Ikut AiTotYati

Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

28.8.13

APA2 YANG KAU BUAT MESTI DIKAITKAN DENGAN SEBAB KAU TAKDE ANAK

pelik tapi benar

masyarakat kerap mengaitkan sebarang perbuatan/hobi yang dilakukan oleh orang takde anak/belum kahwin disebabkan mereka mempunyai banyakkkkkkkkkkkkkkkkk masa.

bagi Ai, Allah bagi setiap orang 24jam sehari. pandai2lah nak urus.
bukan Ai tak pernah jumpa orang yang ramai anak-bekerja-sempat masak-jahit baju-keluarga bahagia.

senyum kambing jelah bila orang komen
"banyak masa ko, aku ni x sempat nak layan anak lagi, suami lagi, masak lagilah tak sempat"

cantas balik,"tapi ko masih sempat tengok facebook kan?"


sakit?

(",)

24.1.11

RAHSIA LA SANGAT

Ai nak gelak guling guling jap.


ade le satu makhluk pm Ai told me about a secret.
but suddenly it appears on the facebook
(tak boleh guna kata ganti utk org itu. bahaya).



adakah sesuatu perkara itu menjadi rahsia kalau kamu shout di facebook?


rahsia laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat, kan?

21.3.10

KEBAIKAN & KEBURUKAN MEMPUNYAI FACEBOOK

sekadar gambar hiasan



semua orang ada facebook atau fb. siapa takde macam tak celik IT. Ai dah lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ada akaun fb tapi takdelah nak kecoh kecoh. in fact sejak Ai mula ada pc sendiri tahun 2000 semua social networking yang wujud sudah Ai join. tapi Ai heran dengan orang-orang yang baru je berjinak-jinak dengan komputer & internet ni yang macam poyo je lebih. nak kecohkan rumahnya pasang streamyx bagai. rumah Ai ade streamyx sejak ia mula diperkenalkan, Ai tak heran pun. dan Ai mula membuka akaun streamyx sendiri pada tahun 2004. tak mainlah mak bapak bayar. sebelum ade streamyx maka haruslah guna line internet yang dial up tu ye. yang bunyi tetttt truttt toing toing masa nak buat connection pada internet. kalau tak silap masa tu tahun 1997. so kirenye dah lamalah Ai bermain-main dengan dunia intenet ni. Ai tak kecoh pun!!!! jap jap Ai rasa macam dah melalut. macam dah jadi topik nak kutuk orang yang baru exposed dengan internet la pulak. opssss...



mari kita selidiki kebaikan mempunyai facebook:

1. buleh jumpa kawan lama- tak kira kawan sekolah rendah, sekolah menengah, kawan yang pernah kursus sama2. makanya boleh keep in touch.

2. buleh buat jemputan maya- jimat kertas (oh selamatkan dunia). jika nak buat kenduri kwen or puputan(alal kenduri utk baby) or ape2 program makan2 hanya perlu PM kwn2 berkenaan. jimat belanja weh.

3. boleh bertukar-tukar pendapat- tak tahu sesuatu buleh je jerit kat dinding aka wall tu. gerenti lps tu dpt banyak balasan.

4. Ai dah tak buleh fikir. jika ada idea lain buleh tinggalkan komen :D



setelah menyenaraikan beberapa kebaikan, Ai nak listkan keburukan facebook pula:

1. Leka- ni tak dapat dinafikanlah. Ai sendiri pun leka. kadang-kadang cuma nak jenguk je tapi akhirnya terleka. ceh ter pula. tu sebab kat sekolah Ai jarang-jarang buka. tak mahu terleka sbb nanti habis semua kerja Ai tak siap. bila balik umah je barulah Ai sibuk2 nk buka fb. tu pun kdg2 buleh leka. leka akibat games, sibuk nak tengok gambar orang lain. nak komen sana-sini. tapi bukan setakat keje lambat siap, kadang-kadang nak solat pun buleh tangguh-tangguh sebab nak layankan games yang ada dlm fb ni.

2. Riak- ade sesetengah orang mmg sengaja nak menunjuk-nunjuk bila die letak gambar dalam fb. eh kalau kamu letak foto hanya sekadar utk kenangan tidak mengapa ataupun kerana nak berkongsi dengan orang lain.

3. melanggar batasan- ada org tanpa segan silu letak gambar yang tak sepatutnya. macam gambar kapel, gambar free hair, gambar tergedik-gedik lidah terjelir, ish apekejadahnye? ini pendapat Ai.

4. pun sama Ai dah kering idea. nak tambah komen je





kesimpulannya, panda-pandailah menggunakan social networking yang ade ye :D


kesian ehhhhhh Sekian :P

18.2.10

TITIKBLOG atau MUKABUKU?

aku selalu panggil muka buku. muka buku takpe jangan talam dua muka.
juga aku panggil titikblog. entah, orang lain panggil blogspot.


eh tolong sikit ye, hari ini aku cuti. so tak salah publish entry pepagi buta ni :P


prinsip aku skrg senang je. waktu keje jangan main facebook. kat umah balik main lah puas-puas. kat umah juga jgn bw blk keje sekolah. tapi nampaknya cuti ni tak buleh nak lari dari buat kerja sekolah. so pepagi tadi dah on lappy tapi dah 3 jam aku tak start lagi keje. hahahahaha. asyik main muka buku dengan titikblog aje. LAGHA tau!!! tapi oleh kerana aku kat umah maka aku tidak mencuri tulang. aku cuti. jadi aku buleh buat apa sahaja aku nak seperti:


1) bangun pagi takpayah mandi terus goreng mee
2) makan sarapan depan pc layan dvd
3) lambai abang tak perlu pakai gigi

---> baca sambil lagukan macam nyanyi 'bangun pagi tak gosok gigi, pergi sekolah cikgu benci, balik rumah bunuh diri" ---> korang pernah ke nyanyi lagu ni masa kecil kecil?



pendrive aku kena attack dengan cacing sohanad. memang lahanat. ish ape pepagi sebut tak elok ni. nak tahu lebih lanjut pasal virus cacing sohanad buleh klik sini. aku syak aku dapat kat pc hitam tempat keje aku. tak pasal2 aku kena reformat pendrive aku.


ok dah menaip. aku warm up jejari aku ni. maklum nak wat sijil 108keping. (eleh, mail merge pun nak kecoh ke?)