Ikut AiTotYati

2.5.11

ARIANI MADNESS

dalam hati Ai mmg dah lama nak ke butik Ariani sejak mula iklan sale dia bermain2 di kaca tv. tapi sebab demam dan ketidaklaratan mengheret badan sendiri makanya Ai abaikan saje. tapi lepas baca entry kekda di sini, rontaan hati makin menjadi-jadi.

dan sebagai akibatnya, Ai telah berjaya memujuk enJekjek supaya memandu Ai ke butik Ariani Melaka yg terletak di no. 31, jln BPM 1, tmn bukit mutiara, Bukit Piatu, Melaka. ala kat bukit piatu tu. tak tau? lepas SM Teknik Bukit Piatu, jalan menghala ke Melaka. arghhhh, google map jelah. sonang. hihihihi. dan Ai rasa enJekjek bersetuju pun kerana beliau tahu, kalau Ai stress hiburannya adalah shopping. hahahahah. ala, yang penting bukan duit enJekjek pun, duit Ai juga. duit keje Ai hasil keizinan enJekjek (^_______^)

dan pagi2 tadi, selepas selesai bersarapan di restoran Lot 85, kami menuju ke Ariani. dan itu dia, Ai adalah pelanggan yang kedua yang masuk ke ariani nampak sangat ariani baru bukak ko dah terjah cik Ai oi Ai bukan ape, dulu pernah sekali datang masa ramai giler orang. adek2 yg nak entertain tu pun takde. so tak dapat nk tanya n nak bermanja2. muahahaha. so ni masa Ai masuk, adek2 tu buat taktahu je. lepas depa nampak Ai dah menyambar 2 helai ke fitting room makanya lepas tu mmg ade sorang adek tu follow. so Ai pun mulalah nak warna itu, nak warna ini. nak corak itu nak corak ini. eh adek2 tu mesti dapat komisen daripada kerja dia entertain customer, kan?

Ai mmg dah warning sama enJekjek, boleh je tinggalkan Ai sbb memang misi Ai yang utama nak cari 3kaler plain iaitu hijau pucuk pisang, pink n coklat. tapi enJekjek very supportive, beliau duduk di sofa yg disediakan sambil menyekodeng Ai. muahahaha. sebab selama ni, kalau Ai datang mesti dengan kwn2 perempuan je, kwn2 perempuan yg ade kad membership.


dan lepas sejam, Ai telah membeli sehingga melayakkan Ai mendapat kad member Ai sendiri iaitu kad emas a.k.a gold card wah macam pingat emas plak rasanya taktahulah enJekjek tahu tak berapa banyak kena spent utk entitled gold card tu. keluar dari ariani Ai senyum je. rasa macam hilang demam. kahkahkah



cakap banyak tak mahu, layan gambar
 balik2 je dok senyap kat ruang tamu. 
hari ni enJekjek sukarela nak memasak memandangkan isterinya ni baru nak baik demam. 
maceh enJekjek. (^_^) 
lepas tu paksa enJekjek snap foto ni. hahahaha




 lepas enJekjek dah snap picture, Ai pun pergilah membasuh sume tudung2 ni. bukan susah pun, buh air dalam baldi, buh dynamo, kocak2 then bilas.
lepas tu tergedik2 amik gambar sbb enJekjek sibuk memasak maka snap sendiri. eh amik sendiri tau :P
yang ni baru bilas, sidai jap kasi air menitis. Ai g  jap masuk bilik amik hanger kecik2.



 taraaaa... dah sidai dah, ini adalah hasil kunjungan pada hari ini. 
puas hati Ai.
so biarkan saje dalam bathroom hari ni. esok g keje Ai nak pakai.
ko standby jelah Ai, kalau ade yg bersuara, "yelah, orang takde anak bolehlah bli tudung ariani"
esok Ai akan jawab, "apsal, akak jeles ke?"



hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha
 
 
maaf, emosi memang tak berapa nak stabil. dalam seminggu dua ni mood akan libang-libu huru-hara. kalau sape cari pasal sebut2 pasal anak, memangAi laser je.
dalam sebulan, memang ade satu minggu tu mulut Ai macam takde kawalan sikit. 
shuke benor nak menjawab.
korang pun tau minggu ape, kan?

17 comments:

  1. EnJekjek masak apa utk lunch tadi? Tayanglah gambar masakan dia ngeeee

    ReplyDelete
  2. Mak ai banyaknya beli tudung. Boleh buat bisnes jual semula bila dah tak suka hehehe

    ReplyDelete
  3. @Yunus Badawi enJekjek masak nasi puteh, ayam goreng dengan sambal tempoyak. tak sempat naksnap, dah licin dah YB. hihihihi

    ReplyDelete
  4. @Yunus Badawi yaaa betul. tapi lambat lagi kot YB. :D

    ReplyDelete
  5. mak aih..tetibe jelez ni gan kakak..haha..
    xpe..i tgah giler kasut skang dan selendang..bleyh..? :P

    ReplyDelete
  6. @Zaza Izah adek jgn jelez :p

    adek study smart, lepas tu get a job with high salary. lps tu shopping

    :P

    ReplyDelete
  7. salam kenal... selamat berhujung minggu...

    ReplyDelete
  8. minggu peperiksaan?

    hehe

    jawab jangan tak jawab!
    p/s: puas hati bagi pihak

    ReplyDelete
  9. En. Jekjek, utk entitle gold card tu belian kena RM500 yer.
    tehehee... ya...org tkde anak je mampu pakai tudung ariani platinum yg reganya kalo tkde sale adalah RM120. hahhhaa :D

    ReplyDelete
  10. @zino salam kenal kembali. tq krn singgah sini

    ReplyDelete
  11. @Irtiyah hahahaha peperiksaan la sangat :p

    ReplyDelete
  12. @PUANSTOBERI kekda, shhhhh... diam2 enJekjek tak tahu ni. kihkih. statement yg last tu Ai loike sangat

    :D

    ReplyDelete
  13. semoga ada rezeki nanti...amin

    ReplyDelete
  14. Banyaknya tudung ti.. Amat jeles rindu zaman keluar shopping2 ngan kawan2... Jgn stress tak baik untuk kesihatan tau :)

    ReplyDelete
  15. @Juwita Jamaludin sekali sekala bli kak. lagipun mmg nak pakai tudung2 ni.

    shopping ni antara factor hilangkan stress. hehehehe

    ReplyDelete
  16. waaahhhhhhhhhhhh... tak boleh jadi.. psstt pinjam kad gold bleh..? hahahaha

    ReplyDelete