Ikut AiTotYati

18.8.11

RESEPI AYAM MASAK KETUMBAR: 18 RAMADHAN 1432H

tunjuk gambar dulu.
resepi kemudian ye.
nak baca yaasin











17.8.11

RESEPI MEE BLACK PEPPER

resepi ni Ai tengok Sheila Rusly buat dalam program ketuk ketuk ramadhan. Ai rasa mcm simple je. terus rasa nak try. tapi Ai tak catat pun. cuma ingat je dalam otak dan agak2.hehehehe. kalau nak tengok gambar ada dalam entry ini




ok bahan-bahannya (ini adalah berdasarkan yang Ai masak ye. boleh makan 2- 4 org):


450g mee kuning (senang cite peket kecik- dulu sepeket 500g)
500g daging lembu
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
seinci halia
kicap pekat manis ABC ( iklan ade chef zam tu)
2 sudu teh serbuk white pepper
2 sudu besar black pepper -tumbuk
sos cili
sos tomato
minyak masak untuk menumis
sedikit sawi & tauge
garam secukup rasa
sedikit air



cecara:
1. memula sekali perap daging dengan white pepper dan kicap manis sekurang2nya 2jam.
2. Didihkan air utk celur mee kuning tu spy hilang segala minyak dan rasa kapur pd mee. toskan.
3. panaskan kuali. masukkan mee dan 2 sudu besar kicap.  kacau n gaul2. tu nak bagi mee tu ade kaler gelap gtu. ketepikan.
4. panaskan minyak. tumiskan bawang2 dan halia.
5. bila dah naik bau, masukkan daging yang telah diperap itu tadi. masukkan black pepper. gaul rata
6. masukkan kicap pekat lagi, sos tomato dan sos cili serta sedikit air.tutup dan biar hingga empuk.
7. bila dah empuk masukkan garam secukup rasa.
8. hidangkan.


nota: klu suka sawi n tauge mentah tak payah masukkan dalam kuah tu. tapi kalau nak masukkan, pastikan dah nak padam api baru masukkan spy sawi n tauge sentiasa segar.


begitulah kisahnye ye. selamat mencuba   (^___^)




14.8.11

MEE BLACK PEPPER WITH BEEF, JEMPUT BILIS BERKARI DENGAN AIR KATIRA@KATHIRA: 14 RAMADHAN 1432H

air katira atau air kathira?
tatau mana satu nak eja. air ini telah dibuat sendiri oleh enJekjek
 selalu kami beli je tapi enJekjek bertekad nak buat sendiri. dengan berbekalkan sedikit modal maka terhasillah 4liter air katira. sampai tak larat nk minum masa buka. hehehheh




 
our entree ialah mee black pepper with beef. perghhhh sedap. resepi tu Ai tengok kat program Ketuk Ketuk Ramadhan yang dihoskan oleh sheila Rusly. cara nak buatnye senang sangat. next entry Ai share resepi ya.





air oh air. sungguh sedap diminum begitu saje. oh air katira adalah gabungan katira (getah anggur), selasih, kembang semangkuk, air ice cream soda, susu cair dan air gula serta sedikit pewarna hijau.




juadah berbuka keseluruhannya pada hari ini.
burp alhamdulillah







12.8.11

REZEKI RAMADHAN

Allah itu maha adil. biarpun rezeki Ai belum ada lagi untuk zuriat namun rezeki rezeki lain datang.
kesihatan yang baik, keluarga yg baik, suami yg baik, rakan2 yg baik itu semua rezeki. rakan2 yg mulut laser: itu cobaan


sebelum ramdhan Ai dapat APC. berita di sini

awal ramadhan Ai dapat surat anjakan gaji. kalu biasanya Ai dapat surat kelulusan pergerakan gaji biasa tapi sebab Ai lulus PTK tahap 1 dengan 4, 4 pada tahun lepas maka tahun ini gaji Ai akan naik ke P2T8 mulai Januari 2011. ini bermakna akan ada tunggakan dan CC kata gaji baru akan dapat oktober ni. alhamdulillah rezeki.

lagi? Ai nak kongsi kegembiraan dengan kawan-kawan
Ai telah diterima masuk ke salah sebuah IPTA untuk menyambung pengajian dalam bidang sarjana.
Ai akan mula mendaftar pada 5 September 2011 dan pada tarikh itu secara rasminya Ai akan cuti belajar bergaji penuh selama 2 tahun.


kawan-kawan, doakan kejayaan, kesejahteraan dan keberkatan Ai ye

terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi semangat kepada Ai selama ini. dan rakan paling intim dah tentulah enJekjek


9.8.11

PANDAN CHEESE MUFFINS: 9 RAMADHAN 1432

yang sebenornye enJekjek ( http://akubudaksabak.com) yang carikan resepi muffins ni.
resepi asal ialah pandan muffins je tapi Ai buat sukati je sbb takmo banyak sangat lemak.
bajet nk kurus ramadhan ni hahahaha


bahan-bahan:
 200 g  tepung gandum
120 g  gula kastor
1  1/2 tbs baking powder
1 tbs soda bicarbonat
1 tsp garam
100 ml minyak jagung
2 biji telur
200 ml susu segar (resepi asal guna santan)
7 helai daun pandan- klu maleh blend bli je paste pandan tapi bau kurang le. tak pandannnnnn :P
parutan keju cheddar


cecara:
1. ayak tepung, soda n baking powder. buh dalam bekas then buh gula. kacau mesra :D
2.blend pandan dgn susu segar. tapis. amik airnye.
3. campur minyak jagung n  telur dalam air pandan bersusu tadi. kacau tapi jgn lelama.
4. buh campuran cecair ke dalam segala jenis bahan kering tadi. kacau asal mesra sudah.
5. sendukkan dalam bekasnye. then buh le keju cheddar yg diparut tu kt atasnya.
6. sebelum mula buat langkah satu tu seeloknya panaskan oven siap2 pd suhu 180 darjah celcius. bakar muffins selama 20minit.
7. makan- tunggu buka jap lagi



mari lihat urutan kadar kenaikan ketinggian muffins. 
sorry le d5000 takde so tangkap guna htc sensation je.

 ni dah buh dalam oven.
panas ooo sbb Ai biarkan terbuka cover oven tu gegara nk snap foto



tengok, muffins semakin menggebu. hehehe


pergh lagi tinggi muffins ni naik



dah dekat2 nk tamat masa memasak ni


baru keluar dari oven. panas panassss. 
klu tak pose dah ngap dah. heheheh
disyaki pasal buh cheese atasnye maka jadilah kaler kuning cheese terbakar tu. 
klu tak mesti kaler hijau cantek menarik tertarik memang nak makan. heheheh
untuk adunan ni ai dapat hasilkan 9biji muffins


selamat mencuba ye (^___^)


7.8.11

7 RAMADHAN 1432H: Vanilla Cheese Muffins


malam tadi g tengok movie Captain America di MBO.

sblm tu ade 20minit lagi sebelum movie start jam 10mlm. kami pun masuk parkson.
tetiba enJekjek nampak satu loyang tu. tanya loyang pe. Ai btau le tu loyang nak wat muffin.
Ai cakap ke enJekjek kalau nk suh Ai buat muffin silalah belikan ye. owh rege pun just nice RM15.90. so enJekjek pun belikan. hahahha. best best!!
(hasrat nk buat muffins mmg ade tapi malas yaa amat. hihihi. so ini adalah 1st attempt Ai buat muffins)


sudahnye pagi tadi Ai paksa enJekjek Google resepi muffins.
dan bergegaslah kami sekali lagi ke umah pak menakan mencari barang nk buat muffins.mana lagi pak menakan, mydin le...

ok bahan-bahan nk buat muffins



 lepas tu ape buat?


 yaaaa ayak 4 cawan tepung MFM tu dgn 4 sudu besar baking powder. 
ayak macam main salji. hihihiihi





kemudian buh 2cwn gula dan gaulkan. lps tu dlm bekas lain pecahkan 2biji telur gred D (ni saiz kecik), 2 cwn susu segar, 8 sudu besar majerin yg dah dicairkan, 1 sudu besar essen vanila dan 1sudu teh garam. guna whisk dan kacau sampai larut.


lepas tu campurkan segala tepung mepung yg dah digaulkan tu dgn bhn2 cecair tadi. 
kacau sampai dia mesra je. jgn lama2.
 buh dalam acuan, cepat!!!'

isi jangan tak isi.


lepas tu?

hidup tak sempurna tanpa cheese.
apa lagi, parutkan cheddar cheese dan buh dlm adunan tu tadi mcm ni


buh dalam oven suhu 180 darjah celcius selama 20minit je ye. 
jgn lebey2 nanti keras tak best.

panas ooo dlm oven elba tuh


siap sudah......



owh untuk adunan ni Ai dapat hasilkan 22 biji muffins. 
6biji bagi Pn Hajah Eton, 3biji bagi Pn Mala dan bakinya kami makan berdua
(jiran2 lain sume takde blk kg)


sila layan video time lapse yang enJekjek buat ni entitle Vanilla Cheese Muffins



selamat makan (^_^)

6 RAMADHAN 1432H

sebab dah bli barang, ok mari kite memasak.
rini menu buka simple2 je

wholemeal bread ade lebih. Ai belasah buat roti sosej gulung. heheheh



memasak haruslah sinki penuh, kan?



sup ayam sudah. ni kes nak habiskan daun sup dlm peti. hihihi

close up skit. merah, kuning, hijau... biru je takde



Danbo nak menyelit gak


sila sengetkan kepala anda. heheheh






dah habis makan dah semalam. heheheh
(sorry ye kawan2, entry ni dah buat smlm tapi entah mengapa tak boleh nk upload gambar lak. rini baru boleh)


2.8.11

APC: Anugerah Perempuan Comel

Hihi tau Ai comel.rindu nk menulis di blog tp tuntutan kerja adalah yg utama. Yaaa Ai tau pembaca senyap maupun yg tak senyap ternanti2 entry Ai. Psst jgn muntah di bln pose.nanti batal.

Alhamdulillah Ai telah dianugerahkan APC pd 22julai 2011. Majlis julung2 kalinya diadakan di putrajaya khas buat mereka yg bernaung di bwh BPTV (bhgn pendidikan teknik dan vokasional).

Smg APC ini akn trs memberi smgt buat Ai utk berbakti pd agama, bangsa dan negara.

Jangan persoal apa org dh sumbang buat kita tapi tanyalah pd diri apakah bakti kita buat keluarga, masyarakat dan negara.

Selamat berpuasa. Smg keberkatan trs dianugerahkan dlm hidup kita.

Published with Blogger-droid v1.7.4