Ikut AiTotYati

7.9.15

NO, I'M NOT OK

bila banyak jawatan, banyak kerja
bila banyak kerja, orang tak bagi kerjasama, Ai stress
bila Ai stress, keimunan badan rendah
bila keimunan badan rendah, sakit pun datang melanda
sakit yang datang tu bukan yang biasa biasa

bila slipped disc dah menyerang, sape yang susah?
Ai juga...

2.9.15

RUMAH TERBUKA AITOTYATI

alhamdulillah berjaya dilaksanakan pada ahad 30 Ogos 2015.

menu yang dibuat sendiri ialah cheesekut dan spaghetti bolognese.
potong buah tembikai dan bancuh air sarsi.

menu yang ditempah ialah nasi impit, rendang ayam, kuah kacang untuk 100 orang. satay dan sambal satay tempah 400 batang. tak ketinggalan apam dan seri muka 100 biji.

sekian .