Azam baru nak kasi salam buat pembaca. aik takkan taktahu kan dah Maal hijrah.
ish ish kamu ni jgn reti nk berkonsert je masa tahun baru masihi.
tadi Ai menonton astro Oasis rancangan Dr Fadzilah kamsah - Selami Jiwa.
tajuknya mertua vs menantu dan tetamu undangan ialah sharifah shahirah
tips yang diberikan oleh dr fadzilah kamsah supaya hubungan menantu-mertua berjalan baik.
kebanyakannya dikhususkan buat menantu:
1. anggap mertua seperti ibu sendiri.
- yelah kalau mertua tegur atau marah2 makanya kite sebagai menantu tak kecik hati sangat. anggap je macam mak kite yang marah. ambil pengajaran. jangan letakkan suami di tengah-tengah. ibu hanya seorang itu saje, isteri buleh carik lain. memang hampesh tapi betul, kan?
2. belajar memasak, belajar memasak, belajar memasak Dr fadzilah ulang 3X ye
- wahhh shuke gile Ai dengan petua ni. Yelah sbb ade org yang anggap remeh tentang hal masak-memasak ni. Pada pendapat Ai, kalau kite buleh memasak maka jika mertua or ipar duai nak datang bertandang ke rumah kite buleh masak utk mereka. Ini adalah satu cara untuk meraikan mereka. Bukannya membawa mereka makan di kedai atau menyuruh mereka makan di kedai sebelum sampai ke rumah kite. Jika anda sebagai menantu melakukan perkara ini, oh sangatlah tidak wajar seolah-olah menyambut dingin kehadiran mereka. Pengecualian diberikan jika memang anda nak open table bagi meraikan sesuatu atau anda sibuk melampau tak sempat nak masak atau anda sedang sakit. Ramai orang menganggap remeh perkara ini tetapi percayalah, dengan masakan kasih-sayang antara keluarga akan lebih erat. mertua juga akan rasa lebih dihargai sbb menantu berusaha menyediakan pelbagai juadah
3. Jangan mengadu hal tentang anak lelakinya pada mertua anda
- whopssss kadang-kadang ada jugak Ai termengadu pada mertua. itu pun masa kt umah mertua dan pada masa tu ajak enJekjek makan tapi dia dok ralit layan online komik. maka selepas ini mari kita diamkan saje. sila jangan jadi kaki mengadulah Ai. ngehngeh
4. Sentiasa tolong mertua
- menantu kena rajin membantu mertua tak kira samada di dapur atau di luar dapur. Kalau menantu tak pandai masak, duduklah dapur membantu memotong ape2 yg patut atau jika dapur mertua sempit silalah kutip pinggan dan cuci setelah habis makan. Jangan sesekali mebiarkan mertua yang membasuh pinggan anda. Sangat pemalas wahai menantu jika anda berkelakuan begitu. Jangan gunakan istilah anda adalah tetamu hanya kerana anda tinggal jauh untuk melarikan diri daripada melakukan kerja-kerja itu. Bukankah tolong-menolong itu akan meringankan beban mertua?
5. sentiasa doakan mertua
-yaaa yang ini paling penting sekali. mesti sentiasa doakan kesihatan dan kesejahteraan mereka. Jangan sesekali berdendam dengan mereka.
jadi, adakah anda mengamalkan 5 perkara di atas?
ye... ayang mmg baik.. semua tu ayg buat....
ReplyDelete:)
good idea sis.. tapi kan akak, macammana kalau dah buat semua2 tu tapi tetap binasa.. kena mintak idea lain kot tak kak dari Dr Fadzilah Kamsah tu.. huhu
ReplyDeletegood idea sis.. tapi kan akak, macammana kalau dah buat semua2 tu tapi tetap binasa.. kena mintak idea lain kot tak kak dari Dr Fadzilah Kamsah tu.. huhu
ReplyDeletewaaaa....
ReplyDeletepernah beli makanan kat kedai bawak balik ke rumah untuk hidang kat mertua sebab masa tu tengah tak larat sangat nak masak.... hihi....
tapi, suka dengan sharifah shaheera cakap, kalau kita tak pandai tang ni, ambik hati dia tang lain pulak... :)
akubudaksabak,
ReplyDeleteye tapi kdg2 pn ayang nakal gak, kan?
hehehe
diary kayangan,
ReplyDeletea'ah ade lagi tips. nanti sambung part 2.
kalau dah buat sume2 ni tapi tetap tak dapat selamatkan, itu sudah tiada jodoh.
jangan dikesalkan dengan apa yang dah terjadi. bangun dan hadapilah hari yg mendatang. bina kehidupan baru (^_^)
syayassir,
ReplyDeletebab memasak tu, pengecualian diberikan. kalau kite dah tak larat nk masak takkan nk paksa diri.
cumanya kalau dah mertua bagitahu seminggu awal yg mereka nk datang umah kite, takkanlah kite taknak sedia ape2. atleast puding ke hasil air tangan kite. kalau mereka dtg adhoc tu mmg takdapatlah kite nk prepare ape2.
btl tak?
:D
nice.. cuma bab tlg mertua kat dapur tu masih belum dapat dipraktikkan dengan baik.. hahahaha
ReplyDeletecik tom xpernah kahwin lg..so xde experience lg..hehe...
ReplyDeletesalam maal hijrah ye :)
pandai amik hati mertua,
ReplyDeletejadi menantu kesayangan :)
lieya,
ReplyDeletetakpe, setiap hari adalah hari utk membaiki diri. Ai pun masih belajar lagi (^_^)
cik tom,
ReplyDeletehehehhe takpe ni boleh jadikan panduan ni (^_^)
EzzEddin,
ReplyDeleteyaaaa betul (^_^)
aku gelak gila tgk si Sharifah Shahira tu... gila, brani dia buat mcm tu dpn mak mertua dia. best2... 2 kali aku tgk... ulangan dia pun aku tgk....
ReplyDeleteade satu petua gak i pernah dpt, kalau di dapur tolong mertua, buat2 macam tak tahu.. tapi jgn slow-mo sangat sampai gaye tu tak tahu langsung! huhuhu
ReplyDeleteops! saya bercakap mcm saya sudah ade mertua jauh skali menantu wohaa
ReplyDeleteTapi kadang-kadang ibu mertua ni hover tau... lebih sudu dari kuah .. eh!
ReplyDeletehihihih ^_^
auwww, masak masak masak. baiklah aunty saya akn belaja masak lepas kawen nnt. boleh jwb gitu ke kak ai? hehehe
ReplyDelete