Ikut AiTotYati

28.4.12

HOBI BARU HERBALIFE

Ai ade hobi baru sekarang.
H-E-R-B-A-L-I-F-E


hehehhe

22.4.12

PEUGEOT 206 @ NAZA BESTARI @ ABANG SINGA

ini adalah entry khas buat PEUGEOT 206 @ NAZA BESTARI @ abang singa  kesayangan Ai.
16 april yang lepas, genaplah 3 tahun Ai telah bersama dengan abang Singa kesayangan.


road tax and insurance renewal.

2bulan sebelum tu ejen myEg dah emel pada Ai quotation utk abang singa. Ai simpan dulu hinggalah Ai cuti mid sem(7/4-15/4/12) barulah Ai contact ejen tu. summary untuk itu adalah seperti berikut:

NCD: 55% (transfer dr kereta lama. dari thn lps dah 55%).

sum insured: 40k (Ai tawakal je buh ni sbb nk kasi kurang insurans).
errrr yg lain2 dah tak ingat tapi total up sume Ai bayar ialah rm740. dan roadtax kereta sampai keesokan harinya.


servis kereta

11/4/12 Ai hantar ke servis centre peugeot di malim. dah harus nk servis utk 60ribu km tapi mete Ai tak cecah lagi. lebih kurang 57ribu km klu tak silap. oh time ni timing belt nak kena tukar satu set ye. dan total servis campur dengan tukar timing belt ialah RM1149.55



bateri pulak

lepas dah selamat amik kereta tu Ai dan enJekjek terus ke kedai elektronik di area melaka sentral krn enJekjek nak bli brg2 utk bengkel KHnya. lepas dah selamat beli barang. masa nak start kereta tu, abang singa taknak mengaum. tapi lps try 2-3 kali baru mau. apa lagi enjekjek trs drive abang singa ke peugeot centre semula. staff mereka dah nak balik sbb masa tu dah pukul 6.15ptg. terus mekanik check bateri dan mmg bacaan suh replace. ayoyoyo. tapi kami tak tukar di bengkel sbb enJekjek pandai tukar bateri tu. kali pertama tukar masa dec 2010 di kuantan. masa tu duit bonus rm500 habis bayar duit bateri. kat kuantan baterinya mahal iaitu RM455. di melaka ni, gi cari kat kedai yg jual bateri, hanya RM260. so ptg tu enJekjek trs tukarkan. mekanik kata, bateri abang singa ni masih boleh dipakaikan pd Wira.



so bila total up
rm740 + rm1149.55 + RM260 = rm2149.55 hanya utk abang singa kesayangan. bulan ni bukan setakat bulan kelahiran Ai sahaja tapi bulan utk kelahiran semula abang singa kesayangan. (^_^)


starter pulak

lepas abang singa ditukarkan bateri baru, abang singa trs lepak kt garaj umah sbb kami balik kampung. dan kami kembali semula ke melaka pada isnin petang. petang itu enJekjek try start kete takde ape2 masalah. hari selasa Ai ponteng kuliah, rabu pagi lepas subuh Ai trs nak kembali ke tempat menuntut ilmu. tapi nak tau ape jadi?


masa tu dah 45minit Ai pandu abang singa. so Ai decided stop di R&R seremban utk refreshment. lepas dah stop, Ai trs start kereta tapi abang singa langsung taknak mengaum. masa tu teringat semula kata2 mekanik. kalau enjin tak boleh start sewaktu enjin sejuk, itu adalah masalah bateri lemah. tapi kalau enjin tak boleh start waktu panas, itu masalah starter. Ai dah agak panik gak waktu tu sebab Ai ade kelas jam 8pagi. haruslah menggelabah, kan? so Ai call enjekjek, call adek ipar dan suami adek ipar. adek ipar dan suami pun pakai 206 cuma kaler je berbeza. solution? Ai kena tunggu enjin betul2 sejuk baru boleh start semula. maka tak dapatlah Ai pergi ke kelas pd Rabu lepas dan Ai patah balik semula ke melaka terus ke peugeot centre. perghhh masa tu warranty baru je habis pada isnin 16 april tu. tapi service advisor toong adjust. yelah pada Ai salah mereka gak. nape tak check betul2 masa Ai hantar servis tu. pelik btllah. alhamdulillah dapatlah Ai tukar starter tu for free!!! heheh kalau tak macam husband adek ipar dia kena byr rm900++ itupun sebab dah kenal dengan mekanik tu. dia kata, kalau kat peugeot centre lagi mahal.



gitulah ghupa starter kereta Ai. abadikan gambar je.  ni Ai tak amik. gi tinggalkan kat bengkel nun. kalau bawa pulang pun Ai tatau nak buat ape. huhuuhuh
so tunggu lagi 3tahun. standby jelah utk tukar starter tu ye.

kesimpulannya, 
bateri tukar setiap 1 tahun 3 bulan atau lebih 
manakala starter setiap 3 tahun ye. 

sekian, terima kasih.

20.4.12

AYAT PENDINDING

saje nak share ayat pendinding yang Ai amalkan selama ini.  
ayat ni mak Ai yang bagi dia dapat daripada kuliah agama kt masjid.




maksudnya: 
sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk berpecah-belah disebabkan takut kepada Allah. dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami kemukakan kepada manusia agar mereka berfikir (surah Al-Hasyr :ayat 21)


semoga ada manfaatnya.

13.4.12

ALONG

selamat hari lahir buat along.
bulan april adalah bulan kelahiran Ai, Aan & Along
(mak kata, mmg nk april babies- yg pasti kami 3org ni mmg antara yg ramah dlm family)
Ai dan along beza 10 tahun walaupun Ai anak no 3.
so maknanya along umur '14' tahun la kan?

Ai & along tak berapa nk 'get along' masa kecik2 sbb dulu along kaki buli. paling Ai tak suke bila along balik dari hostel. Ai hanya geng dengan Angah dan Aan.
well masa tu sehingga umur 9 tahun i'm the only daughter (Ai 9 tahun, along 19 tahun la kan?).
I was surrounded with boys. masa kecik2 sedikit tomboy sbb tu mak suke nak jahitkan skirt buat Ai supaya sedikit 'girly.'

walau apepun, bila masing2 dah besar, air yang dicincang tak akan putus (^_^)

5.4.12

SELAMAT HARI LAHIR KE-13 & MISI MUSTAHIL ENJEKJEK

iye , usia Ai genap '13' tahun pada hari ini.
hahahaha sila percaya!!!

well i'm officially '13' years old rite now. motif sweet-'13'?
ala saje la sbb dulu masa Ai 13 years old takde blog nak tulis sini. hihihiihi
yelah yelah, i'm 31 years old rite now :D

banyak memori yg amat manis berlaku pd hari ini:

1. enJekjek hantar sms tepat 12 malam 5 april 2012 (tapi Ai hanya balas pd jam 5pagi sbb mlm tu dah lena nooo. pagi rabu tu lps subuh terus drive dr melaka ke tpt menuntut ilmu & menghadiri kuliah amat meletihkan). iye dan byk mesej drpd kwn2, adek beradek & students.

2. tanpa Ai ketahui, ghupanya enJekjek buat coklat cupcakes utk Ai!!! serius enJekjek baking. dia upload gmbr dlm fb tapi hide dr Ai. ni gambar yg Ai cilok dr fb setelah enJekjek tak sorokkan dr Ai.
enJekjek bukan setakat kukus cupcakes ni. beliau sanggup hantar ke tempat pengajian Ai!!! serius!!! 


ceritanya:
petang tadi Ai habis kelas awal sikit. sepatutnya tamat jam 6 petang tapi sbb suami Prof tu tak sihat so jam 5.30 pm kami dah habis kuliah. so Ai terus balik ke bilik. plan utk swimming di pool terpaksa ditunda memandangkan Ai sangat malas pd hari ini. hihihi. ehhh dah ke laut ni. ok sambung semula. 

enJekjek hanya memaklumkan kehadirannya di asrama Ai lagi 15minit beliau nak sampai. 
antara nak percaya dengan tidak, tapi kenalah percaya. apa lagi mencicitlah Ai mandi dan bersiap bagai. yelah takkan nak jumpa encik suami tak mandi kot? kenalah wangi2 kan?

bila enJekjek sampai, beliau terus hulurkan sebekas tupperware berisi cupcakes!!! ade 6biji kesemuanya. sedap!!!

ok memandangkan enjekjek datang all the way from melaka so Ai decided to bring him to Wadihana Islamic steakhouse. google je buleh jumpa info pasal wadihana ni. gambar foods sume ada dlm s2 enJekjek. Ai dah tak toleh kiri kanan, ngap je. hihihihihi. yang buat kami kagum sebab masa tu dah masuk waktu maghrib (kami tiba sebelum maghrib). then staff mereka solat berjemaah. kami boleh nampak sbb surau mereka tingkap kaca.

Ai sangat terharu dengan kesungguhan enJekjek. Ai tahu beliau sangat sibuk dalam bulan Mac & April ni. dan sewaktu entry ini ditulis, beliau baru sahaja selamat tiba di MITC melaka utk menyimpan barang2 pameran beliau. ye sekarang ade karnival pendidikan melaka di MITC dari 5-8 april 2012. jika Ai tak silap, ada juga pameran buku antarabangsa di melaka. 

Ai mmg tak jangka enJekjek akan datang sbb esok tengahari Ai akan pulang semula ke melaka selepas bengkel tambahan pula mmg beliau tengah busy like bees. hihihi. I LOVE YOU la abang!! (kalau nk kira lagi lama enJekjek travel drpd spent masa dgn Ai. tapi mmg terharulah. sukar utk diungkapkan dgn kata2)


3. my BFF si nuril bagi present voucer buku MPH!!! wow boleh shopping buku you alls. bagi awal sehari plak tu. malu Ai tau *shy
coach herbalife Ai pi buh present kt hud kereta. hihiihihi terkejut gaklah. coach bagi protein bar herbalife. tq coach!!!

4. kawan2 sekelas mengucapkan hepi birthday beramai2. siap panggil birthday girl lagi. hihihi sogan Ai. almaklumlah dah lama meninggalkan arena sambutan birthday ni. hihihi

5. nak lagi best, lecturer tak percaya Ai ni sweet-'13'.
ayat beliau: "you don't look like a woman in age 31"
hahahah prof mmg Ai like lah!!! terus rasa mcm nk jadikan beliau favourite lecturer. kihkih.
 normallah kan wanita ni mmg in denial sikit kalau bab2 umur ni. hahahaha



sekian, kenangan manis Ai di hari lahir ke-'13' ini
:D