Ikut AiTotYati

14.4.13

PENGALAMAN DI MELAKA WONDERLAND WATER THEME PARK

semalam buat pertama kali Ai mandi manda di Melaka wonderland.
Melaka wonderland ni taman tema air boleh mandi manda main air di dalam tu. buka dah lama dari Mei 2010 tapi sebab Ai tinggal di  melaka memang tak pernah jejak pun. selalu memang macam tu. local people lambat sikit nak berkunjung ke tempat pelancongan yang ada di tempat tinggalnya.

ok Ai masuk sebab ada kawan Ai, si Mije yang bawa pelajar2 sekolahnya masuk sini. Ai difahamkan para pelajar dikenakan tiket masuk RM43 (lunch & 3games disediakan untuk pelajar). macam Ai, errr takyah bayar ape2 sebab Mije yang belanja. yang sebenarnya Mije uruskan rombongan tu so dia dapat 4 tiket free. 2 tiket diperuntukkan buat Mije dan suami. lagi 2 untuk Ai dan enJekjek tapi sebab enJekjek ada bengkel robotik negeri makanya Ai g sorang ajelah.

sebelum masuk sini, Ai mempunyai tanggapan yang agak tinggi. yelah, kan pada 10.10.10 yang lepas melaka dah diisytihar sebagai negeri maju 2010. tapi sangkaan Ai meleset sama sekali sebab Ai dah pernah ke Gambang water city dan Bukit Merah Lake town resort. pada pendapat Ai, Melaka wonderland ni agak kebelakang sedikitlah.

Ai sampai di Melaka wonderland lebih kurang jam 11 pagi. kebetulan Mije dan rombongan baru tiba. Melaka wonderland ni hanya 10 minit je dari rumah Ai. tak jauh mana pun. ok sebelum masuk haruslah beg diperiksa. makanan luar memang tak boleh dibawa masuk. hanya boleh bawa masuk air mineral sahaja. dan pergelangan juga akan dipakaikan dengan gelang tanganlah ye.

banginan yang kelihatan itu ialah changing block
dari pintu masuk menuju ke changing block tiada susur gajah. it means jika hujan, memang basah kuyup la ye. bila dah tiba di blok persalinan, Ai pun tukar baju. memang banyak disediakan bilik untuk tukar baju. cuma yang tak berapa best, hanya beberapa bilik2 kecil yang ade pintu, yang lain guna kain langsir je. unutk toilet pula, aisey tak boleh flush. kebersihan Ai bagi 3/5 bintang. di sini juga ada disediakan locker. untuk sewa hanya dikenakan RM5. cuma yang tak best tu, loker ni guna anak kunci. klu kt gambang kita touch je. di sini juga boleh sewa tiub tapi sume pun manual. means klu nak sewa sume kena pakai cash money berbanding gambang watercity yang hanya perlu top up di kaunter dan scanlah sticker yang dipakaikan di pergelangan tangan kita tu.

hmmm tentang food courtnye pula, oleh kerana silingnya agak rendah jadi pengudaraan agak kurang kot walaupun tiada dinding. masa duduk di sini Ai rasa nak muntah sebab paham2 jelah bila orang dah main air then duduk untuk makan, bau badan masing2 mcm haram. adeh mmg Ai pening. standardlah harga makanan kt sini, nasi lemak rm10 you. ada set untuk kanak2 rm6. tapi Ai tak berbelanja pun sbb Mije mmg dah tempah sekali dengan lunch set. kami dapat nasi lauk ayam merah, salad dgn timun, air tin teh crysanthimum dengan buah epal.

ok tentang attractionnya pula, semua dah buka tapi tak semua best. nak tambah lagi tak best, airnya agak kotor. siap ada daun2 lagi. mentang2la dekat dengan tol ayer keroh, so ayer pun keroh ke? semalam Ai pergi mmg org tak ramai tapi air dah keruh mcm tu, kalau ramai org tataulah nak cakap.

bercakap tentang souvenir shopnye pula, alahai sangat menyedihkan. macam hidup segan mati tak mahu. nakc ari fridge magnet pun takde. best lagi gambang kot. dalam gift shopnye ni cuma ada baju2 mandi, topi, mug, keychain dan rejects item. alahai mmg sangat sedihla.

kawasan mmg luas so mmg kena pakai selipar. kalau berkaki ayam mmg boleh terbakar kaki sebab dari satu attraction ke satu attraction nak kena tempuh jalan tar. Ai mmg bw selipar so oklah. mije tak bawa adoi mmg dia kata kaki panas giler sbb smlm agak terik jugaklah matahari. oh btw jangan lupa pakai sunblock ye. smlm Ai pakai tapi muka tetap macam udang kena bakar.
ini di kawasan meletak kenderaan. yang ada dinding shining2 tu ialah taman dinosour. nak masuk kena bayar RM10 ye.

depan pintu masuk melaka wonderland

berapa Ai nak bagi untuk semuanya?
Ai bagi 2.5 bintang sahaja daripada 5. sesungguhnya pihak pengurusan melaka wonderland kena perbaiki banyak perkara. nak rujuk lebih lanjut boleh pergi ke website melaka wonderland di sini

itu sahaja pengalaman Ai.
sekian

15 comments:

  1. Tiket yg satu lagi tu siapa yg guna? Kalau bagi tahu awal bolehlah saya join sekali .... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xde sape guna. Mije pn xbgtau dia nk bg tiket free pd Ai. Rezeki jgn ditolak.hihi

      Delete
  2. Mije tu mengajar di mana? Rajin dia dan suami bawa anak2 murid ke Melaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mije mngjr di dengkil. Ni kira smbl menyelam minum airla lwtn utk projek sivik pljr dan lwtn ke mlk. Hihi

      Delete
  3. Kan??? akak pegi tu ari... tp sbb tak meletakkan hrpn tinggi jadi tak la rasa sesal sgt. lgpun masa tu dpt tiket murah. kebersihan tu mmg tak berapa memuaskan lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la psl kekda. Trs rs x menyesal pun sbb xpernah msk walau dh lama buka. Hihi

      Delete
    2. Thanks..xnak la g..plan pas rya hji nak ke sna ngn fmily...

      Delete
  4. Tgk website dia mcm gempak je... Hopefully diorang maintain la elok2...kalo tak nanti kejap je dah tutup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.biarla org rs nk dtg lg. Ni Ai dh msk xrasa nk dtg main air pn lagi.huhu

      Delete
  5. Hurm..br plan nk g..xjd la rejek tmpt ni 😢😢

    ReplyDelete
  6. Hurm..br plan nk g..xjd la rejek tmpt ni 😢😢

    ReplyDelete
  7. laa bru nak pergi dgn husband, excited dua ari lg tgu date nk g sane , dpt pulak cte kbersihan tak memuaskan .. hmm hampe , tgk pic dy npk best .. tq information ni berguna .

    ReplyDelete
  8. Ni cerita 2thn lepaa...skang keadaan masih sama @ x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pasti la cik sbb mmg dah tak pernah pergi sejak ni

      Delete