Ikut AiTotYati

15.11.10

OPAH: damailah kamu di sana

khamis, 11 November 2010 jam

11.00 pagi - Ai menerima mesej drpd hubby mengatakan yang membatalkan pemergian beliau ke kelantan kerana ayah memaklumkan bhw keadaan opah semakin tidak mengizinkan. Ai pula segera menyiapkan semua kerja2 sekolah yang diperlukan ASAP. Ai jumpa bos minta cuti sbb enJekjek juga mohon cuti utk jumaat. kami bercadang utk pulang ke kampung menjenguk opah pada keesokan harinya.

6.50petang - enJekjek tiba di rumah memaklumkan bhw kami akan pulang ke kampung selepas maghrib. maka tanpa melengahkan masa Ai trs berkemas ape2 yg patut. pada masa ini, sebarang panggilan telefon amatlah mencuakkan.

9.30malam - kami melepasi seremban tatkala mendengar perkabaran oleh ayah bahawa opah telah meninggalkan kami buat selama-lamanya. enJekjek terdiam. begitu juga Ai. masing2 diam melayan perasaan. perjalanan kami teruskan ke Cheras dan Shah Alam utk mengambil adik2 kami yg belajar di situ.


12.40malam - kami tiba di rumah ayah. kesayuan menghambat hati tatkala melihat ayah yang duduk di luar manakala Ma dan Nor  membaca Yassin di sisi arwah opah. Ma membukakan kain yg menutupi muka opah.  Ai lihat wajah opah sangat bersih, tenang dan sedang tersenyum. yaaaa inilah jenazah yang sangat tenang yg Ai lihat setelah sekian lama tidak melihat jenazah.


Jumaat, 12 November 2010 - jam 8pagi jenazah opah dimandikan. walaupun Ai cuma isteri kepada cucu opah tapi Ai dapat rasakan yg opah turut menyayangi Ai. sila perasan. walaupun Ai tidak dapat membacakan Yassin kpd opah krn uzur tetapi Ai turut membantu menyediakan 'bantal' utk alas kepala opah.  bantal itu diisi dengan 30helai daun pandan yang dipotong-potong dan kemudian dijahit jelujur. proses memandikan, mengkafankan dan pengkebumian opah turut Ai sertai. apa yang pasti, semuanya mendatangkan keinsafan buat diri Ai. tepat jam 11.30pagi opah telah selamat disemadikan di tanah perkuburan.


pemergian opah memberikan kesan yg amat mendalam kepada diri Ai sewaktu di sana Ai langsung tidak menitiskan airmata tapi sambil menaip entry ini terasa airmata tidak dapat Ai bendung lagi.
opah seorang yang amat menjaga waktu solatnya. opah juga seorang yg gigih membaca al-Quran ketika hayatnya masih ada. masih terbayang-bayang kesungguhan opah bersolat walaupun beliau perlu dipapah ketika mengambil air wuduk. dan sewaktu hayat terakhir opah, beliau tetap meminta utk dipapah bagi mengambil air wuduk utk menunaikan solat asar ptg itu. opah menghembuskan nafasnya yang terakhir jam 9.25malam (khamis mlm jumaat).



walau siapapun kita, satu masa nanti kita akan tetap pergi mengadapNya.
akhir kata, terimalah serangkap puisi yang Ai dapat drpd seorang teman dan Ai ubah sedikit.

jangan bangga dengan baju berjenama kita kerana pakaian terakhir kita adalah KAIN KAPAN
jangan bangga dengan kereta mewah kita kerana kenderaan terakhir kita adalah KERANDA
jangan bangga dengan banglo besar kita kerana tempat istirehatmu yang terakhir adalah KUBUR
jangan bangga dengan kecantikan/ketampanan  kita kerana akhirnya menjadi santapan CACING TANAH


picture was taken during Aidillfitri 1431H / 10 September 2010
opah di usia 82 tahun


Al-Fatihah buat opah. tenanglah opah di sana.




kesian, eh sekian  ( Y _Y )

14 comments:

  1. Al-Fatihah buat opah Ai. Semoga dia tenang di sana.

    InsyaAllah dia telah pergi di dalam keadaan melakukan ketaatan kpd Allah.

    ReplyDelete
  2. Takziah buat akak sekeluarga.
    bahagian kita akan tiba tak lama lagi,kan.

    :)

    ReplyDelete
  3. salam takziah kpd yati skeluarga..arwah nenek pergi pada hari yg mulia macam ayah akak..(hari jumaat) semoga rohnya ditempatkan bersama2 org yg soleh.amin.

    ReplyDelete
  4. YB,

    terima kasih YB. ya semoga kita juga kan pergi dlam keadaan taat kps Allah

    ReplyDelete
  5. faizal,

    tq. ya betul bahagian kita akan tiba tak lama lagi.

    umur kita makin banyak tapi masa kita semakin pendek kan?

    ReplyDelete
  6. princess nur,

    terima kasih princess. ya semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

    amin

    ReplyDelete
  7. princess nur,

    terima kasih princess. ya semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

    amin

    ReplyDelete
  8. Ai, takziah..
    semoga Ai sekeluarga tabah ye..

    ReplyDelete
  9. al-fatihah buat opah tot...moga rohnya dicucuri rahmat.....

    ReplyDelete
  10. Salam

    takziah. semoga roh beliau dicucuri rahmat. Amin

    ReplyDelete
  11. Al-Fatihah buat opah.. moga rohnya dicucuri rahmat.. dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.. memang tenang sangat wajahnya masa aku tgk aritu..

    ReplyDelete
  12. Opah.. tingat opah reen jugak yg da mengadap ilahi thn 2003 dulu.
    Al-Fatihah..

    ReplyDelete