!!! aku segera menelefon unit fisioterapi. dan fisioterapist aku yg angkt telefon!!! aku minta maaf byk2. dan dia bagi tarikh baru yg lama gile lagi... 281209 jam 2pm. haish..... jauh tu. next week jadual sudah penuh. tapi logiklah sbb 16-27 dec aku akan meninggalkan bumi melaka lagi. menuju ke alam abadi... ceh poyo. bukan aku akan dikuarantin lagi. time2 mcm ni yg rasa na beli broadband celcom yg tgh promosi utk kakitangan kerajaan tu. even tak g spital aku tetap membuat fisioterapi sendiri di rumah menggunakan peralatan yg ada. if nak wat short wave ke tu takdak. kena g spital.

oklah aku nak keluar. hubby nak belanja tgk myspy (bukan bersepai ye). walaupun aku keluar aku tetap mengamalkan langkah2 keselamatan. ingat, badan kita ada kuasa utk sembuh!!! mind healing power!!! buang jauh2 trauma aku tu!!! syoh syoh!!!

TRAUMA

sebab dah 3 kali admitted masuk spital krn PID maka aku dah macam trauma ape ke trauma tak boleh kata MACAM!!! aku mmg trauma. sila kaunseling aku!!

aku trauma:

1. nak masuk dalam kereta.
2. nak pandu kereta
3. nak baring atas katil
4. nak berjalan laju-laju
5. duduk lama2 atas kerusi
6. nak mengadap pc
7. nak menonton tv
8. nak buat kerja rumah
9. nak bangun dari katil lepas bangun tidur

pendek kata aku macam trauma nak lakukan aktiviti harian. tapi aku kena atasi juga. mana buleh tak buat apa2. setiap kali duduk berjalan angkat barang semu pun aku lakukan ikut postur yg betul. aku masih solat dalam keadaan duduk tapi aku nak try solat macm biasa. sbb sekarang aku macam dah buleh bongkokkan badan aku lebih (if solat duduk masa sujud kepala harus lebih rendah daripada rukuk). ni minggu depan aku nak menanda kertas ni lagu mana ni? aku dah fikir aku nak beli bakul pergi ke pasar yg ada roda tu mana tahu aku kena angkat kertas2 soalan yg bertimbun2 tu. haish (tak baik mengeluh)

tapi sekarang aku lebih menghargai diri sendiri. sekarang harus kena lebih fikirkan diri daripada fikirkan orang lain. priority utk diri sendiri, faham?

JIWA KOSONG

26.11.09

24 & 27 november 2009

ada apa dengan tarikh itu?

24november- befdei hubby ke 28 tahun. aku dah nak masuk 29 baru laaa abg sayang aku tu nak join kelab aku nih.


27 november 2009 - HARI RAYA KORBAN LAH!!! chop chop ada lagi satu....

ULANGTAHUN PERKAHWINAN KAMI KE-4.

pejam celik makan minum tidur gaduh gurau tepuk tampar cubit mlancong semuanya telah kami lakukan selama 4tahun bersama-sama.

saya nak tuntut janji hubby... LANGKAWI. hihihi

p/s:
aku takde mood nk berblogging. nanti ada mood update lagi. banyakkkkk gambar.
aku akan start kuarantin esok hingga 7dec. aku tidak akan dapat dihubungi mulai esok.
chow!!!

20.11.09

CONTOH YANG BAIK KAH?

hari ini hari terakhir persekolahan. esok pelajar yg tidak mengambil spm atau stpm akan mula berdondang sayang holiday.

aku?

ish lama dah cuti... laa kamu tidak tahukah yg aku mc 10 hari bekerja. iye.. alaaaa sebab sakit tu. taktau? haaa gi baca entri ini.

sesambil merehatkan diri di rumah tiba-tiba aku teringat pada pelajar2 aku. tidak dinafikan aku merindui karenah mereka (tulah dulu suka sangat nak marah2 mereka- oiii marah bertempat tau). tahun depan aku akan dapat batch baru (baru di sini bermaksud- sbb aku langsung tidak mengajar form4 tahun ini maka aku kurang mengenali pelajar form4 tapi aku sangat rapat dengan form5. jadi pelajar form5 yg akan aku ajar tahun depan ialah batch baru utk aku :P)

aku teringat pada si amirul hakim ni. die pelajar 5kfl.

please describe him!!! ok die ni:

1. putih melepak (uii lelaki putih tak macho kah?)
2. mata bersinar-sinar macam kartun jepun tu
3. tinggi sederhana
4. senyuman manissssss menawan
5. kepala otak geliga

nak dijadikan cerita, pada akhir oktober die ni selalu tak hadir sekolah. dalam seminggu tu cuma 3kali je die hadir. so aku pun tegurlah ketidakhadirannya itu. dan ini jawapannya:

"cikgu, perasan tak saya cuma datang hari yg ada subjek cikgu je. subjek lain saya tak minatlah dengan cikgunye. cikgu ni best"

oooohhhhhhh... masa ini aku mcm tergamam apekah budak ini mengayat pandai bodek spy tidak dimarahi oleh aku? tapi aku mmg sedar selalu die skor subjek applied science tu. selalu top5 antar pelajar dalam 4buah kelas yg aku ajar.

dan kemudian aku cubit lengan budak itu sbb berani die menjadi playboy sekolah. hahahahahaha.

macam nak pergi sekolah lah!!!
(eleh nanti dah pergi sekolah sebuk nak cuti pula) eheks

18.11.09

COVER LAH SIKIT

jam 11pagi. aku capai telefon utk batalkan satu appointment spy orang di sana dapat buatkan yg baru.

tut tut.. tut tut... (ini bunyi line telefon hujung sana)

sana: hello unit fisioterapi **************
aku: hello, boleh saya bercakap dengan Pn ******* (ok nama dirahsiakan demi keselamatan)

sana: oh sebentar ye
aku: ok

ketika inilah aku dengar orang di sana tanya pada kawan2 di sana bertanya mana perginya orang itu. dan tiba-tiba ada seorang melaung "** takde, dia keluar MINUM LAGI"

sana: hello, dia takdelah. dia KELUAR.
aku: KELUAR ? (ceh konon2 buat macam tak dengarlah kan perbualan mereka tu?) keluar ke mana ye? tengok site ke?

sana: tak pastilah. tapi dah lama jugaklah.
aku: oh ye ke. takpelah, AGAK-AGAK PUKUL BERAPA DIA BALIK MINUM YE? (hahahah sengaja aku stress kan word minum tu)

sana: aaa? ( ok mcm terkedu sikit kot). tak pastilah. lagi 5 minit kot.
aku: takpelah ye. terima kasih ye.

hahahahaha. sudah pukul 11pagi tapi masih minum lagikah?
oh, mari berfikiran positif bahawa pagi-pagi tadi orang itu belum sempat minum lagi.

bilalah perkhidmatan kerajaan ni nak dipertingkatkan?
(uiks, jangan terasa jika kamu tak buat ye)



17.11.09

KARENAH BIROKRASI: SIAPA INGKAR PERINTAH

entri kali ini aku copy & paste dari blog hubby je. jika nak baca terus dari blog hubby klik sini. tapi kadang-kadang page tu lambat loading maka aku C&P cni.

apa itu birokrasi?

kalo ikut dlm wikipedia :
Birokrasi ialah sebuah konsep sosiologi dan sains politik yang merujuk kepada cara bagaimanapun pentadbiran melaksanakan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan yang sah secara sosial. Pengurusan ini disifatkan dengan tatacara piawai, pembahagian tanggungjawab yang formal, hierarki, dan hubungan tidak peribadi.
Contoh birokrasi-birokrasi harian termasuk kerajaan, angkatan bersenjata, perbadanan, hospital, mahkamahkementerian, dan sekolah.


so, ape citer ni beb ???

alkisahnyer.... wife aku masuk spital kan... so dia dpt ler MC 10 hari. mengikut kata kerani sekolah dia, kena dapatkan pengesahan dr doktor kerajaan pasal dia dpt MC dr private hospital. aku pun memulakan 'endorsement hunt' aku. --> Aku admitted kat hospital pantai. bukan pasal banyak duit atau ape. tapi sebab aku guna insurans. insurans aku dan hubby sebulan rm600. jadi salah ke kami gunakan kelebihan yg kami ade? kalau org tanya kenapa banyak sangat spend pd insurans? aku jwb sbb aku belum ada anak. jadi ke situlah aku blanjakan duit2 aku. tambahan pula private hospital itu lebih hampir dgn rumah aku berbanding GH. lagipun aku ada bad experience dengan GH negeri ni. ko bayangkan masa hubby aku admit kat GH, sepatutnya kami layak kelas 1 tapi hubby aku ditempatkan di kelas 3. kawan aku yg baru bersalin, ditempatkan di wad telinga dan mulut. logik ke? kadang2 aku pikir sebab negeri ni ada bnyk private hospital maka pemerintah taknak naikkan taraf service GH kat cni. tapi bukan semua org mampu. pikir2lah!!! aku tak cakp GH negeri lain. aku cakap GH sini je ye. aku faham mungkin sbb ramai minta perkhidmatan tapi tak bulehkah besarkan n tambahkan kemudahan di GH ni? yelah aku bukan pentadbir tapi aku rakyat yg harus didahulukan. janagn setakat tagline je. wazup wazup?

situasi 1
kebetulan aku pergi hospital kerajaan wat medical checkup. so aku pun minta doktor yg aku jumpa utk endorse mc tu. dia mengatakan bahawa dia perlu tgk keadaan pesakit sebelum dpt mengesahkan MC tu.... SOOOO aku nk bw ke wife aku yg baru keluar hospital n lay down atas katil kt umah berjalan ke hospital semata-mata nk endorse MC ???---> kalau aku sihat sejahtera takkanlah doktor tu nak bagi aku mc sampai 10 hari kan? nak plak aku slipped disc. acaner nak jalan tu?

situasi 2
aku pun pegi le ke poliklinik kerajaan... jumpa doktor dh masuk dlm biliknye, dia tgk MC tue, lepas tu dia kata... dia xleh sign sebab dia kata xde report sekali. kalo nk minta endorsement kena ada report dr doktor yg rawat baru leh endorse. aku pelik jap... sebab last time aku dtg situ gak, dr yg lain, dia sign jer tanpa byk soal.... so skrg aku dpt 2 jawapan dari 2 dr yg berbeza... dia ckp kalo xcaya leh jumpa dgn bos dia... aku makin penin...---> haish karenah birokrasi bermula dah. masa bulan 6 hari tu kan aku admitted gak dan dapat mc yg panjang jugak. dr yg endorse tu sign je mc aku . maybe dr tu fikir takkanlah husbandnye yg datang minta endorsement kalau isterinya sihat sejahtera, logik kan?

situasi 3
aku pegi ke poliklinik yg dekat skt dgn umah aku. biler sampai kt kaunter jer.. dia trus kata x payah endorse sebab dlm pekeliling dh mention yang mengatakan MC tu x payah endorse. utk gvmt servant yg in patient treatment, kalo dpt MC kurg 90 hari... xperlu endorse. dia siap bg copy pekeliling tue... kalo korg xcaya... bley pegi kt website JPA, cek ni:

pekeliling perkhidmatan bilangan 2 tahun 2006, pindaan peraturan berkaitan penerimaan sijil sakit swasta untuk tujuan kemudahan cuti sakit ---> ok ini linknye. aku siap save dan print utk future reference lagi.

kt situ mmg dh mention xperlu endorse...


situasi 4
so, dengan berbekalkan copy pekeliling tue... aku pegi le skolah wife aku. beri pd kerani kt pejabat. dia ckp, mmg dia tahu pasal pekeliling tue. but still jabatan masih nak pengesahan dr doktor kerajaan. dia ckp dulu pernah sorg cikgu bg pd dia gak pekeliling tue. but still jabatan reject n masih nk endorsement... dia minta aku cuba dptkan endorsement... so kt sini saper yg dah mula langgar perintah pekeliling ??? reasonnya jabatan minta sebab, ada yg salah guna MC. ohh... come on laa... kalo dh org tue salah guna, amikla tindakan tatatertib pd dia... tu la gunanya peraturan.. ngaper lak nk hukum sumer org ??? --> ok kat sini my hubby dah jadi macam bola kena sepak kulu kilir. birokrasi betullah! kesian hubby aku, mr mamaku itu.

situasi 5
aku pun patah balik ler ke poliklinik tue... sama jer.... sampai di kaunter dia inform xpayah endorse... so aku pun explain ler... jabatan nk endorse gak... aku pun dh tunjuk pekeliling tue... dia kata dia try bw pi jumpa dr... dia kuar dr bilik n same answer... pastu dia kata... derang x tengok pekeliling ker ??? nk ingkar perintah ker ??? ---> aku rasa kakitangan poliklinik tu kena cakap pada kerani jabatan tu ayat ini. bukan pada my hubby. my hubby cuma buat apa yg org2 tu suh buat. huik.... sampe ingkar perintah... aduyai... aku makin penin... sign xdpt lagi... kena ulang alik dh almost seminggu pasal MC ni jer... sana tolak sini, sini tolak sana... mana aku nk pegi nie ???

saper yg x baca pekeliling... ???? salah aku ker setakat nk minta endorse jer... sampe jadi camnie... jabatan nk endorse... doktor x nak sebab ikut pekeliling... aku kt tengah2... tersepit... mana nk ikut nie ????

camnie nie ke rakyat didahulukan.... ????

16.11.09

CEH EMO BETUL!!!

handset ku berbunyi,

"lagu explosive by bond yg aku dah edit guna sound forge"--> sila imagine sendiri. group bond tatau? gi google sekarang....

ape? eh lagu nur kasih yg kite dah edit tu... utk hubby kite je...hehehehhe

tertera di skrin nombor yg aku tak kenali. hati kata jangan angkat. otak fikir angkatlah.

so aku pun tekan butang hijau di handset aku (habis takkan tekan button handset korang kot?).

aku: hello
orang sana: cikgu.. helllo. cikgu

aku: iyer saye... (dan aku cam suara itu) eh syamil amri ke? (even tak g sekolah lebih seminggu
aku tetap kenal suara mereka)
syamil: cikgu, iye saya ni. kami semua rinduuuu cikgu. cikgu tak dtg sekolah ke? cikgu kursus
ke? kenapa lama sangat cikgu kursus?

aku:( terkedu jap sbb byk benor ayat tanya dalam satu pertanyaan). cikgu dapat mc lah syamil.
syamil: sakit cikgu dtg semula ke? (sayup2 di belakang aku terdengar kwn2nye dok kata... tulah
ko punye pasal kan cikgu dah sakit lagi). cikgu saya mewakili pelajar 5KFL minta maaf
dgn cikgu ye. kami tahu kami selalu sakitkan hati cikgu, nakal. halalkan ilmu yg cikgu beri
ye.

aku: (part ni aku dah start nk menitik air mata dah) iyer cikgu halalkan semua ilmu. cikgu dah
maafkan semua kesalahan kamu. walaupun kamu nakal cikgu tak pernah dendam.
syamil: cikgu, irfan menangis cikgu (masa ini aku baru perasan yg syamil pasang loudspeaker).
maka memang dapatlah aku dengar suara2 kanak2 ribena yg nakal2 tu). cikgu, kalau
dah sihat datanglah sekolah tengok kami. kami semua rindu kat cikguuuuu... budak2 5bb,
5ppu, 5auto semua rinduuuuu kat cikgu.

irfan : cikgu dah buat baju raya?
aku: (sumpah nak gelak guling2 time irfan tanya bab baju raya. haish macam budak kecik je nak
siapkan baju raya baru. hehehehe) takdelah cikgu pakai je baju raya aidilfitri.

irfan: ok ye cikgu. kami semua doakan cikguuuuuuuuuuuuuu. cikgu jaga diri tau (aik mcm
pompuan)
aku: ok. kamu pun sama. jaga diri. jgn nakal2. buat yg terbaik. jgn tidur masa jawab spm ye.
salam.



kesimpulan
aku emo kah? ceh emo betul. iye mmg aku emo tanpa sedar ade mutiara jernih mengalir di pipi. eleh cakap jelah aku nangis habis cerita. seingat aku, hanya fitri yg ada nombor telefon aku. tapi nampaknye ramai dah dapat nombor aku. sebab lepas syamil telefon menderu2 sms dari pelajar2 lain masuk. semua mendoakan agar aku cepat sembuh. dan kalau ada pelajar2 aku yg secara tidak sengaja terjumpa blog ini, cikgu nak kamu tahu bahawa tiada cikgu yg nak melihat pelajarnya kecundang. cikgu juga tak pernah dendam dengan kenakalan atau kelaseran kamu tu. semoga cemerlang dalam spm 09!!!

BUTAKAH APEKAH? SABARLAH.....

entry ini berbaur mancis hangit!!!!

jam 11.00am sedang aku buat fisioterapi tetiba satu sms masuk. oh bila kulihat namanya, kupikir kayangan mahu bertanya khabar. lalu sms kubuka...

"salam. maklumkan guru melalui sms sekolah mesyuarat guru hari ini jam 2ptg. tk"


wah.....kali ini aku memang dah tak boleh nak tahan kadar kekecewaan aku. bendahara kayangan ni buta ke atau hati batu? sebab-sebab aku utk kecewa:

1. aku macam hamba kuli batak ape kejadah kat situ tapi bila masa aku sakit ada kayangan tanya khabar? ada? tak harap pun ziarah tapi tanyalah khabar!!!!

2. aku stil on mc yg diberikan oleh dr --> maksudnya aku haruslah berehat di rumah!!!! aku takkan dapat mc lama jika sakit PID aku ni tak kronik. faham?

3. ini kali ke2 aku admit di hospital(tahun ini... tahun lepas sekali) tapi ada kayangan kisah? mampos tak kisah!!! sekurang-kurangnya tanyalah khabar jika anda tak buleh nak menziarahi aku semasa sakit.

walaupun aku kecewa yg amat sangat tapi selaku org yg waras aku tepon dia utk beritahu agar dia buat sendiri. ape takkan buta IT sgt kot?

aku: salam ****
lemau: eh awak tolong buatkan sms tu.

aku: saya stil mc lah ****. kan saya mc hingga hbs cuti sekolah. apa kata **** buat sendiri macam hari tu? pergi ke website www.********** kalau ada masalah telefon saya.
lemau: haaa yelah saya try buat.

dahle aku yg telefon. tanya khabar aku pn tidak. macam takde hati perut aje!!! bayangkan masa sakit2 ni depa mcm tak kish je aku sakit ke ape ke. agaknye aku kena pakai kerusi roda baru consider sakit kot?

ada satu lagi tragedi berlaku masa minggu lepas. begini ceritanya:

rabu jam 10.58pm aku terima message 121 maklumkan aku ade voicemail(ala pesanan suaralah). talian digi pada hari itu mmg sedikit sengal. outgoing call dgn incoming call mmg ade problem. so aku telefon 121 dan dengar pesanan yang ditinggalkan:

"assalamualaikum *******yanti (wtf? nama aku pun salah sebut!!!!)
kalau sihatke ape ke call saya semula. urgent!!!"

itulah bunyi pesanan suara yg ditinggalkan. tu si lemau gila pangkat yg ke2. aku malas nak telefon semula org tu sbb masa tu aku dah tertidur. kiranya kehadiran voicemail tu mengejutkan aku dari tidur yg lena.

esoknya khamis pagi2 lagi jam 7.25am aku terima panggilan dari *****. aku angkat. dan macam diagak ia berkenaan dengan satu majlis yg akan berlangsung pd hari itu. mujur sipemanggil (bukan silemau gila pangkat2 tu yg tepon) ada berbudi bahasa. tanya khabar aku dan minta maaf kerana mengganggu. jadi sejuklah hati aku. dan aku pun dgn rela hati nak menolongnya. aku gagahkan diri membantunya dn dijadikan cerita jam 8.30am sipemanggil tiba di rumah dan brg itu mak aku yg tolong paskan.


kesimpulan
ORANG YG SEDANG SAKIT HATINYA MEMANG SENSITIF. JADI BERBUDI BAHASALAH!

14.11.09

CAKERA TULANG BELAKANG TERKELUAR

kosmo online hari ini telah menerbitkan artikel bertajuk "HIMPITAN SARAF"

wah patutnya entri ini aku letak kat blog lagi satu tu. tapi takpe saje nak buat review. buat kawan2 atau pembaca yang masih kurang jelas tentang PID ini. setelah dibahasa melayukan istilah prolapsed invertebral disc ni, istilahnya ialah CAKERA TULANG BELAKANG TERKELUAR.

seram? ngeri? terkejut? nyilu tetiba di belakang tulang belakang anda? kalau anda rasa ngeri lagilah aku ni yg menjadi penghidapnye. meh aku petik sikit dari kosmo 14 nov 2009:

"Bagi kategori Extradural, ia berlaku akibat penyakit di luar selaput saraf tunjang seperti Spondylosis, cakera (disk) tulang belakang terkeluar (PID), keretakan tulang belakang akibat kemalangan serta ketumbuhan.

“Bagi kategori ini, himpitan terjadi di kawasan luar saraf tunjang. Ini secara tidak langsung akan mengganggu bahagian saraf yang mengawal deria sentuh serta saraf motor,” ujarnya.

Bukan sekadar itu, rasa kebas atau sakit akan timbul dan menjadi lebih teruk apabila melakukan kerja-kerja harian seperti membongkok, mengangkat barang atau keadaan posisi tubuh yang salah.

Tidak terhad di kawasan pinggul dan belakang paha, kesakitan turut merebak di anggota tubuh yang lain atau radiculopathy turut mengganggu keselesaan pesakit.

“Ada keadaan tertentu, pesakit boleh menjadi lumpuh akibat himpitan pada saraf ini,” jelasnya.

Di samping itu juga, kebas pada anggota kaki ini menyerang tidak kira masa. Malah, dalam keadaan tubuh sedang berehat, kebas ini masih terasa.

--> tang lumpuh tu aku dah rasa dah. aku hanya mampu terbaring. nak angkat punggung tak buleh. bila try bergerak memang amat sangat sakit tak terkata Allah je tahu.

Penggantian cakera

Mengenai rawatan, Azmi menjelaskan ia bergantung kepada jenis penyakit dan kerosakan yang berlaku sehingga menghimpit saraf tunjang dan ekor saraf.

“Sekiranya ia melibatkan kehadiran tumor, pembedahan perlu dilakukan bagi membuangnya. Sekiranya ia melibatkan cakera tulang belakang yang terkeluar, pembedahan bagi mengeluarkan bahagian cakera tersebut dan penggantian cakera boleh dilakukan,” katanya.

Tambahnya, ubat penahan sakit dan teknik Traction atau regangan tulang belakang turut dilakukan dalam sesetengah kes PID yang boleh mengurangkan tekanan terhadap akar saraf.

---> ubat penahan sakit ntah berapa banyak yg masuk dalam badan aku ni. bukan setakat pil, 3kali aku admit kat pantai, jenis cecair tu yg disuntik masuk pada tangan aku dengan kuantiti 0.8 ml/jam. kalau tak salah aku satu tiub tu tahan 6jam. admit hari tu masuk 4botol. kire jelah berapa ml painkiller yg masuk dalam sistem badan aku. traction tu aku selalu buat bila time fisioterapi selain hotpack dan juga back exersice yg aku kena buat.

Lanjutan daripada pemeriksaan fizikal, pesakit perlu menjalani ujian imbasan MRI (Magnetic Resonance Imaging) di bahagian tulang belakang bagi meneliti secara terperinci struktur saraf tunjang, akar saraf dan anatomi tisu sekelilingnya dengan lebih jelas.

Selain daripada itu, ujian X-ray dan CT Scan juga boleh dilakukan bagi mengetahui keadaan tulang belakang yang secara semulajadi berfungsi melindungi saraf tunjang pesakit.

--> MRI toksah cakaplah, tiap kali masuk tiap kali tulah aku wat. cuma 3rd time admitted tu aku refuse to do MRI. memang nampak bengang muka drLAT tu. yelah tak dapatlah duit kan?

aku akan cerita lebih lanjut dalam blog lagi satu tu. so kawan2 dah dapat tak ape sebenarnya PID?

iklan: JAGALAH KESIHATANMU. JAGALAH POSTUR MU. JANGAN PANDANG REMEH KERANA JIKA DAH KENA IA MENGGANGGU KUALITI HIDUPMU.

12.11.09

MITHALI SEMUANYA!

baru je dapat bangun macam dah terlepas dari kandang. hahahahhaha.. bila kite sakit kita akan banyak mengingati Allah. uishhh masa sakit je ke? maksud aku.... aku banyak muhasabah diri sewaktu terlantar sepi mengenang nasib diri.

masa sakit jika nak cepat sembuh kena berfikiran positif. mujur aku di kelilingi oleh insan2 yg sentiasa mengambil berat!!! saya ingin tujukan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada:

1. hubby yang banyak menjaga aku (iyer termasuk ke toilet- masak bubur- buat semua kerja rumah-suap makan-dan semualah!!! - saya dengan bangganya nak anugerahkan SUAMI MITHALI kpd EN. HUBBY yg banyak berkorban tenaga, wang ringgit etc etc)

2. mak abah - mencari air penawar, bacakan yassin, doakan aku, masakkan makanan aku, mandikan aku dan segalanya - aku nak bagi anugerah IBU BAPA MITHALI

3. mak ayah - melupakan kesibukan bekerja demi melawat aku yg sakit. memberikan sokongan moral dan mendoakan aku - aku nak bagi anugerah MERTUA MITHALI!

4. adik beradik - yg rela berkorban melepaskan mak abah mak ayah datang ke umah menjaga aku tatkala hubby pergi bekerja. sian adik nak stpm mak takde kt umah.- aku nak bagi anugerah ADIK BERADIK MITHALI!

5. kawan seperjuangn - buat nuril, ra, akuza, kza, kpah, syikn terima kasih menziarahi aku di hopital tempohari. kAna, knad, meor, meena, azhar, manaf yg sudi sms beri moral support. jiran tetangga acik Mala, acik Shima, kak mawar, kak mala yg menziarahi aku - nak bagi anugerah RAKAN/JIRAN MITHALI!

maaf jika ada yg aku tak tersebut di sini.

mungkin ada yg belum tahu, 081109 yg lalu aku admitted lagi di HPAK kerana prolapsed invertebral disc. itu kali ke3 aku masuk wad kerana PID. tahun lepas sekali. tahun ni 2kali. memula masuk 4H3m. kali kedua masuk 3H2M dan yg terbaru ni aku masuk 2H1M je. tak sanggup dah aku nak terima painkiller sebanyak2 nyer. nantilah aku ceritakan semuanya.

note: aku buat entri ini selama 3jam. kejap2 bangun, jalan n baring nak elak belakang aku daripada sakit. kawan2 sila amalkan postur yg betul semasa melakukn semua aktiviti gerak kerja ok!

6.11.09

PERNAH TAK? nur kasih madness

pernah tak kamu tertidur selepas maghrib tak sedar ape?
dan kemudian kamu terjaga jam 11.05 malam kerana kamu lapar gile!!
sedangkan pada waktu siangnya kamu dah makan nasi sebanyak 3kali !!!
iaitu pada jam 9 pagi, 3 pm dan 7 pm?
pernah tak?
pernah tak?
pernah tak?

dan nasi yg kamu mkn pula bukan sebarangn iaitu 9 pagi nasi putih berlaukkan ikan keli plus sayur.
jam 2.45 petang mkn nasi beriyani lauk kambing & ayam sempena jamuan persaraan.
kemudian jam 7 mlm tu kamu mkn nasi yang digoreng oleh hubby kamu.

pernah tak?

itulah yang terjadi kepada aku pada hari ini. semasa melihat ulangan CSI miami jam 7mlm channel axn tadi dengan secara tidak sengaja aku telah terlelap di sofa. bila terjaga aku lihat jam menunjukkan ke angka 8.05malam. mujur aku cuti2 malaysia maka aku niat nak sambung tidur sementara menanti kelas yg belum bermula tapi oleh kerana system badan terus je shut down aka hibernate maka aku hanya terjaga semasa perutku mula berbunyi. pelik sungguh aku. nak kata tak makan, hari ni makan banyak. oh mungkin metabolisme badan meningkat kot.

jadi tadi jam 11.15 mlm selepas gagal utk cuba tidur semula maka aku gagahkan diri bangun utk menjadi tikus di tengah malam. hahahahahah. aku bangun dan buat nestum secawan. sambil minum aku on monitor pc yg memang dah tersedia on sbb hobi hubby yg suka nak download2 movie. so sedang aku nak buka emel tetiba ada pop up ballon di kanan pc bertulis:

"nur kasih ep 4 download completed"

"eh eh cantik menarik tertarik macam best aje layan" hati aku berkata-kata.

seterusnya tanpa berlengah aku terus klik pada ballon tu dan aku nampak syurga dunia. wahhhhhh heaven seyh!!!!

folder yg aku carik selama ini telah kelihatan. folder nur kasih. aku lihat di situ deretan nur kasih dari part 1 hingga part 22. wahhhhh ini semakin sayang hubby nih. hubby mmg ada cakap die download kan nur kasih cuma kualiti gambar tak berapa nak bagus. tapi takpelah eden tak kisah sebab yg penting aku nak tengok cerita tu dari awal. maka sekarang di sinilah aku jam 1.25pagi. menaip kisah ini sambil ditemani nur kasih episod 5. gile ape marathon!!

haaaa ape? camne aku buleh suka nak tengok nur kasih?

begini kisahnya....... hahahahahaha.. sebenarnya aku ade terbaca di review nur kasih blog iritiyah suatu ketika dulu. dan sekali skala bila aku tiada kelas hari jumaat aku akan tertukar channel tv3. tapi masa tu hati aku degil taknak tengok cerita melayu. sebab anggapan aku nur kasih pun macam tipikal malay drama yg aku biasa lihat. tapi semasa bulan puasa tv3 ada buat ulangan nur kasih setiap hari sabtu ahad jika tak silap bermula jam 5pg -6pg. dan start di situlah aku mula menyukai nur kasih. tambahan pula pengarahnya ialah si encik khabir batia pengarah sepi n cinta movie fevret aku. maka secara rasminya nur kasih menjadi drama melayu kesukaaan aku. walalalalalalalala. tetiba nak bagi anak nama nur amina aci tak? hihihihi

ok2 aku nak publish. now is 1:43am. wahhh mujur hari ini sudah jumaat. lagi 5jam aku nak gi sekolah pula. huwarghhhhh

updated on 3:09 pagi ~ aku marathon til episod 11. ok gtg now. lagi 4jam nak g keje.

30.10.09

TAMPARAN WANITA

my expectation terhadap pelajar ialah apabila loceng telah berbunyi dan aku menuju ke makmal applied science untuk proses pengajaran & pembelajaran (P&P):

1) pelajar2 telah beratur di luar makmal. setidak-tidaknya jika tidak beratur pun telah menunggu di luar makmal.
2) bersedia dengan buku2 & latihan yang telah dibekalkan. latihan hendaklah telah siap.

namun perkara yang berlaku pada selasa & rabu yang lalu telah betul2 menguji tahap kesabaran aku.

SELASA
aku memang telah bersedia menunggu pelajar utk proses P&P yang seterusnya di makmal applied science. namun sudahlah pelajar lambat. mereka lagi mau main2 gelak ketawa senda gurau. di saat-saat akhir menjelang spm ini aku hanya fokus pada latih tubi. pelajar2 telah kuberikan kertas soalan dari negeri-negeri lain sementelaah subjek applied science merupakan subjek baru dan pertama kali pelajar2 ambil utk SPM.

pada hari itu kebetulan gerak hati aku nak cek kertas soalan trial smtpc yang telah kuberikan pada pelajar minggu lepas. sebelum ini aku hanya beri nasihat jika mereka tidak menyiapkan latihan itu. tapi pada hari itu, aku betul2 naik darah (woih bukan darah tinggi ok). apabila hampir semua pelajar tidak membuat latihan itu. mungkin mereka beranggapan yang aku akan berbincang dengan mereka, then dapat jawapan. tapi bagaimana nak bincang jika mereka tak buat latihan itu? wahhhhhh aku pun ape lagi....

pap1 pap2 pap3 pap4 pap5.................................................................pap33.

haaaaaaitu ialah bunyi tamparan wanita tgn aku utk mereka. tamparan yg aku bagi bukanlah dengan hayunan tgn aku tapi sekadar tap manja pada pipi. yang best tu, sebelum tampar aku tanya dulu pada pelajar:

"awak nak saya tampar ke tempeleng?"

pelajar senyap tunduk. mesti dia pikir apelah cikgu ni bagi opsyen pun wel wel je. tampar dengan tempeleng tu kan sama je. hahaha

"awak tahu kesalahan awak?" (saje bagi kaler merah tanda marah..hahahaha)

pelajar angguk dan pasrah. bersedia....

maka aku pun bagilah pap!

tamparan itu sekadar sentuhan di pipi. setelah selesai memberi hadiah kepada pelajar, aku buat pengumuman dalam makmal,

"jika ada pelajar yang tidak berpuashati boleh lapor pada mak ayah awak. tapi semua kesalahan awak saya dah catat dalam buku ini"

iye... aku ada satu buku catatan kecil berwarna hijau. dalam tu semua adalah buku kesalahan pelajar2 beserta tarikh, masa & sebab. aku berani cap jempol tak hendaknye mereka repot sama bapa, nanti kena sepak. hehehe. buku itu adalah rujukan jika ada parents datang tak puashati aku tunjuklah bukti yang berapa kali anak mereka tak siapkan kerja rumah.




RABU
hari itu kelas lain pula. peristiwa ni lagi best. aku tengok di makmal applied science tiada kelibat seorang pelajar pun. jadi aku terus ke kelas mereka yang terletak tidak jauh dari situ. pemandangan yang jadi habuan mata aku:

1) ada pelajar sedang membaca suratkhabar.
2) ada pelajar sedang bergosip2.
3) ada pelajar sedang tidur!!! (gile ke ape baru 7. 30 pagi dah mengantuk!!!)
4) ada pelajar sedang baca majalah.

aku sergah mereka dan bersuara, "naik sekarang!!!!" (pergh ringkas dan padat)

aku suruh mereka beratur sambil menunjukkan kertas trial smtpc. aik sama gak. kertas 2 langsung tidak dibuat. maka langkah meng 'pap' pelajar seramai 26 orang telah berlangsung utk sekelian kalinya. dan hari itu mereka gigih menyiapkan kertas soalan itu.


KESIMPULAN
aku tidak berniat dengan sengaja nak memberi tamparan wanita pada mereka. aku betul2 nak menyedarkan mereka bhw sekarang sepatutnya dah spm fever lagi 19 hari dowh!!!

dan aku betul2 nk menyedarkan anak2 bangsa aku sendiri!!!! anak bangsa aku yang semakin lupa diri. haish (maka kata tak baik mengeluh.....)

27.10.09

SUKA SUKA HATI JE

4.15pm: meeting tamat. aku didatangi oleh KP bertanyakan tentang buku program untuk Program Outreach yang akan diadakan pada 4Nov09 di sekolah aku. aku terpinga-pinga. aku memang taktahu ape2 tentang AJK ke, buku program ke.

"bila masa lak nama aku jadi ajk ni?" ayat dalam hati aku.

KP kata, "eh nama awak memang ade"

dalam hati aku, "wahhhhh ini sudah lebih ni. suka2 hati je letak nama aku dan kata nama aku ade dalam senarai ajk dia."

maka aku bidas, "mane ade kak. tak ada. saya cek banyak kali dan mmg tak ada nama saya yang kena attend meeting rabu 2minggu sudah (aku ingat sangat sbb rabu tu aku dah cek dan mmg takde sbb rabu tu jugak aku puasa enam selain pelajar 5auto buat jamuan akhir tahun di mana aku tak dapat attend jamuan sbb aku ada fisioterapi) nama saya tekde"

namun KP masih juga nak tegakkan benang yg basah, "eh ade. nanti akak telefon KD"

namun talian KD tak dapat ditembusi. so perbualan berakhir di situ.

dalam hati aku pedulik ape. peel orang2 kat tempat aku ni suka nak suruh2 orang2 yang rajin macam aku & KF jadi ketua ajk (a'ah akuza, tadi saya tengok nama awak pun ada dalam notis mesyuarat khamis ni). just name it program ape yang kami tak terlibat? secara keseluruhannya pasti nama kami ada. macamlah orang2 lain tu buta It sangat!!!!!! buta IT ke malas?

ikut kepala angin aku nak je aku berlaku kurang ajar tapi mak bapak aku ajar supaya bersopan santun. aku malas nak argue so aku blah aje. sebab lagi lama lagi berhadapan dengan KP aku rasa nak marah sebab selain menahan kesakitan PID aku, perut aku juga lapar.

dan aku terfikir, sampai bila aku nak jadi balaci orang? ada peluang aku nak blah!!!!

BLOG BARU

aku create satu blog baru khas utk PID yang sedang aku alami sekarang. orang tengok aku normal tapi bila aku berjalan akan ramailah orang yang tegur aku dan kata,

"hai lemah longlai je"

jadi aku jawab dengan senyuman je. jauh dalam sudut hati aku simpan betapa sakitnya paha dan belakang aku. aku bukan seorang yang suka nak minta simpati tapi tadi dalam meeting utk hari keluarga aku terpaksa bersuara.

taip banyak pun buat aku sakit hati aje. biarkan ia berlalu. ini link blog PID aku.

26.10.09

CERITA LUCU III

"ok amirul hakim, sila jawab soalan no 37," ayat perintah dari aku utk si amirul.

maka amirul hakim pun mula melaksanakan misi mengikut ayat perintah aku.
"rajah 5 di atas menunjukkan bla bla bla bla bla. apakah bla bla bla.......?"

"ok apa yang jawapan kamu?" aku tanya dia. serius tau.

"errrrr.. BIARLAH RAHSIA, cikgu," muka hensem selamba tak bersalah macam kucing dalam cerita Shrek tu. muka bajet comel le.


aduyai.... pandai betullah pelajar aku ni nak bagi aku gelak. aku memang tak boleh nak kontrol garang lagi. haduih haduih sumpah gelak besar termasuklah pelajar-pelajar lain.
maka aku nasihatkan dia,

"dalam exam SPM nanti awak tak boleh berahsia tau. semua jawapan harus ditulis dengan jelas, nyata dan terang," khutbah pagi Isnin nak bermula. tapi aku bukan dalam mood nak bercakap panjang.

itu secebis kisah pagi isnin tadi sebab perhimpunan dibatalkan maka kena masuk ke kelas 5KFL menggantikan jumaat yang akan diadakan perhimpunan.

SPM lagi 023 hari. bukan 123 atau 223 atau 323. tapi macam biasalah, pelajar2 aku tetap rileks dan kontrol macho.

24.10.09

BUNGA BUNGA MATAHARI

gambar 1



gambar 2



gambar 3


gambar 4


gambar 5


Terbitnya sinar mentari
Saban hari
Mengejut mimpi
Dari lena
Riang kenari
Di cemara
Mengusik sukma

Bunga-bunga matahari

Anggun mekar
Di taman sari
Warna jingga
Suntingan hati
Bagai tanda
Kasih bersemi

Hangatnya sinaran

Walau getir ku tempuh dugaan
Menyahut wawasan
Ku pohonkan segunung harapan

Bangkitkan citramu insan
Dalam diam menyambung warisan

Sekilas sinar mentari

Melewati di senja menanti



tuan-tuan & puan-puan hendaklah jgn jeles meliht bunga matahari itu. hehehehehehehe. hubby yang tanam sebab dia kata nak gantikan pokok bunga yang dia 'teracun' dulu. dulu tu tak ingat bila. tak payah nak pergi jepun nun tu nak tengok bunga matahari. kata suami saya. sepatutnya ada 5 kuntum yang mekar tapi bunga yang kiri sekali tu dah kuncup gitu. maka takdelah ditangkap gambarnya.

ok mari saya describekan gambar-gambar itu mengikut urutannya.

gambar 1 : itu pokok bunga matahari yang ketiga. hubby tanam 8 pokok semuanya. hubby tanam dari biji benih yang beli kat mydin tempohari. ala yg dah dikeringkan tu. itu adalah gambar bunga matahari yang masih belum kembang lagi.

gambar 2: bunga matahari itu terletak di pagar. saje nak tayang rumput orang sebelah. hahaha

gambar 3 & gambar 4: itu adalah upclose bunga matahari itu. 2kuntum dari pokok yang berbeza. yang dikelilingi oleh kelopak bunga matahari itu ialah koci namanya. sooo yang korang dok makan buah kuaci tu kan dari bunga matahari(ye ke?). oleh kerana saya tidak ada kamera yng canggih manggih maka tak nampaklah semut-semut yang merayap pada bunga itu (maklum je la eden guna handset je sony ericson s500i yg dibeli pd dec 07- skrg hset itu sudah rm599 je... cessssssssss)

gambar 5: tadaaaaaaaaaaaaaaa... itu semua adalah barisan pokok2 bunga matahari. semua ada 8 pokoks (hahahaha plural weh) tapi yg diambil gambar hanya 6 aje. kereta, motorsikal, pokok bunga, pagar, paip yg kamu nampak itu ialah jiran rumah sebelah saya. jiran sebelah saya masih single mingle bujang (eh terpromosi plak :P). rumah beliau ade rumput yang hijau, rumput yang hijau oh rumput yang hijau. rumah kami takde rumput yang hijau tu sebab kami letak batu (konon2 tak mau rumput tumbuh tapi rumput oh rumput kenapa kamu tumbuh?)


kenapa saya suka bunga matahari?
saya suka sebab warnanya ceria!!!!!! hati riang gembira melihatnya. serius best gile. masa pagi nak pergi ke sekolah bunga2 tu kuncup lagi. bila balik dari sekolah jam 5.00 petang gitu (ape? cikgu balik jam 5pm?) bunga-bunga tu dah kembang menawan. terasa seperti disambut dengan riang!!! sebenarnya saya suka nak berkebun tetapi sebab sakit PID maka dr tak galakkan saya lakukan kerja-kerja berat yang mungkin buleh mengancam pergerakan saya pada masa akan datang.

jadi... apa bunga kegemaran kamu? ehhhhh... jadi tag pulak. tak kira nak tag juga.hhahaha saya nak minta insa-insan di bawah jawab tag ini:

1. irtiyah
2. nuril
3. akubudaksabak
4. cik panda (emi.... kamu le)
5. cik hantu milo (yerrr nathirah kamu le)
6. pn luna (sue jangan buat-buat tak ingat pula yer)
7. pn akuza (haaaa kawan depan meja jangan buat-buat tak baca yer.... hihihihih)
8. dan sesiapa yang baca entri ini seterusnya rasa rajin nak jawab tag dipersilakan

kamu cuma perlu link kan blog saya, masukkan gambar bunga kegemaran kamu dan ceritakan sebab-sebab kamu menyukai bunga tersebut. mudah bukan? hehehehehehe

sekian, terima kasih.

yang menjalankan tugas,
SAYA YANG SUKA BUNGA MATAHARI


22.10.09

KAYANGAN

selaku orang yang duduk atas kayangan maka apabila tidak disenaraikan maka orang akan perasan dan kemudian akan keluarlah list baru!!!

kenapa manusia tak buleh tengok orang lain senang?

ok ok aku tau sebab nama pun manusia tapi kenapa korang kisah?

oh oh oh aku tau

sebab aku orang kayangan

maka aku nak guna tagline baru

ada aku kisah?


hahahahahahahahahahaha

LEMAU

biskut lemau ape jadi?

makan tak sedap, kan?

orang lemau ape jadi?

lu pikirlah sendiri!!!!

21.10.09

i never expected you to be perfect

"i never expected you to be perfect but i didn't raise you to do something this stupid"



itu aku quote dari DH part 4. ingat lagi entri 0353? tak ingat klik sini.


a'ah takde ape yg menarik tapi selepas aku publish entri tu aku teringat yang hubby dah download kan desperate housewives season 6 part 4. maka aku tanpa berlengah telah menontonnya bermula jam 0426 hari itu juga. pukul 0515 barulah aku masuk tidur semula. hahahahaha. kenapa aku sangat obses dengan cerita desperate housewives tu?

ini alasan saya:

1. plot-plot yang tidak dijangka sama sekali!!! (cerita melayu & hindustan heeeee kite buleh agak ending camne. tapi DH lain! hmmm i like!)

2. watak-watak perempuan yang pelbagai cerita. aku sangat kagum dengan penulis skrip DH sebab buleh wujudkan cerita pelbagai watak dan kemudian satukannya dalam satu cerita. ada watak yang telah ditiadakan dalam season 5 tapi kemudian muncul semula dalam season 6 ini. sebenarnya ayat di atas adalah dialog susan kepada anaknya julie. alaaaaaaa si julie yg dapat masuk med school dengan full fellowship tapi rupanya dah 6bulan quite study. sebab ap? haaaaa kenalah tonton sendiri :P

3. buleh tengok ID umah2 dalam DH selain buleh tengok dress2 gabby yang cantik-cantik.

4. banyak pengajaran yang aku buleh dapat.

5. buleh belajar vocab baru. hubby baik hati downloadkan software utk adakan subtitle ubahasa inggeris. i like. owh itulah rahsia dapat band 4 dalam PTP.

lagiiiiiiiiiiii.... sebab aku sukalah... hahahaha

20.10.09

0353

sungguh awal bangun pada hari ini. owh tadi solat isyak sebab semalam dah tertidur. maka nak main happy aquarium jap sambil cari mood nak tidur semula. tak buleh tak tidur nanti ngantuk kat tempat kerja.

sebab suka main happy aquarium di facebook:

1. ikan2 yang banyak spesies dan comel2.
2. ikan2 tu memang nampak happy aje. masa train pun ikan2 tu asyik senyum.
3. nak lawan level hubby. memula dulu ignore je if hubby main. bila tengok hubby beri ikan makan macam syok aje. so terjebaklah dengan game ni. now hubby level 20 saya pula sudah level 19. (maka gigih mengejar)
4. kita buleh ternak ikan & jual ikan (kan best if tu ialah duit betul2...hihihihihi)
5. buleh cuci aquarium tanpa mengotorkan tangan.
6. yang penting saya lupa masalah lain bila main happy aquarium.. .kite heppi!!!

18.10.09

KENAPA?

mak budak: sebenarnya cikgu, kami berdua ni baru je ok dari masalah besar (sambil peluk anak dia)
aku : gulp... baru lepas gaduh dengan anak ke? --> dalam hati je aku monolog ni). kenapa puan?
mak budak : errr... sebenarnya kami baru je ditinggalkan suami saya. baru 7 hari.

aku terkesima kejap sambil fikir rasanya takde info tentang ayah pelajar yang meninggal dalam 2minggu ni. so aku tanya dia lagi.

aku: kenapa dengan suami akak ye? (apelah lembab betul otak aku ni?)
mak budak: sambil menahan airmata yang bergenang di mata. suami saya baru je lepaskan saya. anak saya ni jadi saksi cikgu. takpelah cikgu, dia dah seronok dengan bini baru. padahal dulu masa nak naik sama2 susah. bila dah senang macam ni dia buat pada saya.


itu adalah secebis kisah yang berlaku pada program titian emas ke-3. program ini ialah hari ibubapa bertemu guru. ibubapa kena datang utk sign report kad n amik kertas soalan pelajar. walaupun akak itu baru sahaja diceraikan dengan suaminya tapi dia nampak hepi (well jauh di sudut hati dia siapa tahu kan?). akak ni tiba jam 6.30 petang. masa tu aku di makmal siber dah kemas2 barang nak pulang ke rumah (aku langsung tak pulang ke rumah selepas habis waktu sekolah. stayback dgn akuza wat open house makmal siber. so haruslah badan aku dah melekit macam gam cap gajah -->weh aku tipulah tang gam cap gajah tu)

sebenarnya aku dah lama nak buat entri mengenai lelaki seperti itu. maksud aku, lelaki yang masih nak cari makan di luar walaupun sudah beristeri. lelaki yang tinggalkan isterinya setelah dia merasa senang. lelaki yang masih mencari hiburan luar walau isteri baik bagai malaikat. lelaki yang suka nak main2 dengan perempuan lain walau sudah punyai kekasih hati yang setia. lelaki yang masih nak mengganggu anak dara orang walaupun anak dara orang itu sudah tak beri respon. semua pun pasal lelaki yang tak faham bahasa ataupun sengaja buat2 tak faham.

aku cukup simpati dengan akak itu. bayangkan mentee aku (anak akak tu) akan menghadapi spm lagi 35 hari lagi. tapi aku lihat mereka sebagai pasangan ibu-anak yang saling memberi sokongan. akak tu siap pesan pada aku jangan sesekali berhenti kerja. sekarang mungkin suami sayang.... esok lusa kita belum tahu ketentuan Tuhan. wallahua'lam.

selama aku hidup 28 tahun atas muka bumi ni mmg banyak kes yang aku dengar dan lihat dengan mataku sendiri. kes2 yang menimpa kepada orang2 yang terdekat dengan aku.

*iklan jap ---> aku rasa nak sumbat kasut dlam mulut kawan2 jiran depan rumah yang gelak macam pontianak tu. tahulah buat openhouse tapi korang buleh tak gelak bersopan? now is 2329. dah nak tengah malam. hormatilah orang lain!!!! esok nak keje camne aku nak tidur? ok ok aku tak keje hubby aku keje. sok sekolah aku cuti lagi. --> ok iklan habis.

aku kaum hawa jadi aku memang tak faham kenapa mesti lelaki suka2 nak tinggalkan isteri dia bila dah senang? kenapa? kenapa? kenapa? memanglah dah takdir akak tu begitu tapi mengapa mesti sifat lelaki macam tu? dan kadang2 pun aku kurang nak faham dengan perempuan yang masih nak menggatal dengan suami orang? dan sanggup menjadi orang ketiga dalam hidup pasangn suami isteri itu? tidakkah perempuan itu merasa kasihan dengan kaum yang sejenisnya? buleh tak jangn fikirkan soal hati sendiri sehingga terlupa dengan perasaaan kaum sejenis? buleh tak fikirkan perasaan kamu jika ayah kamu yang tinggalkan ibu kamu begitu? yelah mungkin kamu kata dah takdir dirinya berkahwin denga laki orang tapi bak kata kawan aku,

"aku rela jadi andalusia daripada menjahankam masjid orang lain"

lerrr tatau maksud andalusia? anak dara lanjut usialah.

iyelah hidup tak menarik pula jika semua orang skima. tapi aku harap lelaki2 yang sudah punya isteri tak perlulah cari makan luar (paham ka?). kasihanilah isteri kamu yang selama ini begitu setia dan sentiasa berada dengan kamu di saat kamu senang & susah. fokuslah pada isteri & anak2 kamu. usah ditambah masalah yang sudah sedai ada. Tuhan beri akal fikiran untuk berfikir. fikir dan buatlah yang terbaik.

16.10.09

27 syawal 1430

hari ini 27 Syawal 1430 tahun Hijrah. hari ini ulangtahun perkahwinan saya yang keempat --> lagi sekali tolong baca macam murid darjah satu ye.

semalam masa di sekolah sewaktu menunggu ibu bapa datang (ala semalam hari bertemu pelanggan eh eh bukanlah tapi hari bertemu ibubapa). guru2 ditempatkan mengikut nombor kumpulan. jadi KJ duduk di tepi aku. sementara menunggu ibubapa datang aku sempat berbual dengan KJ. Kj juga sama seperti aku. berkahwin ogos 2005 (aku november 2005 tahun masihi) tapi masih belum dikurniakan cahayamata. beliau sudah berjumpa dr hamid arsyad namun masih belum berhasil. kami agak rapat kerana kami punyai persamaan itu. dan KJ selalu meluahkan perasaannya tentang cahayamata apabila kami berjumpa. dan kami juga saling sabar menyabarkan serta berfikiran positif di antara satu sama lain. semalam KJ menceritakan tentang 'mulut' seorang rakannya yang macam takde insurans. aku bernasib baik sebab duduk di makmal Siber jadi kurang berjumpa dengan orang2 lain kecuali akuza. KJ telah diperli kerana beliau berusaha bersungguh2 untuk menyiapkan menanda kertas sebelum pulang cuti berhari raya aidilfitri yang lepas. ikuti dialog KJ dengan 'orang' itu.

orang itu: wah KJ, kau yang takde anak pun tak siap menanda kertas lagi? akak yang anak 4 org ni pun dah siap. ape kau buat di rumah?

KJ : diam aje ( KJ memang seorang yang lembut dan tidak banyak cakap tapi bukan pendiam).

aku hanya mampu menyabarkan KJ. kesian KJ kerana menjadi bahan gurauan. KJ kata pada aku yang dia memang rasa sangat kecil hati. tapi tak mahu memanjangkan perbualan itu lagi jadi dia senyap. padahal KJ memang nak siapkan tanda kertas sebab raya, kan kita nak rayalah!! tambahan pula subjek yang KJ ajar itu kertas trialnya itu jatuh pada 3hari terakhir sebelum mula cuti hari raya. sebab itu dia pulun habis menanda. KJ kata aku bertuah. bertuah sebab punyai bilik sendiri untuk menyorok daripada ditanya dengan soalan2 begitu. heheheheh aku senyum aje. dan nanti jika ada masa aku nak upload bilik baru kami!!! semalam buat open house makmal siber. kebetulan pula sama dengan bilik kami yang baru dikemas itu!!!! kebetulan!!! (eh tetiba topik anak jadi topik bilik?)

5 x 5 = pening kepala

hari ini hari jumaat. hari ini sekolah saya cuti. sekolah saya cuti hingga hari isnin ---> baca dengan gaya murid darjah 1 ok. :P

pepagi aku dah online. tadi da tergolek kat atas katil lepas solat subuh. maklumlah hari keje biasa dah ke tempat keje tapi hr ni banyak keje nak wat tapi aku sedang menghayati percutian ini. ehehehe

aku hendak bercerita tentang pengalaman berpusing-pusing di hospital melaka semasa mencari parking pada hari rabu. aku ada fisioterapi jam 2pm. tapi aku dah minta izin keluar awal dari sekolah. so selepas balik ke rumah solat zohor tukar pakaian aku meneruskan niatku mencari perubatan. aku tiba di hospital melaka jam 1.45 petang.

maka bermulalah misi mencari lot parking. pada kebiasaannya hubby akan drop aku kat depan pintu unit fisioterapi tapi sebab hubby takde aku drive sendirilah. bukan sebab manja atau ape tapi sebab parking (cesss salahkan parking lak, kalu manje tu cakap jelah hahahahaha). aku rasa aku tawaf kawasan hospital tu dekat 10 kali. bayangkanlah... aku hanya dapat mem parking kan kereta aku jam 2.15pm. iye cik, selepas 30 minit mencari parking baru dapati. ada 2 panorama yang dapat aku lihat sewaktu aku sedang mencari parking.

fenomena yang pertama ialah:

1. ada anak orang cha ya nun alif kencing di pokok berhadapan unit kecemasan. iye budak tu berpakaian uniform sekolah rendah mencangkung menghadap jalan. kite kan cari parking haruslah slow sebab nak usha tempat kosong tapi aku ter usha 'tut tut tut ' dan air kencingnya pula. berdiri di sebelahnya ialah ibunya yang sedang mengusha. tu dah sah2 lah kan tak basuh. eiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii pengotor betullah!!!!! lepas ni aku takkan nak duduk or berdiri dekat2 dengan pokok dah. aku syak itu adalah akibat tidak belajar sivik. ini bukan kes pertama aku jumpa. beberapa bulan lepas semasa di JJ melaka, sewaktu aku sedang menolak troli menuju ke kereta (iye aku sorangdiri masa tu hubby jadi juruletih lagi) seorang budak lelaki cha ya nun alif pun sedang membuang hadas kecil sambil diperhatikan oleh bapanya. eiiiiiiiiiiiiiiiiiii jijiklah jijik!!!! apa salahnya masuk ke dalam JJ kejap. bukannya JJ takde toilet!!! memang betullah kot kaum itu pengotor!!! yuck!!! tu sbb jika aku nampak baby cha ya nun alif walau comel manapun aku takkan suka nak sentuh sebab aku takut terkena hadas kecil atau besar yang mungkin tidak dibasuh tapi hanya dilap sahaja. wahhhhhh sangatlah diskriminasinya aku ni.

2. pemandangan kedua yang aku lihat ialah kereta atos yang kemek pada bahagian pintunya (tuan punya parking di bahu jalan). masa aku round kali ke2 kereta atos tu elok lagi. pusingan kali ke5 tu kulihat pintunya sudah kemek. mesti kes kereta2 lain nak lalu tapi tak muat. bayangkanlah kereta parking di kiri dan kanan bahu jalan. mau jalan tak sempit. waktu tu aku dah jumpa 1 parking space yang kosong tapi sebab side parking aku takmo amik. lagipun jauh sangat aku nak berjalan ke unit fisioterapi tu.

dan seperti yang aku jangka, ketibaaan aku yang lewat tu hampir mencetuskan pertanyaaan dari fisioterapist aku. setelah aku terangkn baru dia paham. sebenarnya dia saje je nak kenakan aku sebab selama ni aku datang awal. hehehehe. menurut kata kakitangan hospital, parking lot di wad apenntah (aku tak dengar jelas wad ape) telah ditutup untuk memberi lalaun bagi pembinaan parking bertingkat. tapi jika parking bertingkat itu siap kelak ia akan diuruskan oleh MBMB bermakna masuk kenalah bayar weh (betul kata jiran aku dulu, pembinaan dalam perancangan--> jiran aku tu adik datuk bandar maka haruslah dia tau kontrak segala kan? kontrak cleaning services kat melaka mall tu dia yg dapat --> kroni tak?) hahahahahahahahaha

13.10.09

SEPI HATI TERJADI LAGI

Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
namun ini hanya ada di bibir
di bibir saja

Aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku
biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam


kui kui kui.. poyo je aku ni. jam 2311 patut dah tidurle. ni memain lagi. haish perangai2. dahle sok kena g buat fisioterapi sorg2 (aisey selalu pun mmg buat sorang2. i mean sok aku kena drive sendiri ke GH). harap2 le parking kt GH tu ada kosong. sok jugalah kena berkejar2kejaran dengan mentee2 sbb khamis schedule dah full. aku akan stayback di sekolah til 6.30pm. hmmm solat hajat nak stay ke? tak kot sbb sape lak nk drive mlm2 tu. dahle hubby takde. uwaaa sepi2 9so tau nape aku letak lagu tu? pandai!!!!)

sebenarnya bagus pisah kejap2 dgn hubby ni. biar rindu serindu rindunya. maafkan jela aku ni menaip ntah ape2. eiii jap nak kongsi cerita lucu hari ni.

esok jam 1.30pm pelajar 5 auto nak buat jamuan perpisahan. tahun lepas aku tak dapat nak attend sbb aku g kursus. sok pun aku tak dapat nak attend le nampaknya sbb aku kena g GH wat fisioterapi. so tadi masa pelajar2 dok jemput aku agar datang juga maka terkeluarlah ayat nakal aku ni;

hillan: cikgu, esok mesti datang tau. kami masak special utk cikgu. ade nasi bla bla bla bla dan paling best kami buat barbeque. kami panggang ayam sok.

aku: errrr... taknak lah saya makan ayam panggang awak tu. mesti awak masak guna MINYAK ENJIN. TAKPUN MINYAK PELINCIR. hahahahaha (saje aku cakap gitu sbb mereka pelajar automotif kan belajar tentang minyak enjin. hahahahah)

hullan: cikgu ni mmg pandai buat lawak.


11.10.09

PAPADOM & DIALOG ITU LAGI

oleh kerana tadi kami dilanda boredom maka hubby telah suggest utk kami menonton movie. setelah puas mengusha secara online maka hubby mencadangkn utk melihat PAPADOM. nuril jangan risau, rabu ni plan jalan macam dirancang.

oh aku nak bagi 5 bintang pada filem terbaik ini!! memang tak bosan dan kelakar di samping banyak mesej tersirat. mesej ape? nuril hang kena tengok rabu ni. cuma tadi yang mengganggu feel aku ialah 2orang perempuan yang duduk bersebelahan aku tu ketawa mengilai macam pontianak. aku ingatkan aku je rasa macam tu tapi hubby pun same kerana semasa kami menuju ke rumah selepas habis movie itu, hubby mengeluarkan ayat begini,

"abang rasa perempuan sebelah ayang tu tak patutlah. tak patut ketawa macam tu"

apabila hubby aku yang pendiam tapi tegas orangnya itu mengeluarkan butir bicara seperti itu maka memang sahlah 2orang itu mempunyai ketawa yang macam pontianak. sehinggakan semasa menonton tu, lelaki2 yang berada di depan barisan kami turut mengajuk ketawa perempuan2 itu sedangkan pada awalnya lelaki2 itu ketawa biasa2 sahaja. dan nak menambahkan betapa tak patutnya perempuan2 itu ketawa seperti itu kerana status mereka ialah seorang ibu. aku amat terganggu spanjang menonton filem itu kerana perempuan2 itu bukan setakat ketawa tetapi kaki semua bergerak ditambah dengan sifat mereka yang suka nak membuat ulasan. ye mereka mengulas setiap adegan sehingga aku terpaksa memandang ke arah mereka dan berdehem. mujur mereka faham. bak kata hubby, sifat macam tatau adab dalam cinema je. tapi aku rasa macam ye je.

oh bagaimana aku tahu status mereka ibu?

semasa filem dekat2 nak habis, mereka tidak sabar2 hendak keluar dari tempat duduk sedangkan filem belum tamat. oleh kerana kami berada di barisan paling hujung yakni di barisan laluan keluar masuk maka kami terpaksa keluarlah utk memberi laluan kepada mereka. dan salah seoarang daripada lelaii itu memanggil salah seorang itu dengan panggilan ibu. dan apabila telah keluar dapat kulihat jelas muka perempuan2 mengilai itu. mereka membuat pandangan tak puas hati dengan aku tapi aku senyum je pada mereka. hahahahah

oh ye. setelah tiba di rumah maka ada tetamu datang rumah. maka tetamu itu telah mengajak kami pergi beraya ke satu tempat. maka kami pun pergilah. macam biasa aku yang dah ready dengan perisai telah dapat mengagak kata2 yang bakal keluar.

tatkala kami nak beransur pulang dari rumah yang jauh itu, isteri tuan rumah telah berkata,

"ti, selamat hari raya. nak bagi duit raya tapi awak takde anak"

aku senyum aje. aku taulah die baru berusia 31 tahun tapi sudah punyai 5 org anak (yg sulung berada di F1 ~ kamu yang membaca blog ini kiralah pada usia berapa dia beranak). memang dia suka bangga bercerita tentang hal anak2nya apabila bertemu aku tapi aku tak kisah. yelah, dunia dia hanya di rumah sahaja. kadang2 aku fikir org2 seperti itu fikirannya tidak mencapah. duduk dalam umah 4 segi maka fikir pun macam kotak kasut (ayat aku berbaur marahkah? hahahah) .
mujur aku mengantuk maka kubiarkan sahaja ayat jahatnya itu. sudahlah aku tak berapa nak ngam sangat dengan dia. tambah lak bagi ayat macam hampeh. lagilah aku rasa menyesal je ikut tetamu aku tu ke sana.

tujuan aku menulis adalah agar kalian berfikir sebelum berkata2. sekurang-kurangnya jika anda seorang ibu dan punya kawan2 seperti aku maka aku harap sangatlah agar kalian tidak mengeluarkan ayat2 seperti itu. ayat2 yang bisa menyedihkan hati2 kami ini. kalau rasa nak cakap pun telan ajelah. jangan bercakap sebab nak perli2.



TAG: NAMA PANGGILAN AWAK?

hai kawan-kawan. aku telah ditag oleh irtiyah. haaaaaaa apakah topik tag pada kali ini? topik tag pada kali ini ialah berkenaan dengan NAMA TIMANGAN ANDA.
mari kite selusuri topik tag pada kali ini.

suami panggil AYANG
keluarga sendiri panggil KAKAK
keluarga mertua panggil KAKAK juga {bukan kakak jugalah, KAKAK - lenkali jangan kwen dengan anak sulung jika mahu dipanggil adik. hahahaha}
Anak2 sedara belah saya panggil bibik kakak (aisey, nama kakak memang sinonim dengan akulah)
Kawan2 blog panggil yati

ANDA SEORANG YANG....
sukar menolak jika orang minta tolong

INSAN TERISTIMEWA ....
mestilah HUBBY YANG CHUBBY

LAGU KESUKAAN ANDA LAGU...
jai ho lah!

MAKANAN KESUKAAN ANDA...
satay. sedapnye!!!

SIKAP YG BUAT ANDA STRES...
tidak menepati waktu dan tidak menepati janji

WARNA KESUKAAN...
lilac

TAG 6 RAKAN ANDA..
NURIL
NAT-C
SIMPLYME-AKUZA
JENGKING
AIMI
NOR

10.10.09

BIBIK KAMU BUKAN AKU

frasa tersebut menerangkan bahawa jika kamu ada bibik, itu bukan aku.

"weh ko cakap ape ni. tak paham le"

aaaaaaa jangnrisau. aku akan terangkan jap lagi. tapi selami dulu dialog 2 insan yang tidak bercinta ni.



kawan eka: eka, awak buat ape tu?
eka : tengah tulis kad raya, nak bagi bibik.

kawan eka: wah, baiknye eka dengan bibik.
eka : a'ah. kite ade 2 orang bibik.

kawan eka: wahhhhhhhhhhhhhhhh kayanye bapak eka. ada 2 orang bibik.
eka : eh, bibik tu makcik kite lah. bukan pembantu rumah.






hahahahaha masa anak buah aku( eka darjah 3) tu cerita hal ni pada aku macam nak meletup perut aku. yelah, family aku masih kuat mempertahankan panggilan bibik dan paman dalam keluarga. aku tau ada sesetengah sedara aku malu nak mengaku panggilan bibik tu. alahai tolonglah sedar asal usul tu ye.

dan bagi kamu di luar sana, bibik bukan panggilan utk pembantu rumah. bibik bermaksud wanita yang lebih muda dari mak/ayah kamu. bibik itu ialah kata ganti nama bagi makcik. hehehehe

RAYA: EDISI SEBELUM, 1 & 2

baru rasa lapang sikit dan ada mood nak menaip. adalah lebih baik merakamkan kenangan raya di dalam blogku ini. dah stat le ayat poyo aku :P

kami pulang ke kampung sehari sebelum hari raya. oh itu hari sabtu(190909) jam 8.45am. hubby tetapkan masa keluar rumah jam 9 pagi jadi aku berjaya menyiapkan diri beserta barang lebih awal (Vangga gile- eh sempena deepavali bangga jadi vangga plak). alhamdulillah perjalanan kami lancar. cuma laluan menghala ke selatan yg padat. memang berderet le kereta.

kami tiba di rumah ibuku selepas solat zohor. wah mmg meriahlah semua adik beradik dapat berkumpul (along je lambat, lepas asar baru dia tiba). maka seperti biasa selaku anak perempuan sulung yg menjadi harapan bonda ketika di dapur, aku meneruskan misi. tapi bonda sudah beri amaran awal2. jangan paksa diri. sebab bonda tau keadaan diri aku yg kurang mengizinkan. oleh kerana aku telah "beraya awal" maka aku mendapat tugas khas sebagai tukang rasa. menu bonda ialah daging masak manis, ayam percik, sambal satay, su'un dan lain-lain. . hihihihi. semua kerja memasak berjaya dibereskan sebelum maghrib dan aku lega kerana sekurang-kurangnya bonda tidaklah kelamkabut mengemas seorang diri. tapi dengan adanya aku takdelah bonda terlalu penat kan?)

so selepas selesai solat maghrib kami pun menuju ke rumah mertua ku yg terletak kira-kira 20 minit jika kereta dipandu 70km/j. sesampai di rumah mertua, kulihat kereta makcik dan pakcikku ada sekali. oh mereka merayakan aidilfitri di sini kerana opah hubby dijaga oleh mertuaku.

sampai sahaja hubby mula melaksanakan tugas memasukkan beras dalam kelonsong ketupat. aku yg dah separa sedar @ mamai pun join the grouplah. hubby takpelah dia segar bugar sbb kt rumah bonda aku dia dah tidur. bila jam dah cecah ke 11pm lebih aku minta izin hubby nak tidur. dah tak larat tahap gaban dah.

RAYA 1:

pagi raya semua org bersiap2 nk ke masjid. aku rileks je jadi tukang cuci. hahahaha. lepas dah selesai maka sesi bermaaf-maafan pun berlangsung. tapi sebelum bermaaf-maafan ayah buat tahlil utk arwah atuk n opah yg telah tiada.

semasa tahlil baru nk mula aku dapat mesej dari adik aku yg mereka akan mula bersalam-salaman. laaa awal la plak kali ni abah wat sesi bermaaf-maafan. aku balas mesej yg akan tiba lagi 15 minit. so after habis sesi di rumah mertua kami bergegas balik ke rumah mak abah ku tapi hampa. mereka telah habis sesi bermaaf-maafan itu termnasuklah sesi penggambaran. sudahnya tahun ni takdelah muka kami dalam gambar raya 1family. hampa hampa. nak kumpul lagi macam tu kena tunggu 2tahun lagilah! itupun jika umur panjang. hmmmmmmm (nada kecewa ye)

kemudian macam biasalah menuju ke rumah mbah Wo, bokde mah dan paman as. sesi petang kawanku datang dan kami borak panjang sehingga jam 6ptg.

RAYA 2:

aktiviti kunjung mengunjungi diteruskan. pagi2 lagi kami telah bergerak ke kampung mak di perak. sebelum itu singgah di pasar membeli barang basah krn biasanya kami akan memasak di rumah mbah. harus la msk kerana kami ke cna 3 kereta. setelah selesai makan n solat kami teruskan lagi aktiviti kunjung mengunjungi sanak saudara. dan kami tiba di rumah selepas waktu isyak.

dah cukup cukup. mood nak main happy aquarium di facebook muncul kembali. tata