Ikut AiTotYati

23.11.10

ISU: AURAT PENGANTIN PEREMPUAN

"Sebelum membaca penulisan ini, Ai dengan sukacitanya ingin mengingatkan bahawa ini adalah sekadar pengalaman dan pandangan peribadi Ai. Jika kamu tidak setuju dengan penulisan Ai, anda diminta untuk meninggalkan blog ini dengan serta merta"



Zaman Ai dulu, internet ni tak berapa nk meletop. So kurang sikit kadar pengedaran sebarang maklumat.
Zaman sekarang, kalau boleh sume benda nk letak dalam fb. Sampai tak kira batasan aurat.


Terpaksa menulis sebab baru tadi pak andam adek Ai pi bubuh gambar bini adek Ai yang belum make up dan tanpa tudung dalam fb. Terkejutlah sekejap. Sebab adek ipar Ai tu menjaga auratnya. Cepat-cepat Ai telefon adek Ai. Taknaklah pasal perkara itu kang adek Ai yg nak kena tanggung dosa bini. Ai bukan ape, mana2 yg boleh kite kawal, kite kawallah.



Insiden ini mengingatkan Ai pada peristiwa 5 tahun sudah. Sewaktu malam berinai Ai dan enJekjek. Ai dah beritahu dan bincang awal2 dengan mak andam yg pada malam berinai dan sewaktu bersanding memang Ai tak akan free hair. Jadi dia kenalah fikirkan nak buat macam mana utk cucuk sanggul segala tu kan. Sbb ini permintaan Ai. Kamu jangan salah anggap pula, Ai bukanlah seorang wanita yg bertudung labuh tetapi memakai tudung dan menutup aurat itu kan kewajipan setiap muslimah (ok now I sound like ustazah). Lagipun nanti kubur masing-masing, yang nak kena azab Ai jugak. Bukan orang lain.


Nak dijadikan cerita, memang dari awal lagi mak andam dah minta Ai supaya tanggalkan sahaja tudung. Dengan alasan mudah untuk memakai rambut palsu dan menggayakan sanggul. Tapi Ai tetap dengan pendirian. Lagipun Ai fikir, apalah gunanya selama ini bertudung tapi kemudiannya pada malam berinai dan hari perkahwinan menanggalkannya untuk tatapan mata umum. Kasihan suami Ai kena tanggung dosa Ai. Untuk malam berinai Ai ade 8 pasang baju semuanya. Dan setiap kali tukar baju, setiap kali tulah mak andam akan pujuk Ai supaya 'bukak je tudung, malam ini je'


kalau ikut nates (read as terbalik) memanglah akan free hair, tapi gambar itu akan kekal sepanjang hayat dan akan menjadi tatapan anak cucu. Ai sungguh sedih pada masa itu kerana mak andam adalah orang yang sebangsa dan seagama. Kenapa beliau tidak boleh menghormati permintaan dan pendirian Ai. Masih terngiang-ngiang ayat mak andam, "ni kalau bukak tudung pakai sanggul mesti lagi cantek"


Adakah permintaan Ai, adek Ai dan golongan seperti kami ini keterlaluan.
Kami cuma minta hak dan pendirian dihormati.


Berat sangatkah permintaan itu?

21 comments:

  1. tak berat tp sukar utk melaksanakan :)
    Tahniah utk Ai sbb 'kuat' utk menahan godaan nates tu. Reen gak nan hado..kadang mmg gelincir gak la. Tsskkk...

    ReplyDelete
  2. PuanStoberi,

    mana yg boleh kite jaga n kawal, kite kawal.

    masing-masing dah tahu n boleh fikir mana halal haram baik buruk. Jadi terpulang pada setiap individu, kan?

    (^_^)

    ReplyDelete
  3. betullah isu yg ko warkan ni..
    banyak org alpa bila tiba bab ni..
    aurat dianggap mudah..

    tapi aku sendiri gak sedang berusaha baiki mana yg mampu pada diri..
    dengan harapan jd cth utk org yg aku tak mampu tegur dgn lidah but do hope dapat 'tegur' dgn hati..

    ReplyDelete
  4. kena kuatkan iman dan tetapkan pendirian!(yg bg komen ni macam kuat sgt jek)

    ReplyDelete
  5. nuril,

    tidak ada manusia yang sempurna kerana setiap satunya pasti pernah berbuat kesilapan. namun kesempurnaan itu boleh dimiliki jika kita sentiasa memperbaiki kelemahan diri. berdoalah kepadaNya agar kehidupan ini sentiasa disinari cahayaNya - petikan majalah Nur Dec 2010.

    Ai pun kdg2 tergelincir gak. sama2lah kita saling ingat-mengingatkan

    (^_^)

    ReplyDelete
  6. pendirian yang penting kalau dia tak leh ikut cara kita reject dia awal2.. kita yang bayar

    ReplyDelete
  7. kak ita,

    masa zaman saya tu, kire dialah mak andam paling meletopp kt kwsn kami tu. dia sendiri cakap, yang sayalah orang pertama yang bertudung masa dia andamkan. sepatutnya dia amik pengalaman mengandamkan org bertudung ni. kan ke dah membantu mempelbagaikan cabang pengandaman dia tu.

    tak ke gitu?

    ReplyDelete
  8. Aku pun kekadang tergelincir.. n sedang berusaha jugak utk perbaiki kejahilan yang lalu.. hikmah jugak aku tag gambar aan kat ko ye..

    ReplyDelete
  9. lieya,

    ya terima kasih sbb taggedkan.

    kalau tak silalah adek ai tu tanggung dosa bini dia dgn tak psl2.

    tapi gambr tu dah diremove dah. so kire isu dalam fb tu selesai.

    sama2lah kite saling ingat-mengingatkan.

    (^_^)

    ReplyDelete
  10. ye ye.. dia dah remove.. takpe.. cik lan tu ok.. kalau kita cakap terus terang dia ok..

    ReplyDelete
  11. hans,

    sebab kubur masing-masing, kan?
    nanti sendiri nk tanggung.

    kena api dapur pun sakit. inikan pula api di sana

    (^_^)

    ReplyDelete
  12. iman kena kuat kan?
    kadang2 apa yang kita nak tu bila berlawan dengan syariat, harus pikir secara mendalam.

    batul kata kak, bila dah seumur hidup menutup aurat, takkan semata-mata nak cantik sehari..sanggup berkorban prinsip.

    ReplyDelete
  13. miss nina,

    ya betul tu. nafsu mmg sentiasa akan menggoda. yang penting kena tetap pendirian.

    lalang takmo, pokok balak mau
    (^_^)

    ReplyDelete
  14. faiz,

    punyelah panjang Ai buat karangan SPM ni hang dok fokus kat jumlah baju?

    kehkeh.

    a'ah 8pasang.
    sekali seumur hidup nk pake baju dari pelbagai negara

    ngehngeh

    ReplyDelete
  15. pe yg ai ckp tue semuanya betull...skang semua amik mudah..masa kahwin buka tudung sbb ayatnye"alah sekali je seumur hidup"..mudah betul berbicara..cam xtahu agama pulak..rsnya semua org cukup didikan agama kat negara malaysia ni...byk lg nak bebel tp ngantuk plk..hihi

    p/s:tenkiu wish besday cik tom :)

    ReplyDelete
  16. cik tom,

    ilmu kalau tak diamalkan akan hilang.

    "berilmu, beriman, beramal"

    marilah kita meningkatkan amalan kite utk bekalan di sana (^_^)

    ReplyDelete
  17. btw, mentioned that it was "pak andam", bkn "mak andam" right..?

    maybe, di awalnya, itu yg patut diperbaiki dahulu... mcmana boleh diketepikan aurat yang wajib dilindungi itu drp "pak andam" yg sah2 lelaki?

    ReplyDelete
  18. wAwwA AwwA,

    pak andam tu pakciknya yg rapat. some people anggap pakcik ni dah mcm bapa.

    Ai tak akan panjangkan isu ni lagi sbb foto tu dah diremove dari fb nye.

    harap maklum (^_^)

    ReplyDelete
  19. Good entry, babe!!

    Aurat adalah perkara yg orang pandang mudah, padahal ianya wajib dipelihara dari penglihatan lelaki ajnabi..

    Esp kalau keluar sidai kain kat luar, ada yang selamba je berkemban letak tuala atas bahu, sdgkan di luar rumah...

    Baguslah, kita saling nasihat-menasihat...

    *miss you, Tot*

    ReplyDelete