Ikut AiTotYati

13.3.11

SAYA MAHU JELASKAN KENAPA SAYA TIDAK FOLLOW BLOG BEN ASHAARI LAGI

Ai dah lama fikir, renung, fikir lagi. lepas tu renung.
tenung kat dalam draft blogspot ni. nak publish ke tak. nak publish ke tak.

tapi lepas Ai dapat ni,


emel dari Mommy Lyna dari MySuperKids semalam, Ai akan laksanakan tanggungjawab ini sama berat macam nak pilih parti mana ni dengan menekan publish pd hari ini.
Ai nak jadi peserta yang nk menang ipad, bukan juri yg dapat RM50 je.




ada rakan bertanya pada Ai, "ko nape tak follow blog Ben Ashaari ni?"
Ai kata, "entah, sesak jiwa Ai le"


agak agak kamu, mau tak Ai kena bantai dengan die hard fan kipas susah mati encik Ben Ashaari nih?

kalau anda masih tak kenal siapa Ben Ashaari, klik sini


encik Ben Ashaari ni blogger femes. femes dan humble.
entry Ben Ashaari penuh budi bahasa. tapi kalau Ben Ashaari ada ayat perli... memang baekkk punye.
dan tadi Ai intai follower Ben Ashaari dah cecah 10976. gile babas ramai!!!



dulu Ai pernah follow blog Ben Ashaari. masa tu Ai antara 2000 pengikut terawal Ben Ashaari .
pernah join segmen Ben Ashaari dan pernah sangkut sekali. sekali je?


Ben Ashaari giler rajin buat lebih daripada 10 entry dalam masa sehari.
tapi itulah, sbb banyak sangat entry Ben Ashaari tu buat, ada yg Ben Ashaari copy paste je.
dan selalunya yg Ben Ashaari C&P tu Ai dah baca di tempat lain. part ni yg timbul bosan di hati Ai.


dan yang meng 'annoying' kan Ai ialah di bahagian reading list tu untuk all blog updates, habis penuh je dengan update entry entry daripada Ben Ashaari. Serius, ada gaklah sakit jiwa Ai dibuatnya sebab susah pula nak tengok update daripada blog lain yg Ai follow. asyik2 blog Ben Ashaari asyik2 blog Ben Ashaari


so Ai ambil keputusan, Ai tidak follow blog Ben Ashaari lagi. dan Ai tak menyesal pun.
lagipun Ben Ashaari ni agak jarang reply komen pembaca. di mana agak mengecewakan pada Ai sebab  takde interaksi 2 hala di situ.

kalau tetiba Ai rasa nak baca blog Ben Ashaari ni, Ai search  di google  taip je "Ben Ashaari".
untuk peminat Ben Ashaari, kalau nak marah, tak puashati dengan  Ai dipersilakan. ini sekadar pendapat Ai.
Ai cuma mahu jelaskan sebab kenapa tidak follow blog Ben Ashaari


Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online &mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack

12 comments:

  1. Good luck ye dalam contest ni..
    creative jugak ni sebab selalu orang tulis kenapa follow/admire sesuatu blog kan.. ini pula sebaliknya..

    jom ke:ALL IN ONE

    ReplyDelete
  2. nur,

    terima kaseyh!!

    Ai cuma tulis melalui pengalaman sendiri.

    :D

    ReplyDelete
  3. tu pasal aku malas nak follow blog yg biasa C&P dari website lain.. kalau dia letak sikit excerpt, then dia elaborate, aku suke je nak baca.. tapi biasalah, sekadar c&P, diorg buat camtu supaya nak dpt unique visitors yg ramai.. nuffnang punya pasal la ni..

    ReplyDelete
  4. Kekda tau dari blog org salu join segmen dia, tp kekda tak penah follow pun. uhukss :P

    ReplyDelete
  5. @PUANSTOBERI

    kak, setiap orang ade sebab nape nk follow dan tidak follow, kan?

    samalah mcm Ai ni

    ;D

    ReplyDelete
  6. saya pun sama lah...
    dulu pernah follow ben ni..
    tapi, dia jadi blog pertama yang saya tarik diri dari follow lagi...
    atas sebab2 sama macam yang di atas... hehehe

    ReplyDelete
  7. @syayassir

    setakat ni blog beliau je yang Ai tarik diri.

    tak larat yuuuu

    ReplyDelete
  8. aku follow je.. tp kekadang tak baca pun..kekeke

    ReplyDelete
  9. wahhhh serius ke? huhu ;)
    btw..mmg kamu kreatif!

    ReplyDelete
  10. @♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥

    ya serius dan bukan main2. satu2nya blog yg pernah Ai unfollow.

    ala, rasanya tak jadi kuman pun pd en BA. ramai lagi follower dia, kan?

    ;D

    ReplyDelete
  11. hai....kita satu kumpulan...jom mulakan cabaran utk dptkn ipad mysuperkids

    ReplyDelete