Ikut AiTotYati

7.9.15

NO, I'M NOT OK

bila banyak jawatan, banyak kerja
bila banyak kerja, orang tak bagi kerjasama, Ai stress
bila Ai stress, keimunan badan rendah
bila keimunan badan rendah, sakit pun datang melanda
sakit yang datang tu bukan yang biasa biasa

bila slipped disc dah menyerang, sape yang susah?
Ai juga...

2.9.15

RUMAH TERBUKA AITOTYATI

alhamdulillah berjaya dilaksanakan pada ahad 30 Ogos 2015.

menu yang dibuat sendiri ialah cheesekut dan spaghetti bolognese.
potong buah tembikai dan bancuh air sarsi.

menu yang ditempah ialah nasi impit, rendang ayam, kuah kacang untuk 100 orang. satay dan sambal satay tempah 400 batang. tak ketinggalan apam dan seri muka 100 biji.

sekian .

15.5.15

Nota tazkirah Jumaat

Tazkirah Jumaat 15/5/15 1. Mulakan pg dgn sesuatu yg indah & baik. 2. Solat itu rukun islam ke-2. 3. Solat tiang agama islam. 4. Israk & mikraj; berkenaan solat. 5. Akhirat adalah pengakhiran. Kita tidak akn blk ke dunia semula. 6. Solat tdk blh ditinggal even sakit. 7. Hormat & hayati azan; ingat Allah. 8. Tanpa solat, kejayaan yg diperoleh tidak diberkati. 9. Islam dr arab tp negara2 islam berperang. Why? 10. Org yg solat akan berjaya pada hakikatnya, bkn pd dunianya shj. 11. Lelaki lbh baik solat jemaah di masjid. 12. Solat adalah mknn rohaniah.

22.4.15

EMMA MAEMBONG

Jek bangun tidur.... memandang Ai yang sedang bertelekung


"ayang, abang mimpi sekelas dengan emma maembong, tapi ayang comel lagi"


motip?


13.4.15

IVF IN VITRO FERTILIZATION

lama betul senyap

merawat hati yang luka mungkin?

arghhhhhhh..... ini semua takdir....
jalan cerita yang ditentukanNYa



iya pada 1 Dec 2014 2 embryo gred A (8 sel) telah berjaya dimasukkan dalam rahim Ai
rezeki takde


mungkin lain kali Ai akan cerita panjang berjela
kawan kawan yang mengikuti Ai di Instagram pasti tahu cerita ini


'apabila kita sudah boleh berkongsi cerita mengenai kesedihan yang pernah kita alami, sebenarnya kita sudah berjaya mengatasi kekecewaan itu"



3.3.15

HABUK SANGAT...... 2015 DAH MASUK MAC

fuhhhhh very the habuk. very the banyak.
banyak sangat kejadian tahun lepas dan tahun ni.
alkisahnya Ai dah tak berapa nak aktif di blog. lebih banyak berkongsi rasa di IG.

IG? instagramlah.

tahun ni, banyak jawatan:

1. Ketua panitia Sains
2. Penyelaras Peperiksaan Dalaman
3. Guru Tingkatan
4. Ketua Guru Penasihat Persatuan Sains dan Matematik
5. Guru 1M1S sepaktakraw
6. Guru penyedia pasukan Saintis Muda

lain-lain yg ajk ajk ajk tu takyah masuklah kang list down jadi tak muat plak LOL



oklah tatata