Selamat tinggal kredit kad mastercard cimb Platinum
Dulu terbuat pun sebab beli mesin air ***** tu.
aku yg naif sign je borang rupa2nya installment tu guna CC.
Aku kan naif. so guys sebelum sign apa2 borang tengok dulu.
biar cerewet.
mudah je cara nak buat pembatalan kredit kad atau orang kampung panggil termination of credit card.
call cimb call centre 03-62047788
pilih kredit kad
pilih nak bercakap dengan pegawai. Beritahu nak buat pembatalan kredit.
Memang pegawai akan tanya sebab dan pujuk kita. sebab-sebab aku nak terminate:
- 1. Rewards cimb tak menarik hati aku macam CC MBB dengan AEON CC. points aku ada 8 ribu lagi so dia cakap sayang.
- 2. zaman2 ekonomi tak berapa baik ni, walaupun service caj rm75 sahaja ia tetap duit.
- 3. asyik diganggu orang jual insurans yang nak buat potongan melalui kredit kad ni. Lagi2 sejak covid-19 ni makin galak pulak.
- 4.
pegawai akan buat pengesahan diri dan jawablah dengan benar.
aku baru check thru cimbclicks dah takde dah akaun aku tu. alhamdulillah satu kelegaan.
ps: aku dah siap print satu surat pembatalan sebab sebelum2 ni pernah batalkan CC bank2 lain juga. bgslah prosedur tahun 2020 ni memudahkan orang. tak payah aku nak keluar rumah. had kredit aku ialah RM36000.
0 komen terulung:
Post a Comment