Ikut AiTotYati

20.12.13

SENYAP BETUL, KAN?


patutlah senyap, Ai pergi membawa diri.
naik basikal plak tu.
budak kecik yg bawa plak tu. hahahahhaha

nak habaq yg Ai skrg tgh tunggu tarikh viva. 1st draft tesis dh submit khamis minggu lepas 12.12.13.
cantik hoh nombor?
menurut pegawai, kalau tak pertengahan januari, akhir januari Ai viva.
gulp

26.11.13

OLE-OLE DARI JAKARTA; SALE KEJU, EMPING DAN SINGKONG BALADO

ini je yg mampu bw pulang dari jakarta. tu pun bli kat airport

Sale keju ni adalah pisang salai yang kemudiannya disalut tepung n keju dan kemudian digoreng.harganya di airport $5 d

kerepek ubi ni pun sodap. bli masa kat Tekko Batu Tulis

24.11.13

WORLD ROBOT OLYMPIAD 2013 (WRO2013) & JAKARTA TRIP & NATIONAL INNOVATION CONFERENCE & EXHIBITION (NICE 2013)

14-16 November 2013
yakni Khamis, jumaat & sabtu- dah macam charlie chaplin ke hapa.


14/11/13 (khamis)-
bergerak ke KLCC sbb ada NATIONAL INNOVATION CONFERENCE & EXHIBITION
(NICE 2013). on the way tu singgah tempat menuntut ilmu drop by tesis. iye Ai tak habis lagi menulis. agak stress di situ.
oh kenapa ke NICE 2013? sebab Jek hantar robotik teamnye utk pertandingan Line Follower Robot. Robot paling laju akan menang. dan memang team sekolah Jek sapu habis- Johan, Naib Johan dan tempat ketiga. team dari negeri lain makan angin sahaja. heheheheh

ok habis sahaja pertandingan di NICE2013 kami terus ke KLIA.
fligh kami ke Jakarta jam 5.25 petang. kami sampai di KLIA jam 2.30petang. terus checki-in dan solat. kenapa nak ke jakarta?
sebab ada WORLD ROBOT OLYMPIAD 2013 (WRO2013).

oh kami naik KLM Royal Ducth Airlines (yg pramugarinya agak 'senior' hehehhe).
perjalanan ke jakarta mengambil masa 1jam 40minit.
kami tiba di jakarta jam 6.05pm waktu jakarta (waktu malaysia 7.05pm) tapi sudah gelap bu.
waktu jakarta lambat sejam daripada msia.



sampai je trs cari air. yeah itu dia Ultra milk.
Ai bli ultra milk perisa coklat.
 mmg ada rasa nk jadi ultraman. hahahhah

hotel yang kami duduki.
dulu sheraton media tapi dah tukar management maka jadilah nama skrg tu.
5bintang katanya tapi Ai rasa mcm 3bintang kt msia je


15/11/13- Pusing jakarta;

Taman Mini Indonesia (bukan macam taman mini msia yg kt melaka tu. keluasannya berapa hektar lupa pulak. dlm tu kami naik kereta ya. klu jln kaki mau satu hari tak habis),

Muzium Indonesia,
Masjid Iqtiqlal (masjid negara indonesia),

makan di restoren Tekko Batu Tulis,

melawat Monas,

dan Thamrin City (shoppingla apa lagi).

kami sewa kenderaan ini dengan pemandunya untuk 10jam ialah 1juta rupiah bersamaan rm280 duit msia (pd masa ini)

ya bapak n ibu mahu ke mana?
ini di hadapan Taman Mini Indonesia

menu Tekko Batu Tulis

inilah masjid Istiqlal

itu tempat wuduknye
inilah MoNas (Nasional Monumen) yang atas kaler kuning itu adalah emas.
ye emas betul.

ini replika Thamrin city. perghhh mmg syurga wanita youuu

inilah Thamrin city di waktu malam. buka 8pagi dan tutup jam 7pm.

16/11/13(sabtu)- pergi ke WORLD ROBOT OLYMPIAD 2013 (WRO2013) untuk menghadiri Symposiumnya. bukan sahaja ada simposium tapi ada pertandingan robot soccer dan open categori. nak baca selanjutnya mengenai WRO2013 boleh klik sini
sebelum masuk ke dewan. buat di ecovention di Ancol.

Dr Ethan salah seorang speaker. penyampaian yang bersahaja dan memang best!!

flight balik kami ke KL jam 7.25pm menaiki KLM Royal Ducth Airlines juga.
itu je setakat ni.
ada masa sambung lagi ya. banyakkk lagi gambar nak taruk.

13.11.13

ANAK-ANAK ADALAH AMANAH, BUKAN ASET UNTUK BERMEGAH-MEGAH

::Anak-anak adalah saham akhirat::

Apalah manfaat untuk ibu bapa di dalam kubur, jika anak yang masih hidup di dunia tidak solat, merampas dan makan hak orang lain, dan bergelumang dalam dosa dengan kelihatan indah dan cantik di mata zahir.

Apakah masih ada masa hendak mendoakan ibu bapa? 
Jikalau berdoa, adakah diterima doa orang yang kenyang dengan sumber yang haram? 

“Apabila mati anak Adam, terputuslah segala amalannya kecuali tiga; sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan, atau 'anak saleh' yang mendoakannya.” (Riwayat Muslim)

Marilah jadikan Rasulullah sebagai contoh tauladan untuk mendidik anak-anak kita, semoga diredhai Allah..


ARTIKEL ini Ai c&p daripada fb.
3 amalan yang tak putus ialah sedekah jariah, ilmu yg dimanfaatkan dan anak soleh yg mendoakan.

kawn2 TTC, jangan sedih jika belum dikurniakan zuriat lagi. 
jika ada wang bersedekahlah, jika ada ilmu kongsilah. 
mungkin masih belum masanya Allah kabulkan doa kita untuk yang satu ini.
namun teruskan usaha dan doa kalian ya. Ai juga begitu. yang penting kena selalu positifkan diri dan pujuklah diri kerana hanya kita yang mampu merubah diri kita, bukan suami, bukan keluarga bukan kawan-kawan.

yang penting hidup mesti ceria (^_^)

12.11.13

HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN TAHUN 2014 dan ANUGERAH KECEMERLANGAN KO-KURIKULUM KEBANGSAAN 2013

semakan telah dibuat pada 31 oktober.
alhamdulillah Jek bakal mengikut jejak langkah Ai- sambung sarjana/ master.
bukan itu sahaja, jek juga bakal menyambung pengajian sarjana dalam bidang yang berlainan daripada ijazah pertamanya - pun sama macam Ai. hihihi

ada yang bertanya ape perbezaan HLP dengan CBBP TB.
hadiah latihan persekutuan tu, selain cuti bergaji penuh, yuran pengajian anda juga dibayar dan setiap bulan anda menerima elaun sara diri selain boleh claim elaun tesis dan lain-lain manakala untuk CBBP TB atau cuti belajar bergaji penuh tanpa biasiswa anda hanya diberi cuti dan gaji dibayar penuh namun yuran pengajian bayar sendiri serta anda tidak boleh claim elaun tesis dan lain-lain.

Jek dapat HLP Ai pula CBBP TB sebab dulu org kata susah nk dapat HLP so Ai minta CBBP TB tapi alhamdulillah sekali minta terus dapat sama macam Jek.

pagi ini Jek ada majlis taklimat dan penyerahan surat tawaran untuk hadiah latihan persekutuan di dewan zaaba putrajaya. Ai pula akan ke Dewan seri negeri, Ayer keroh melaka untuk mewakili Jek yang mendapat anugerah cemerlang ko-kurikulum peringkat negeri melaka. minggu lepas Jek dah ke perlis untuk menerima anugerah kokurikulum kebangsaan. untuk kebangsaan Jek dapat tempat ke-5.

ini adalah rezeki anak-anak bulus yang 10 ekor tu.
siapa kata rezeki itu anak sahaja?
mari kita bahagia dengan cara kita ya (pesanan untuk TTCian)

p/s: ada je suara2 sumbang menyatakan, takde anak bolehla buat master, bolehla cemerlang kerja. pada pendapat Ai, hendak seribu daya. dah kau yang malas banyak plak kau nak berdolak dalih.
ramai je antara kawan2 Ai yang beranak-pinak, yang mengandung masa buat master gigih je bljr. cemerlang je dlm kerja. pokok pangkalnya hati kita. adakah kita mahukan penghargaan manusia atau keredhaan Allah?

8.11.13

CARA NAK RESTORE DELETED KOMEN DALAM BLOGGER DARI EMEL

kadang2 bila Ai online dari smartphone, nk approve komen tetiba tertekan delete pula.
ada cara nak restore deleted komen tu dengan syarat emel yang maklumkan tentang komen tu masih ada dalam inbox.

ok cara-caranya boleh pergi ke link di bawah

http://www.bloggertipsandtricks.com/2009/07/how-to-recover-deleted-comments.html

selamat mencuba!!!

5.11.13

1 MUHARAM 1435

cepat sungguh masa berlalu

bersyukur dikurniakan pelbagai bentuk rezeki

(^_^)

30.10.13

Junior vs Senior

Junior vs Senior.

 Yg junior belajar, yg senior membimbing. 
Yg junior jgn malu bertanya, yg senior jgn kedekut ilmu. 
Yg senior pun dulu pernah jd junior. Yg junior pula akn jd senior. 
Ilmu itu dari Allah, kongsi dapat pahala. 

Kesimpulannya, aku tak kisah join senior ke junior ke. 
Jangan kacau kerja aku sudah (^_^)

20.10.13

"SAYA BUKAN NAK MENGATA"

"Sy bkn nak mengata tp kita blh berusaha & mencuba .. insyaallah mana tahu ada rezeki kwn2 yg blom pernah merasa nikmat ini .."

ayat di atas Ai C&P daripada newsfeed facebook. adakah maksudnya memang kawan Ai ni suka nak mengata? nak jual produk tapi ayat tak kena. rasa-rasanya TTCian macam Ai nak beli ke?

nampaknya lepas ni mmg kena hide forever update daripada kawan Ai yang sorang ni. mengenalinyanya secara peribadi dia memang mulut laser. pernah kena 'tembak' dengan dia gara-gara anaknya dah 5 orang dan Ai pula anak sorang pun tiada. kawan Ai ni dia jual produk kesihatan wanita. selain letak di wall dia ada juga pm Ai dalam fb tapi Ai tak layan pun, malas. lagipun Ai bukanlah rapat dengan dia. dalam group whatsapp sokmo cite pasal anak dia itu anak dia ini tanpa memikirkan hati kawan2 yang mungkin belum berkahwin dan punya anak.

ok cukup sudah Ai buangkan rasa jengkel di hati.
jom fokus menulis tesis.

selamat berhujung minggu buat rakan-rakan dan untuk kedah, terengganu, kelantan selamat bekerja.
(^_^)

30.9.13

3rd INTERNATIONAL CONFERENCE on RESEARCH and INNOVATION in INFORMATION SYSTEMS (ICRIIS’13)

"Dear Author,

We are glad to inform you that your paper submitted to ICRIIS'13 is ACCEPTED for presentation in the conference and will be published in IEEE publication."


alhamdulillah.
pagi tadi check emel itu yang terpapar.
Ai syukur sangat2. rasa nak menjerit kegembiraan. tapi masa tu dalam bilik guru, kang kwn2 kata tabiat la. ihihiih

tak kisahlah walau conference tu buat dlm negara sahaja yg penting ia adalah international standard.
selaku pelajar master KKT (kerja kursus & tesis) tempat Ai menuntut ilmu ni mesti sekurang-kurangnya bentang atau publish satu paper. dan Ai bertuah sebab dapat bentang dan publish paper dalam jurnal IEEE. sape2 yang selalu akses jurnal tahulah IEEE tu.

syukur sangat2.
minta2 yuran conference ni fakulti tanggung.
yey!!


27.9.13

18 hari

di sekolah baru sudah 18 hari. alhamdulillah.
untung masuk akhir tahun, kebanyakan silibus dh dihabiskan oleh guru subjek.
PMR pula akan berlangsung minggu depan.
alhamdulillah kawan2 pun ok.

potluck?
dah 2kali kot. hihihihi
asyik keje makan je.
acane?

20.9.13

PEMERHATI

Entry terdahulu Ai ckp meja tpt Ai ni titik panas. Hari ke hari baru Ai tahu.

1. Org suka dtg n lepak kt cni.
2. Ade port utk mkn2 kuih.
3. Ramai yg senior gred tinggi2 kt cni.

Mcm td, hanya krn spsg baju blh jd topik yg menghangatkan. Ai hanya dengar n senyum2 je sampailah seseorg tu tegur,

"Ko ni senyum senyum. Ooooo ko dgr ko observed kita org ye?"

Then ade yg menyampuk,
"Eh dia kan guru bertugas, dia perhati lps tu dia report la"

Ai tetap senyum tanpa membalas kata2 mereka.

Hahaha rupanya masih ada yg x puashati sbb Ai senyap je.
"Dia perhati kita tu"

Ai senyum je lagi. Hihi

19.9.13

ON DUTY

semalam dan hari ni jadi guru bertugas.
hari ni ramai sikit yg staying back tapi front door staff room ni dah ditutup. back door blm lagi.

sah sah la I yg kena kunci tu nanti.

*menguap hohohohoohohohohohoho

18.9.13

CIKGU IZARA AISHAH BERBAJU PINJAM

hahahhah hari ini.
ye hari ini

hari ini pergi sekolah ada pelajar tanya:

pljr: cikgu, nak tanya sikitlah. ni baju cikgu ke?
aku: *senyum* kenapa?
pljr: besar sangatlah cikgu. mcm baju pinjam.
aku: senyum je (andai mereka tahu ini baju ku masa 76kg...)

jangan sangka pelajar lelaki tak perhati kita.....

17.9.13

IZARA AISHAH

"cikgu izara aishah"

Ai teruskan kerja.

"Cikgu baru"

"Panggil saya?",tanyaku

Ini bukan entry perasan tp ramai juga pljr panggil tak ketinggalan beberapa orang guru.

Zmn dulu2 org panggil haliza misbun.

hihi

10.9.13

MEJA BARU.... TITIK PANAS


dah dapat meja baru. tuan punye meja yang asal ni naik pangkat so kena g bilik khas dia. Ai duduk meja ni dari semalam. so semalam lap habuk2 n bersihkan yang patut.

jadi pagi tadi bawa le segala barang2 yang pernah guna masa kat tempat keje lama.Mug yang kome nampak tu takde kaitan dengan tempat keje baru ye sekadar hiasan semata-mata dalam tu ade dodol jiran depan bagi.

ikut hati nak balut meja ni tapi kita tengok dulu. sabarrrrrr.

titik panas? entahle tadi ade sorang young tice tu cakap meja Ai ni titik panas. ada Ai kisah?
disyaki young tice tu menyesal bercerita dengan Ai sebab bila Ai kata dah start ngajar dari 2003, muka dia lain macam. maybe dia sangka Ai ni baru fresh graduate yg baru pindah sini padahal dah lama mengajar. Ai mmg perasan muda lah kan. hahahhaha

moral: cakap siang pandang2. cakap jangan sebarang cakap.
hihihih

6.9.13

SEKOLAH BARU SUASANA BARU

Hr ni hr ke-2 ke sekolah.  Awal pg dh keluar sbb nk elak jam hoho. sampai sekolah jam 7.10pg.  Sangat berbeza. Dulu ms kt sek lama 7.10pg tu br nk kuar rumah haha. Begini lah nasib bila posting sekolah bandar.

Sekolah mana? Sekolah tertua di melaka hehe.
Pengetua dh beritahu akan ajar subjek IT dan sains lower form.
Kena biasakan dgn lower form sbb dulu ms kt tpt lama ada upper form je.

Pg td ikut sifu science masuk mgjr f3. Dah ingat2 lupa tp bgs gak refresh ingatan hohoho. Ai tgh tunggu waktu blk 12pm ni. Mujur bw note blh gak isi ms. Hihi

5.9.13

BENGKAK DAH MATA

sebagai hamba Allah, banyak perkara yang perlu dilalui.
kadang kadang kita kuat, kadang-kadang rasa lemah sangat.

3/9/13 hari selasa Ai ke bahagian tajaan untuk lapor diri setelah tamat cuti belajar (cuti je tamat, tesis tak siap lagi huhuhu). lepas ke BT Ai ke IPG induk cyber namun.... post yang direserved untuk Ai di IPG kampus dotdotdot telah diambil orang. kalau nak masuk IPG juga, kena transfer ke Lipis pahang takpun tawau sabah. Ai pasrah. untuk kembali ke tempat kerja lama mungkin tidak sebab Ai nak try suasana baru.

Ai try pula ke bhgn matrikulasi putrajaya. hampir berjaya namun sebab Ai masih belum dg44 maka tak dapat nak jadi pensyarah di situ-hampa lagi sekali.

dan akhirnya Ai ke bahagian sekolah putrajaya-nekad.
ada kekosongan di sbpi sabak bernam namun mengenangkan Jek yang nak sambung master di UTeM tahun depan, Ai tangguhkan dulu hasrat itu. lagipun insyaallah disember ini ada projek besar bakal menyusul. selepas jumpa pegawai penempatan bahagian sekolah, Ai ditempatkan di Melaka- ya kembali mendidik anak bangsa. setelah itu ke bahagian sumber manusia untuk lapor diri. semua urusan selesai jam 4 petang-terus balik Melaka dalm hujan lebat.

4/9/13 Rabu- Ai ke JPN Melaka. lapor diri lagi. sempat lagi tuan haji  tu minta tolong pada Ai setelah dia tahu Ai ambil master of IT ni. so Ai pun tolong le settlekan keje dia. by 11.30 pagi keje setel dan Ai bergegas ke IPG dot dot dot. huhuhuh benar tiada kekosongan untuk Ai di situ. semua post telah penuh-kroni mungkin? rasa menangis tak berlagu. huhuhuhu.
petang itu tn hj beritahu Ai dapat sekolah dot dot dot. kalau sebut mmg femes lor. petang tu juga Ai dan Jek sanggup tunggu selama 2jam untuk jumpa dengan ketua sektor-untuk mohon rayuan tukar sekolah. sebab dah alang-alang dapat sekolah satu kawasan dengan Jek tapi hanya simpang kanan dan kiri yang memisahkan kami. tapi KS tak faham masalah kami. terngiang-ngiang KS kata,
"saya nak selesaikan masalah awak sorang atau saya nak selesaikan masalah anak bangsa?"

fuh terima kasihlah wahai KS. saya berdoa agar tiada anak cucu kamu yang ada masalah macam kami. sebab benar telahan Ai; orang yang ada kesukaran nak mendapatkan zuriat je yang faham halangan dan rintangan yang terpakssa dilalui. yang lain? mungkin faham atau buat-buat tak faham

2.9.13

8TH WEDDING ANNIVERSARY- 25 SYAWAL 1434H

salam readers.

Ai dan Jek mengamalkan sambut anniversary 2 kali setahun iaitu pada tahun Hijrah dan masihi. itulah keuntungan jadi orang Islam. heheheh. semalam pergi sambut di Api Api steamboat & grill restaurant

inilah gambar di Api Api Restoren yang dapat Ai kongsikan.

semalam 25 syawal 1434H genaplah 8 tahun kami bernikah. kalau nak campur dengan tahun kenal sebelum nikah ialah 12 tahun maka, 12 tahun kenal + 8tahun nikah = 20 tahun saling kenal-mengenal.

dan usia Jek belum lagi cecah 32 tahun, ini bermakna lebih separuh daripada hidupnya dok bercinta dengan Ai. hahahahahaha. kami start kenal masa form 1 sekelas uhuk uhuk

masuk form 4, Ai ke MRSM jasin sekarang mrsm tun ghafar baba  Jek pula ke MRSM Balik Pulau. dulu mana ada internet ni hohoho cuma bila ada sesi hantar2 kad ke mrsm maka masing2 akan dapatlah. bila masuk universiti pula kami swapped; Jek ke Multimedia universiti melaka dan Ai di USM Penang.

Jek ni kiranya pilihan mak Ai juga. ramai je kawan2 laki yang datang rumah sampai Ai rambang mata tak tahu nak pilih yang mana.   dulu boleh dikatakan Ai ni mcm ulat buku juga, fokus study je. nak bljr rajin2 spy dapat banggakan mak abah dan bab pasangan tu kira bonusla sebab ramai gak peminat hihihihih.

Ai minta mak yang pilihkan, so mak kata pilihlah Jek walau kami sebaya la sangat. Ai tua 7 bulan dari Jek. mak kata cari yang sekufu. anak dato' ka anak tan sri ka tolak tepi. yang penting dekat dan senang nak balik beraya. alhamdulillah berkat pilihan emak maka memang takyah nak gaduh2 balik raya sebab kami sedaerah. bezanya Jek duduk di pekan manakala Ai ni memang orang kampung. hehehe

cukuplah coretan ni. cuma Ai nak expresskan bahawa sangat bersyukur dikurniakan suami sebaik Jek dan memahami serta penyabar dan pendiam la sangat.

harapan? semoga kami akan dikurniakan sepasang bayi yang comel, soleh dan solehah serta cerdik pandai.
semoga kami kekal bahagia hingga akhirnya.

kepada stalker Ai, tak payah bazir masa. sila jalani hidup kamu sbb Ai bahagia


(^_^)

29.8.13

HI, BOLEH BERKENALAN?

Ai ni  bela 3 ekor kucing betina tapi kebanjiran kucing-kucing jantan tak dapat dikawal. dulu ada Bleki, takde jantan kabaret berani datang sebab nanti mesti Bleki lawan tapi sejak Bleki mati, dah takde abang kawasan nak jadi pelindung.


walaupun Ai letak Snowi Tama dan Comot dalam sangkar tetap ade yg berani lepak depan sangkar tu.
apatah lagi kalau Ai lepaskan Tama dan Comot, uiiii lagi ramailah yang ngorat.

gambar 1
 dalam gambar 1, waktu ni Ai baru keluar pagar rumah nak menuju ke tempat menuntu ilmu. sekali Ai kuar, kucing jantan tu terus panjat pagar rumah. amboi pantas betul dia tau Ai nak keluar ye. tapi masa ni Ai tak keluarkan kucing dari kandang. kurung je untuk elakkan kena ngorat.

gambar 2
 dalam gambar 2, itulah senario yang berlaku bila Ai lepaskan Tama dan Comot. Tama di sebelah kanan manakala Comot di sebelah kiri. depa memang suka lepak atas tembok tu. angin sepoi-sepoi bahasa katanya.


gambar 3
haaaa ni dalam gambar 3, kucing jantan cuba mengorat Tama. Tama sebelah kanan manakala kucing jantan sebelah kiri. ini bukan kucing dalam gambar 1 tapi kucing lain tau. Tama jual mahal je tapi si jantan ni tak putus asa. mana Tama pergi kat situlah si jantan ni ade.

Comot tengah bunting sekarang. yang Ai risau tu Comot belum berusia setahun pun lagi baru 7bulan. harap2 nanti kalau beranak, anak2nya hiduplah.

betulla, bukan senang nak jaga anak ni walaupun anak kucing. Ai tak sanggup nak mandulkan kucing2 ni. kesian sebab mereka pun benda hidup.

28.8.13

APA2 YANG KAU BUAT MESTI DIKAITKAN DENGAN SEBAB KAU TAKDE ANAK

pelik tapi benar

masyarakat kerap mengaitkan sebarang perbuatan/hobi yang dilakukan oleh orang takde anak/belum kahwin disebabkan mereka mempunyai banyakkkkkkkkkkkkkkkkk masa.

bagi Ai, Allah bagi setiap orang 24jam sehari. pandai2lah nak urus.
bukan Ai tak pernah jumpa orang yang ramai anak-bekerja-sempat masak-jahit baju-keluarga bahagia.

senyum kambing jelah bila orang komen
"banyak masa ko, aku ni x sempat nak layan anak lagi, suami lagi, masak lagilah tak sempat"

cantas balik,"tapi ko masih sempat tengok facebook kan?"


sakit?

(",)

KELUARGA SNOWI yang BERANAK 3

snowi beranak 4 ekor tapi mati seekor tinggallah 3.
comelsss tau anak2 bulus ni.
gambar2 diambil semalam pada hari ke-6 setelah lahir.

3 ekor yang comels

2 ekor ni lahir kemudian

ini Snow white. yang mula2 lahir maka dialah kakak

Snow white sayang adik2. hihihi

close up tapi guna smartphone tak clear sangat hohohoho

tidur secara berjemaah. hehehehe

Ai pun dulu geli dgn kucing tapi Jek la yang mempengaruhi Ai. 

27.8.13

MENTALITIY DAH MEMANG MACAM TU...SABAR JELAH

cakaplah macam mana pun.

kalau memang dah memang budaya berfikirnya,
'kahwin mesti dapat anak, kau tak beranak kau ganjil'

kau cakap macam mana pun memang gitulah gayanya.



halllooo rezeki tu bukan anak je ye.
kesihatan, umur panjang, kerja yang stabil, jodoh yang baik itu rezeki.

kalau jumpa orang2 macam tu, tanya dia ada fb tak?
kalau dia ada fb maka dia ada internet connection.

bgtau dia luaskan pembacaan di dunia tanpa sempadan ni. jangan asyik main game je dalam fb.
hehehehheh

25.8.13

SNOWI DAH BERANAK!

untuk kali ke-3 bagi tahun ni.

mula2 10jan2013- 7 ekor

kemudian kali ke2 pre mature ketika itu kami di Terengganu semasa cuti sekolah bulan May - 5 ekor

latest edition 21/8/13- 4 ekor (1 mati)

ini sejurus selepas lahirkan anak yang pertama- yang putih tu

masa ni dah keluar 3 ekor

Snowi lahirkan anak yang ke-4. namun maybe sbb tak larat snowi tak pecahkan kantung. yang ke-4 ni mati

nampak tak anak kucing tu dlm kantungnya?

Snowi dah makin lemah tapi masih gagah jilat anak2nya

dan akhirnya bli sangkar baru khas untuk snowi berharga rm230

sekarang kami ada 6 ekor anak kucing dari satu ibu!!! Tama dengan Comot dah ada adik tiri dah. hihihihi

21.8.13

SOALAN CEPU EMAS

salam readers.

kalau dah TTCian tu, tetap akan kena soalan cepuemas punyalah.

Namun raya tahun ini agak kurang jugaklah pertanyaan tu. agaknya sebab dah lama benor kot. tak kuasa orang nak tanya. tiap kali Ai nk kuar beraya, Ai mesti zikir dan doa dalam hati semoga takde yang tanya.
tapi ada gak terjadi masa beraya kat umah sorang nenek ni. nenek ni org yg sama yang dok tanya Ai tak jeles ke dgn SIL dalam entry ini

sorry to say tapi dah banyak kali jumpa nenek ni, Ai tetap tak ingat nama dia. hahahhaha.
bila Jek tanya nape tak ingat? Ai kata tak perlu ingat nama2 orang yang sakitkan hati kita sebab nanti kita lagi sakit hati. mujur Jek paham. so sudahnya tiap kali datang beraya kat situ, tiap kali tu lah Ai akan tanya Jek nama nenek tu.

kali ni, nenek tu tak tanya direct tapi dia lontarkan pertanyaan pada PIL,

"oooo yang takde anak ni ikut, yang ada anak tu tak ikut beraya sekali ke?"

sentap kejap masa Ai dengar soalan ni. perlu ke mentioned 'yang takde anak'? perlu ke?

so PIL pun jawabla yang ada anak tu beraya rumah mertua.


tak kosser nak layan nnenek ni. Ai dengan Jek layan kuih raya lagi bagus. hahahahah

19.8.13

CERITA RAYA Ai- part 3

amboi banyak betul bahagiannya, kalah drama swasta.
saje rajin mencoret. layankan aje.


part 1 di sinun 
part 2 di sini

ok part 3 adalah berya pada hari sabtu (17/8/13).

keluar rumah dan terus menuju ke rumah kak Maharom berdekatan aeon baru. hantar CPU. tanya juga tentang hal rumah2 ni.

kemudian kami ke Jusco untuk bli brg dapur dan lunch.

keluar kami ke taman Tun Rahah sekali lagi untuk ke rumah atok sedara Ai. sembang memang lama. haaa baru tahu sorang anaknya tu Firdaus kerja di bhgn pinjaman perumahan.

akhir sekali ke rumah parents Nadilah (student robotik Jek). sembang lama juga. hohoho

kami tiba di rumah beberapa minit sebelum azan asar berkumandang.

sekian part 3.
minggu depan kalau beraya lagi Ai sambung. hehhehe



18.8.13

CERITA RAYA Ai - part 2

part 1 di sini

part 2 ni kami gi beraya di Johor sikit, melaka sikit.

kuar rumah Jumaat pgi tapi Jek g opis lawyer amik CPU. Ai lak g avon tapi barang yg dikehendaki tu takde. tetiba sebab staff avon tu nampak Jek bw cpu trs minta tlg tengokkan komputer depa. last2 kuar dari melaka 11.30 pagi la jugak.

so terus menuju ke rumah arwah mbah tukiman @ hj musa di kg sg alai, pnachor johor. kat cna mbah ngatiah bg makan nasi. actually mbah ngatiah tu moyang@boyot sedara Ai le. kelakar je masa nak panggil anak2 mbah boyot tu mbah. terpaksa Ai panggil mbah muda.

lepas tu Jek stop kt masjid bkt gambir solat jumaat di sana. kemudian terus ke Bndr Baru Bukit Gambir rumah makcik Jek. makan kuew tiaw pulak kt sini. dalam kul 3lebih macam tu keluar meuju ke merlimau pula.

haaa kami g ke Taman pahlawan merlimau. mula2 rumah anis(kwn sekerja Jek) then rumah yanot(my BFF) dan kemudian rumah kak azie(x-kwn sekerja). yang best tu, anis merupakan sepupu yanot manakala kak azie adalah ibu saudara anis dan yanot. kirenye semua ahli keluarga mereka tu Ai kenal sebab pak usu mereka pun kerja satu sekolah dengan Ai dulu.

kemudian kami meneruskan beraya di taman Tun Rahah untuk menziarahi Ayu yg baru bersalin pada ramadhan yang lalu.

kami keluar dari rumah ayu jam 7.05malam dan tiba di rumah kami sebelum azan maghrib berkumandang.

ok tamat part 2.

15.8.13

CERITA RAYA Ai

salam semua.

wah sakan beraya ye.
Ai dah kembali ke Melaka dan hari ini bermulalah rutin biasa Ai.

berikut merupakan catatan raya Ai untuk tahun 2013 Syawal 1434H.

6/8/13 (selasa)- pulang ke kampung di selangor. singgah rumah mertua dulu. tolong buat kuih puteri mandi. berbuka di rumah mak Ai.

7/8/13(rabu)- persiapan raya di rumah mak Ai. malam ada sedikit 'drama'.

8/8/13(khamis)- menyambut raya pertama di rumah Mak Ai. terima kunjungan paman As dan Bik esah sekeluarga. kemudian membalas kunjungan paman as. tengahari kami pulang ke rumah mertua raya sana pula. jam 4petang keluar semula beraya di kampung Ai (mertua asal dari kampung Ai). pergi ke rumah Nek Halimah dan Nek x ingat nama (sebab pernah smash kt sini so x ingat. hahahha). kemudian Ai terus balik ke rumah mak Ai. Mak abah Ai ajak pergi beraya. so pergi beraya ke rumah mbah Seman, mbah Husin dan mbah Lah.

9/8/13(jumaat)- beraya di kampung mbah parinah (ibu kepada mak Ai). masak lunch. dalam pukul 4 petang pergi beraya di rumah paman Kembek(depan umah mbah parinah) dan bibik Ani (rumah baru). dekat nak maghrib kami pulang semula ke rumah mertua Ai.

10/8/13 (sabtu)- pagi bergerak untuk beraya di rumah MakLong di teluk panglima garang selangor. jam 12pm gerak keluar dari rumah maklong menuju ke LCCT untuk menghantar Lutfi yang bekerja di Jepun. setelah itu pergi beraya di rumah Tok Sanok (bapa bik Nur hukm) di Sg Besi. setelah itu bergerak pulang ke rumah mertua Ai.

11/8/13(ahad)- jam 8 pagi bergerak ke Lenggong (kampung ibu mertua Ai). tiba di restoran tasik raban jam 11.30pagi. having lunch there eh tetiba omputeh?  tiba di rumah arwah opah dan mula melakukan kerja-kerja pembersihan rumah. jam 5 petang bergerak ke Besiah untuk mengunjungi opah Andak (adik arwah opah yg kedua). jam 6.30ptg pulang semula ke kg Gelok Lenggong. tidur semalaman di rumah arwah opah.

12/8/13 (isnin)- sewaktu subuh menerima berita kematian arwah Nenek Sal (kg Selabak). oleh itu rancangan beraya ditukar. kami terus kemas2 dan kemudian menziarahi kubur atok Jab di tanah perkuburan Islam kg Gelok. usai siap, pergi beraya di rumah opah Teh (adik arwah opah kedua bongsu). di sini kami dihidangkan dengan rendang ayam dan ketupat palas yang baru lepas dimasak. perghhh memang terbaiklah. kemudian bergerak pulang. dalam perjalanan singgah sebentar di Ipoh untuk berjumpa acu dan keluarga di Mee Rebus Ramli. kemudian memulakan perjalanan semula ke rumah arwah Nek Sal. kami tiba di rumah mertua jam 5.30petang.

13/8/13 (selasa)- pagi ini kami ke pejabat pemaju perumahan. ye Ai bercadang membeli rumah di kampung. rumah di melaka ini Jek punya (setelah ditukar kepada nama pemilik tunggal). Nor (adik Jek) turut bersama dengan kami. Ai bercadang untuk beli rumah semi-D satu tingkat setengah dengan ukuran 40 x 85 kaki. heee Ai booked dengan harga rm344 ribu (padahal masa mula2 tgk pelan tu harga baru RM331 ribu seunit). Ai dan Nur booked sebelah menyebelah. alhamdulillah setelah dibuat pengiraan Ai layak untuk menggunakan loan kerajaan sebanyak rm380ribu. jadi nanti masa nak apply loan tu pemaju akan call semula utk confirmkan sama ada Ai nak mohon rm350ribu atau rm380ribu). niat Ai, nanti bila sampai masa kami akan pulang jua ke kampung. for the time being, biarlah kami di Melaka dulu. oh dan tak lupa juga rumah itu akan jadi istana hinggap bila kami pulang ke kampung. jadi tidak timbul isu sama ada nak pulang ke rumah mertua atau rumah mak Ai dulu. kita balik rumah Ai dulu. heeeee. rumah dijangka siap pada tahun 2016 Insyaallah. selepas menghantar Nur pulang ke rumah dan kami mengemas barang untuk keluar beraya dan bermalam di rumah mak Ai pula.

Ai dan Jek memulakan misi beraya sendri. rumah pertama dituju ialah rumah Along Ai. hampir zohor baru keluar dari rumah along. kemudian ke rumah Aan (adik lelaki yg betul2 bwh Ai). di rumah Aan kami bli nasi campur sbb isteri Aan kerja (nurse) dan kami lunch di rumah Aan. dan akhir sekali rumah Cikgu Salmah (guru Ai masa form 1- form3 dulu). memang rezeki kami cikgu Salmah baru je bake red velvel cupcakes with cream cheese dan juga cornflakes madu. jam 5.30petang kami gerak pulang ke rumah mak Ai pula.
selepas maghrib, kami keluar beraya bersama mak dan adik Ai ke rumah arwah cikgu Sairuji. sebelum tu kami ke rumah jiran sebelah tapi takde orang.

13/8/13 (rabu)- selepas sarapan kami bertolak pulang ke melaka. dalam perjalanan kami singgah di rumah mertua Ra untuk melihat baby baru yg dilahirkan pd ramadhan lalu. kami tiba di rumah jam 5petang. usai mandi kami keluar beraya ke rumah jiran depan (untuk ambil kunci-anaknya tolong jagakan kucing2 Ai). lepas tu terus g dinner dan blk ke rumah. malam tgk I hear your voice dan tertidur masa tengok tu.


ok itulah cerita raya Ai. Jodoh kahwin dengan orang sedaerah. lebih kurang begitulah tiap2 tahun. 25syawal ni genaplah ulangtahun perkahwinan kami yang ke-8. how time flies....


5.8.13

SELAMAT HARI RAYA 1434H TAHUN 2013

salam,
kepada semua pembaca blog Ai terimalah kad raya ini.

pandu cermat, jiwa selamat dan duit pun jimat.


selamat hari raya (^_^)

1.8.13

SALAM 1 OGOS 2013 BERSAMAAN 23 RAMADHAN 1434H

dah ogos dah.
bulan depan Ai masuk keje semula setelah cuti belajar selama 24 bulan.

dan hari ini dapat good news utk my Jek.

alhamdulillah Jek dpt temuduga untuk hadiah latihan persekutuan (HLP) bagi tahun 2014.
temuduga bulan depan.
kawan-kawan tolong doakan Jek dapat mengharungi temuduga ye.

kalau dapat Jek juga bakal dapat cuti belajar tapi 18bulan sahaja sbb Jek buat mode full research. dan yang paling best yuran dibayar, elaun dapat. oh Ai? Ai dulu apply CBBP TB (cuti belajar bergaji penuh tanpa biasiswa). sbb mcm x yakin blh dpt tp rezeki Allah bagi Ai dapat dengan sekali mohon saje.

ok sape2 yg nak cek boleh ke linik moe di sini ye

31.7.13

MENU RAMADHAN 1434H TAHUN 2013; PART 3

ada Ai tulis part 1 di sini manakala part 2 di sini

mari sambung part 3 iaitu berbuka puasa dari hari ke-15 hingga hari ke-21.
ini cheesekut. buat utk buka day 15

day 16; bihun goreng sukahati, roti sosej cocktail, air kathira

day 17; gigih kukus puding karamel

day 17; puding karamel

day 17; mee goreng, lemang dan rendang (beli) dan puding karamel


day 19; gigih buat froyo @ frozen yogurt

strawberry Froyo dah jadi

ini gigih buat puding roti marble butterscotch

yeah puding disejukkan nk masuk dlm fridge

ini gigih perap chicken breast nak buat chicken chop

day 19; chicken chop with black pepper sauce, strawberry frozen yogurt, puding roti marble butterscotch dan air teh o limau

day 20; kari ayam dan sayur buncis tumis air, nasi putih


part 3 habis. akan menyusul part 4 pula ye. tunggu raya kot. hehehehe