Ikut AiTotYati

30.6.10

BENDA KELAKAR hari ini

1. panggil pengerusi kelab sains matematik and pengerusi pengawas pss sbb nak amek gamnbo depa kat lappy. ai bajet nk buh muka depa dlm ppt.

10minit kemudian belum tangkap foto lagi.....










sebab ai tatau camne nk on function kamera kat lappy baru ni. baru 4hari nk bermesra mesraan.
malu dowh -_-"
muka merah tahan malu dengan pelajar2 tu. dengan takmalu bagiutahu yg cikgu baru je beli lappy ni sabtu lepas.

akhirnya amik le henset sony ericson snap foto depa.
wakakakakakakaka

nota atas tangan:
mesti gelak sampai guling-guling. ini bukan motif nak bagitahu Ai ade lappy baru. buwekkkkk

25.6.10

CUKUP CUKUP

Ai dah dalam mood nak berehat. rasa macam nak rehat dari segalanya.

letih tambah pulak bleeding tak berenti renti. *read as sahabat wanita.

masa minggu kedua cuti sekolah ke Langkawi. *read as minggu lepas. nanti kemudian Ai update ye.

minggu ni yakni hari selasa Ai ke singapura. setakat ini malas nak menaip jadi sila ke blog hubby di sini.

nanti dah setel semua urusan keluarga baru buleh mengadap lappy dengan tenang. errrrr urusan sekolah tu tunggu student nak trial SPM kot baru reda. next monday je ada 3meeting yang Ai kena attend. *read as Ai mmg berkaki lebar maka menjadi rebutan ramai.

mode fb: saya terima semua dengan redha. saya pasrah  (6____9 )

21.6.10

MEREKA ATAU HANYA DIA?

tadi ke poliklinik ayer keroh sebab nak minta pengesahan medical check up adik Ai.

sebelum itu segala urusan medical check up telah diselesaikan di klinik amal & surgeri dan hospital pantai (utk Xray shj krn klinik tiada kemudahan itu) dengan bayaran RM65. ye sangat murah dan mudah dan cepat dan pantas. walaupun klinik swasta tapi service tip top!! terpaksa ke klinik swasta krn adik akan pulang jumaat ini. selain itu telah dinyatakan dalam buku panduan kemasukan UMS (universiti malaysia sabah) bhw pelajar boleh membuat medical check up di klinik/hospital swasta dan kemudian hendaklah membuat pengesahan di klinik/hospital kerajaan.

berbalik kepada situasi di poliklinik itu, di bawah disertakan dialog yang sebiji punye yg berlaku di kaunter pendaftaran (front desk). takde tambah MSG.

Ai      : assalamualaikum puan. adik saya nak buat pengesahan medical check up.
Pn S  : (takde dialog. sambil muncung mulut hulur tangan nak amik Xray drpd adik Ai). tarikh buat bile?

Ai        : baru siap tadi. kami terus ke sini.
Pn S    : buat kat klinik mana?

Ai        : klinik Amal (singkatan utk klinik amal & surgeri tu)
Pn S   : HAAAAA YELAH. KLINIK AMAL DAPAT DUIT. KITA YANG BUAT PENGESAHAN!!!      *sambil buat muka kerek.

Ai dan adik dah terkedu masa ini. speechless. patut ke dia cakap macam tu.

Pn S  : bila nak pergi ni?
Ai      : jumaat ni.
Pn S  : datang khamis. sori kami tak boleh bagi kad kuning (merujuk pd kad temujanji klinik yg biasa tu) sbb kamu tak ikut prosedur. orang lain semua buat medical check up kamu nk buat pengesahan aje.
Ai       : datang hari khamis tu pagi ye? nak daftar di mana?
Pn S   : pergi kaunter sebelah ni. kalau akak tu (rujuk pd org yg tgh dok tulis2 di kaunter tu) tak paham. suruh  panggil akak (rujuk pada diri dia).
Ai       : ooo ye ke? nama akak? *sambil aku cuba nak tgk name tag dia.
Pn S    : Salbiah.
Ai       : terima kasih ye Pn salbiah. * saje nak kasi dia dgr yg aku dah hafal nama dia.

jadi kami pun berlalu dari situ. Ai terus memandu ke poliklinik peringgit. dan takde masalah pun nak dapatkan pengesahan.

kenapalah mereka ni nak menyusahkan perkara yang senang? Ai bawa adik Ai buat medical check up di klinik swasta sbb nak menjimatkan masa. kalau kamu pernah buat medical check up di klinik  or poliklinik kerajaan pasti kamu tahu betapa panjangnya prosedur mereka. betapa lamanya. sebab dulu masa nak pengesahan jawatan pun Ai buat medical check up di poliklinik ayer keroh tu mengambil masa 3minggu. ye 3minggu!!!! sbb Ai dah ade pengalaman maka takdelah nk bawa adik ke situ. biarlah keluarkan duit lebih sikit tapi medical check up buleh diselesaikan dlm masa sehari. ye sehari!!! sebenarnya tak sampai sehari tetapi hanya 2jam setengah!!! Xray dan check air kencing dan segala rabun tak rabun tu dan pemeriksaan dada. patutnya puan salbiah tu bersyukur sekuyrang-kurangnya Ai & adik Ai telah membantu doktor dan petugas hospital yg lain dalam mengurangkan beban kerja mereka. jadi mereka buleh check pesakit yg lain.

atau mungkinkah puan salbiah tu nak tunjuk kuasa?

Ai ai tak baik buruk sangka.
*tak puas hati je

info utk pelajar yg nak cepat buat medical check up. ini pengalaman Ai di klinik amal & surgeri tadi.

9.15am   : daftar nama
9.30am    : dapat borang utk Xray di hospital pantai
9.50am    : tiba di hospital pantai.dapat nombor
10.10am : nombor dipanggil. Xray diambil.
11.10am: xray siap. filem buleh diambil.
11.30am: tiba semula di klinik amal & surgeri. kencing & buat pemeriksaan.
11.47am: nama dipanggil, bayar RM65 dan keluar dari klinik.
11.57pm: segera ke poliklinik utk pengesahan.

iye, tak sampai 3jam dah siap, kan? efisien tak?

ok meh sambung sikit diary ni

12.05pm : tiba di poliklinik ayer keroh
12.09pm: keluar dgn hati yg panas dan speed ke poliklinik peringgit
12.15pm: tiba dan terus mendapatkan nombor di poliklinik peringgit
1.05pm : nombor dipanggil tapi nurse kata, "awak datang semula jam 2pm ye. pengesahan aje kan?'
1.15pm : tiba di JJ ayer keroh utk lunch (lapo weh dr pagi tak mkn)
2.00pm : selesai makan dan solat segera bertolak ke poliklinik semula.
2.20pm: tiba di poliklinik
2.26pm: dapat mesej dr adeik Ai mengatakan kena wait kejap. patient nombor 5097 dah ade dlm bilik no 19

main mesej dgn adek
main mesej dgn adek

3.15pm: dapat mesej dr adek yg mcm dh give up. die nk buat pengesahan di kampung je. Ai dah pelik. so Ai carik port parking then keluar dr kereta. masuk ke dlm klinik dan tu dia. rupanya adik Ai dok menunggu di luar bilik no 19 dlm keadaan mencangkung. ada lagi patient tgh berdiri dan lain2. muka adik Ai dah merah padam sbb poliklinik tu takde aircond. soba jolah. kuatkan smgt adek. kasi mesej2 hepi pd die. usik2.. hehehe

3.40pm: dr panggil masuk bilik no. 19

3.50pm: adik Ai keluar dr bilik no 19 dan kami senyjm lebar sbb misi berjaya alau ketiak berlengas. mujur dah solat kt JJ.segera pecut ke rumah dan drop adik Ai di rumah. Ai pula pecut ke sekolah sbb ada kelas tambahan utk pelajar.

4.15pm: tiba di sekolah. carik pelajar. masuk kelas dan mengajar.

5.00pm: kelas tamat. cuci kereta RM4 isi myk RM81.00 dan pulang.

5.30pm: masuk umah bau sup yg best sbb adek masak. yey!!! tq adek

ok penat dah. tapi tetap geram dgn pn salbiah. kenapa mesti nak susahkan perkara yg senang?

jawab jgn tak jwb

19.6.10

JAP LAGI

banyak nak menulis tapi kekangan masa sebab nak kena siapkan keje sekolah.

huh... keje sekolah. -_-"

juga nak selesaikan urusan-urusan adik bongsuku yang akan terbang ke UMS. mujur jugak Ai bawa dia ke melaka so boleh tolong dia. dalam 2minggu dah berkali-kali ke imigresen.

kalau Ai cukup bajet buleh terbang sekali. kemudianlah. saving utk pulau sipadan ke.. kehkehkeh

nanti satu hari yang tenang akan updet aktiviti cuti sekolah dan percutian.

okes sekarang mahu fokus kepada keje sekolah semula.

10.6.10

AKU BUKAN PATI TAKDE SIRI

3hari Ai 'mandom' kat dalam rumah. tak keluar (eh ade keluar g jenguk jiran yg datang jenguk umahnye. ala dalam entry sini Ai ada cerita). 3hari mandom sbb hubby Ai tiada dan jugak Ai study utk PTK. percaya? :P

you all.. mandom tu bukan makan papadom dengan banyak tapi kamu akan macam jadi insan kesunyian sebab takde kawan. whoaaa!!!

dipendekkkan cerita pagi tadi Ai selamat menduduki PTK. hbs PTK pecut kereta ke rumah sambil calling calling cik Nuril. Ai sampai umah terus goreng mee. sambil goreng-goreng dapat call pulak dari opis sekolah.. Ai kan guru data SMM yg cemerlang maka sbb PPD hantar surat ke sekolah utk collect data maka Ai kenalah datang ke sekolah. data SMM tu Ai simpan di dalam laptop kepunyaan kerajaan malaysia yg Ai tinggalkan di sekolah.

masih di rumah, lepas hbs sembang gossip sikt2 n mkn, cik Nuril ke opis then Ai tunggu hubby. Ai nk ke kedai foto amik gambau pasport. sbb dah jadi member kt situ makanya dapatlah buat 8 keping dgn harga RM8 dalam masa 10 minit shj. (murahkan?)

kami terus menuju ke IMI melaka (imigresen lah). di sinilah kengerian Ai bermula.

1. masa nak isi borang dah kena himpit dengan ibu beranak 4. sbb die ibu makanya Ai beri laluan pd dia dulu. tempat nk menulis bagi pd dia. tolong dia. jwb bila dia tanya. Ai pulak? asyik terganggu dgn ibu beranak 4 ini so lambatlah sikit.. kan? takpelah tolong orang (^_^)

2. masuk dalam IMI nombor Ai dipanggil. semua setel kecuali cap jari. Ai ada masalah sikit dengan cap jari ni. cik adik manis berkontek lens mata kucing meminta Ai ke JPN melaka utk ambil borang yg mengesahkan ada mslh dengan cap jari. Ai tanya borang apa? cik adik manis kata cakap je dengan JPN, mereka tahulah.

3. terus ke JPN, tanya dan ambil nombor. dapat nombor 1219. lagi 8 orang masa  Ai tunggu tu. so bila sampai turn. Ai ceritalah masalah Ai. "pihak IMI perlukan pengesahan dari JPN mengatakan bhw Ai mempunyai cap jari yg bermasalah" 
cik abg JPN buleh tanya Ai, "IMI suruh ambil borang ape?"
sumpah rasa mcm nk bunuh cik abang JPN tu. ape ke bangang tak phm ke cerita aku? ulang:
"Ai nk buat pasport tapi sbb ada masalah cap jari Ai kena ke JPN utk dapatkan pengesahan. borang ape yg saya perlu isi?"
cik abang JPN suh Ai tanya semula ke IMI. ape yg sebenarnya IMI nak. aduyai. masa ni Ai dah mcm singe ke ape tapi tetap maintain cun. sabar.

4. patah balik ke IMI melaka. kali ini Ai minta cik adik manis berkontek lens mata kucing tuliskan di atas kertas. dan tuliskan sekali plan B. in case ape2 hal.

5. pergi semula ke JPN. jumpa semula cik abang lampai JPN. so cik abg lampai JPN suh Ai ganti mykad isi borang KP 11. weh ape ke hal aku nk kena ganti mykad? lainlah kalau mykad Ai hilang/rosak ke, cip rosak ke? ini pasal data Ai aje. masalah cap jari je. takde ke borang yang boleh mengesahkan perkara ini? setahu Ai, sebelum ni ade masalah juga kat kwsp. cuma isi borang KP12 kat JPN je. takde banyak cengkadak mcm ni pun. sebab malas cakap makanya Ai pun buatlah mykad sedangkan mykad Ai cantik menarik tertarik masih lawo heh. tapi Ai buat jugaklah. yelah kang tak dpt pasport kang. Ai sayang nk tukar sbb mykad Ai takde caacat celanya. plastik terkoyak pn takde tau. nak pulak muka tu muka umur 18tahun muka muda remaja jerawat memang ade :P


6. Sbb dah zohor n perut pun dah lapo maka blk ke rumah kejap. usai solat n makan segera ke IMI semula. oh sbb Ai dah takde mykad maka kena potostat surat beranak. sampai IMI terus ke kaunter dan serahkan borang. so di sini Ai tanya semula dengan cik adik free hair berekor kuda aka pny tail, jawapan IMI "sebab JPN tak buat remark yg kami tak perlu scan jari awak"

pergh menyirap je Ai. lepas dah setelkan degan IMI Ai ke JPN semula utk bertanyakan hal ini sebab kalau disimpulkan daripada pernyataan mereka ni, Ai tak dapat nak teruskan buat pasport/renew pasport sebab  ada masalah cap jari. so kena tukar data di JPN. masalahnya cap jari Ai ni memang akan berubah-ubah sbb mmg dari kecik mcm tu. Ai punyai kulit tapak tangan yg MAHA sensitif yg akan menggelupas kalau terkena serbuk pencuci, ayam, habuk dll.

dan kesimpulan lain ialah, lepas ini jika Ai nak renew pasport Ai kena buat mykad sbb itulah ayat cik abang lampai JPN tadi. bak kata dia, itu prosedur. prosedur ape tu. takkan tiap kali renew pasport nak kena buat mykad? mcm tu baik aku hilangkan je mykad aku? tak gitu? * tgk.. bila marah dah jadi aku.


namun di sebalik itu, Ai telah sedar sesuatu. tertera di kad pengenalan sementara Ai rekod renew lesen memandu. atas sekali tertulis :

28/5/2008 - 28/5/2010


hari ini berapa hari bulan? 10 JUN 2010.


dan Ai telah memandu tanpa lesen yang sah selama 13hari. whoaaa!!!!

mujur tak kena tahan polis. so sesambil tunggu pasport disiapkan Ai pun ke JPJ renew lesen. kali ni buat yg 3tahun pulak (kos : RM90). so tarikh lesen memandu mati tamat akan datang ialah pada 10 Jun 2013.

selesai renew lesen dengan gambo pasport yg baru (ehem) terus berkejar ke sekolah. Ai malas nk bw laptop tu blk umah so trs je on kat situ dan print ape2 yg patut. buat eksport data segala dan nyah kau. hamekkkk.... pelik kenapa kadang-kadang ade org tak peka dengan cuti sekolah (ye Ai tahu cuti sekolah tak bermakna guru cuti tapi mujur Ai belum pulang ke kampung. kalau dah pulang camne? alamatnya adelah mangsa-mangsa yg akan diminta tolong utk eksportkan data dan printkan lamiran pengesahan)

perjalanan kembali ke IMI utk mengambil pasport yg siap menyebabkan Ai terserempak dengan kereta cik NURIL. kaitan? saje je nk nyatakan di sini.

masa nk collect pasport, terserempak dengan cik adik berkontek lens mata kucing lagi. dan dia menyapa Ai. tanya tentang masalah. Ai kata lepaslah kalau tak pasti tak collect. oh plan B? yg cik adik kontek lens mata kucing bagi ialah buat cabutan surat beranak di pejabat kelahiran. tapi Ai tak buat cabutan pun sbb Ai lahir di selangor dan Ai di melaka. tahu berapa lama mas diambil? seminggu...... bukankah data tu online?

oh berbalik kepada cerita mykad Ai dan cap jari... Ai masih tak puashati. Ai nak solution yg mudah.Ai bagitahu IMI takkanlah setiap kali nk renew Ai kena buat mykad? so cik adik berkontek lens mata kucing cuba selesaikan pertnyaan Ai itu. penyelesaian? Ai kena minta surat pengesahan dari doktor yang menyatakan cap jari Ai rosak. alahai... yg Ai ke JPN tu buat apenye? JPN tak bolehkah simpan rekodkah? sedangkan sblm ini Ai mmg dah pernah buat cabutan di JPN?

malas pk banyak. so lepas ini jika nak renew pasport Ai akan minta surat pengesahan doktor. oh  cik adik berkontek lens mata kucing telah tunjukkan pekeliling/nota yg menyatakan tentang masalah cap jari ini. so Ai yakin itulah penyelesaiannya. bukannya kena tukar mykad setiap kali nk renew pasport. gila!!!

terima kasih kepada cik adik berkontek lens mata kucing dan cik abang lampai JPN!!!! * tafsirlah sendiri TQ ikhlas ke perli ke suka ke ape ke :P

 

9.6.10

UWAAAAA

I need you like water
Like breath, like rain
I need you like mercy
From heaven’s gate
There’s a freedom in your arms
That carries me through
I need you
 
 
 
yeah i really need you
but my hubby will come home only after 7pm
what should Ai do right now?
 
 
 
there is a giant lizard hiding behind the air-cooler
Ai try to move it away
but it just sit there
hiding


uwaaa..... ( T_T )

8.6.10

SO NOW IT MAKE SENSE

Ai memang hairan. selalunya. kenapa Ai je yang mesti rasa & lalui? kwn2 lain takde pun.


oh, apakah yang Ai alami? Ai sering rasa terkena renjatan jika berada dalam bilik beraircond di mana jika Ai sentuh kerusi besi atau tombol pintu maka ai akan rasa seperti kerna renjatan. takpun jika Ai keluar dari kereta dan ingin membuka pagar rumah. sangat fobia utk tersentuh dgn bahagian kereta yg tiada lapik getak.

penjelasan:

Penyakit kedua ialah sakit tulang belakang cakera prolaps yang mana ceper tulang belakang yang terkeluar menekan saraf tunjang. Ia boleh menghasilkan renjatan elektrik yang dinamakan radiculopathy pada kedudukan badan tertentu.

“Dalam hal ini, renjatan elektrik biasanya berlaku apabila ceper tulang yang terkeluar menghala ke arah tepi. Jika terkeluar ke belakang atau ke dalam saraf tunjang ia boleh menyebabkan kebas dan lumpuh,” katanya. Jelas beliau, kondisi pergerakan ceper tulang ke tepi masih boleh dirawat dengan ubat -taken from kosmo. 

artikel penuh boleh baca di blog Ai yang lagi satu di sini 

oh ya. jika kamu kurang jelas tentang PID kamu juga boleh baca di blog Ai yg lagi satu di sini ye






6.6.10

movie review: LAGENDA BUDAK SETAN

tima kasih bapak gugel carikan poster ni

Ai telah menonton filem ini jumaat yg lalu. nampak sangat tak menyempat. mula2 Ai mcm biasa je tapi sbb hubby yg mcm excited nk tgk maka ia menular kepada Ai. dan blk shj sekolah terus singgah MBO cinemas bli tiket yg berharga RM18 utk 2org. show pukul 4.15pm maka kami bertolak dari rumah 4.00pm. ketara sangt cinema tu dekat sangat heh.

panggung tidak dipenuhi ramai org. mungkin krn org taktahu ataupun krn hari jumaat. mcm biasa seat kami ialah L9&L10. Ai dah boleh imagine seat dlm setiap panggung. nampak sangat kaki wayang -_-"

di kanan Ai ada 3org budak perempuan belasan tahun dan seorg budak kecil maybe umur 9thn kot. di seberang seat kiri hubby ade 2org mamat. depan kami mmg takde sape2. mmg nyaman (^__^).

tapi kenyamanan aku tergugat sbb budak2 perempuan sebelah aku ni dok buat movie review die pulak. antara dialog budak2 perempuan ni:

1. wah perut dia buncit LOL!!! ---> refer masa scene shikin kamal berdiri menghadap farid kamil. tapi perut 
     dia mmg buncitsss pun.
2. hahahahahahah. tak jadik----> refer pada scene lisa geram/marah bengang sbb kena tampar dgn Que
 eh dan banyak lagilah.


filem ni, sinematografi dah cantik dah. masa awal2 ade tunjuk trailer filem MAGIKA. 
ade satu pemandangan yg sama iaitu masa di pokok besar tu. atas bukit ade pokok besar. haaaa kat situ same. *tetiba tak sabar nk tgk Magika pulak. bak kata my hubby filem magika macam cerita THE 10TH KINGDOM yg himpunkan byk watak dongeng dalam satu cerita.
berbalik kps cerita LBS. Ai baca dalam paper kata penonton akan dibawa semula ke zaman 90-an. masa tu kan blm ade henset internet bagai. so tgk keadaan tu mcm dah ok menjadik tapi bila tang kad kwen si Ayu, tertera pulak 28 Jun 2009. aik, kata cerita lama tapi nape tarikh skrg. dan sama jugak dgn kamera si budak setan tu. Canon EOS tu. dulu2 dah ade ke?

lagi Ai musykil , si budak setan tu dapat dana buat penyelidikan kt tempat ulu mana ntah tapi buleh pulak bw kamera EOS tu amik foto2. tang mana pulak die cas bateri kamera tuh? ape? mana Ai tahu ulu sbb si setan tu yg btahu ayu tpt tu takde bekalan elektrik segala. bak kata hubby Ai, dia bw bekalan bateri byk2 kot. setahun kt kampung tu. kuwang kuwang kuwang.

ade lagi dialog kelakar. masa si budak setan tu tiba kt kampung tu, pakcik yg sambut tu cakap, 

"pakcik akan tolong kasyah buat UJIKAJI "

aduyai ujikaji? bukan ke si kasyah tu tangkap foto je aku tgk. aduyai...
lagi?

dialog si raja farah btahu pd farid kamil yg Ayu dah kwen,
"lepas beberapa HARI kasyah pergi, ayu kahwen dgn org lain"

bebrapa HARI? aik, takkan kejap sgt die nikah. nk buat kad kwen lagi. nk prepare lagi. lainlah kalau kwen koboi ke. haissh......logiknye kalau dialog berbunyi... selepas beberapa MINGGU...

lagi?

baju yg dipakai oleh Lisa & Syikin kamal (yg jadi ayu lps buat pembedahan muka) sama!!!! baju ala2 kaftan putih bercorak hitam. oklah oklah mungkin itu caranya nak tunjukkan itu ayu tapi bukankah ade cara lain lagi.

pertengkaran antara Ayu & Azmi (que haidar) sangat membingitkan telinga. serius bingit. ok mungkin sound sistem ke? tapi serius haru-birulah Ai.

Ai rasa kesinambungan cerita ni mcm takde. means dari satu babak ke satu babak mcm ape je... ntah susah nk cakap.

oh lagi satu ekpressi muka lisa tak berapa nak menjadi. maybe sbb die cute maka bila die marah nampak sgt kelakarlah. masalhnya bukan Ai aje yg nk gelak tapi mamat 2org yg ddk seberang seat di kiri hubby pun gelak. Ai ke salah?

so Ai suggest, kalau kamu nk menonton filem ni jangan harap macam dalam novel ye. tolong clearkan minda kamu daripada novel itu.

sekian.

p/s: ini entry ketiga utk hari ini. entry satu dan dua klik bawah


KAD DEBIT VS KAD KREDIT

wah Ai rasa dah masuk dlm mood nak HIANNABE: Hari Ini Aku Nak Buat Banyak Entry.
dan ini adalah entry kedua dalam masa 1jam. muahahahahahahah. entry pertama klik sini ye

Ai nak berkongsi tentang pengurusan kewangan pula. dan topik pada kali ini adalah tentang penggunaan kad debit dengan kad kredit. jika kamu tak tahu apa itu kad debit & kad kredit. meh sini Ai kupaskan. definisi ini adalah berdasarkan pengalaman penggunaan Ai dalam kehidupan seharian.

kad debit
kad debit ialah kad yang akan menolak baki wang dari akaun simpanan anda. kad debit yg memudahkan urusan harian tapi kome kenalah shopping kat tpt2 mcm Mydin ke, JJ ke... senang cerita yang ade logo papar boleh bayar dengan debit kad. dengan kad debit  ini kome tidak perlu mengeluarkan wang dari mesin ATM. dan kome tidaklah dikatakn berhutang kerana wang utk pembayaran barang-barang akan ditolak TERUS dari akaun anda tanpa dikenakan sebarang caj. dan transaksi pd hari tersebut akan terus dipaparkan dalam online banking anda. takde float float eh. cuma dalam akaun simpanan kome tu kenalah ada RM yakni wang. contoh-contoh kad debit yang aku sendiri pakai ialah: (semua gambar ehsan dari en ehsan eh silap bapaknya iaitu en Google)

kad debit maybank- kad yang ini Ai selaluguna di Jaya Jusco.
sebab JJ setakat ini hanya terima kad ini. *kutuk: apelah JJ. koman betul

kad debit public bank- kerap digunakan di Mydin hypermarket ataupun JJ.
tapi selalunya kat Mydin le.

kad debit CIMB- kerap juga digunakan di Mydin dan tenpat-tenpat lain.
ngeeee

apabila kamu dah leretkan kad debit ini, sebelum duit ditolak dari akaun simpanan kamu maka kamu perlu memasukkan nombor pin akaun simpanan kamu. masa nak key in akaun simpanan ni pastikan kamu tutup@cover daripada cashier nampak ye. manalah tahu die ade komplot dgn kwn2 di luar. nanti kamu dah keluar dari banguann shopping, hanbeg kamu kena ragut n duit kamu dikeluarkan pula. ok ok Ai imaginasi melampau sikit. oh setelah masukkan nombor pin maka kite akan terima resit dan resit tidak perlu ditandatangani. ok habis cerita tentang kad debit. meh Ai story tentang kad kredit pula

kad kredit
dalam entry yg lama2 Ai ada terangkan camno nak guna kad kredit ni.
meh baca dulu pengurusan kad kredit di sini.

tapi rasanya tidak perlulah Ai jelaskan tentang kad kredit ni. rasanya semua orang dah tahu tentang kad kredit ini. 

nama glamer kad ni ialah kad hutang!!! ia dipanggil sebegitu rupanya kerana tuan punya kad yg dah swipe kad kredit tu akan kena bayar duit yg dipinjam dari bank pada tarikh yang tertentu. kad kredit ini juga mempunyai had yang akan menyebabkan tuan punya kad kredit mcm tak reti nak urus sbb tuan punye fikir die punye banyak wang. padahal itukan duit bank. apabila tuan punya nk bayar barang maka setelah kad kredit dileretkan kamu kena tandatangan resit pembelian tu. dan kamu buleh bayar pada bank selepas itu. adalah diingatkan kepada pemunya kad kredit, bayaran hendaklah dijelaskan sebelum tarikh matang yg ditetapkan setiap bulan krn jika tidak kamu akan dikenakan faedah yakni interest yg akan menyebabkan hutang kamu akn meningkat berganda-ganda.

kesimpulan
Ai lebih suka menggunakan kad debit kerana ia mudah dan tidak menyebabkan kita rasa berhutang. ada duit beli barang, takde duit kome duduk diam-diam. (^____________^)

KUASA ALLAH SIAPA TAHU

tiada siapa dapat mengatasi kuasa Allah, kita merancang Allah jua yang menentukan. *gembira
penantian kami selama ini telah membuahkan hasilnya. Alhamdulillah!!!


\


\



\


\


\

pokok nanas kami telah mengeluarkan hasil!!!! sesuatu yang berlaku dengan izin Allah jua. lihat foto di bawah.


jika diteliti terdapat 3mahkota pada satu pokok. sebenarnya ada 4 mahkota tapi buah yang berada di tengah-tengah telah pun masak dan kami makan. buahnya hanyalah sebesar penumbuk orang dewasa tetapi manisnya Masyaallah mcm gula tapi best punye!!!! pokok ini telah ditanam sekitar feb2008 dan baru sahaja mula berbuah tahun 2010. yang kami perasaan pada April 2010 setelah ditegur oleh emak yg kebetulan dtg utk meraikan konvo adik. emak kata pokok nanas kami menarik. hehehehe. sehinggalah kelihatan 4mahkota  SERENTAK pada satu sulur nanas. yg tengah-tengah terus membesar manakala 3lagi spt memberi laluan. meh kita tinjau meh.

 foto diambil setelah buah yang tengah-tengah dipetik dan dimakan. yummm yummmm

anak panah menunjukkan tempat buah nanas ke-4.

kredit to my hubby yang gigih mengambil gambar. hubby dah jumpa hobi baru. dan semasa Ai menaip entri ini dia outing utk snap foto larian obor Sukma di melaka. 7.30pagi dah keluar rumah. boleh lihat foto hubby yang lain di sini.

Ai melihat kejadian ini sebagai petunjuk dari Allah. bukan apa, nanas itu mengambil masa yang sangat lama utk mengeluarkan hasil. hampir 2tahun utk berbuah. dan buah yang dihasilkan pula serentak 4, manis rasanya. kami kan belum dikurniakan zuriat, Allah belum izinkan lagi. mana tahu mungkin kami akan dapat anak kembar?

amin.  (^______________^)