semenjak Ai bergelar full time master student ni, kebanyakan masa terutamanya semasa weekdays mmg Ai akan berada di kolej@asrama (ok gelak la. pelajar master ddk kolej). iye walau perjalanan dari rumah ke tempat pengajian hanyalah 1jam 15minit dengan kelajuan 110km/j atau 57minit jika 130km/j, namun Ai lebih selesa berada di kolej (jarak perjalanan pergi-balik 300km lebih n tol rm28). Ai rasa tidak berbaloi ulang-alik sedangkan masa yg akan dihabiskan di rumah hanyalah pd waktu malam sahaja. tapi kalau weekend Insyaallah mmg akan berada di rumah. dan biasanya Ai gerak keluar dari rumah pada Isnin pagi, sampai kolej letak barang then terus pergi kuliah. Ai akan bergerak pulang semula ke rumah pada Jumaat selepas tamat kelas jam 1tengahari.
Ai ada roomate. dia juga buat master. Ai kenal dia masa kami mengikuti kursus persediaan buat master sebelum sambung master (ok gelak ayat bertabur). jarak rumah dia dari kolej tak sampai satu jam tapi sebab dia pun banyak kelas makanya dia pun memilih untuk duduk kolej. cuma waktu kuliah kami agak berbeza kerana dia fakulti lain. kuliah Ai adalah dari Isnin-JUmaat. kuliah rumet dari Jumaat-Isnin. jadi biasanya kami agak jarang berjumpa kerana Ai blk kolej, rumet balik. rumet balik kolej, Ai pulang ke rumah. hanya kadang kala sahaja Ai akan bertemu dengan dia jika rumet mmg ada diskusi atau ada assignment yang perlu dihantar.
petang semalam, macam biasa rumet takde. jadi Ai mmg dah bli dinner selepas balik dari kelas. semalam Ai hanya beli roti keju. agak dah bosan makan nasi. pada pendapat Ai, bukan makanan yang membuka selera tapi kalau boleh masak sendiri dan makan bersama enJekjek adalah lebih berselera. tapi yang pasti, walau Ai kurang selera makan, berat badan tetap gitu jugak. hihihiihi
Ai makan dalam bilik sebab semalam lepas habis kelas jam 7petang, kena terus balik untuk solat maghrib. jarang2 Ai makan di cafe kecuali pada hari khamis memandangkan kelas pada khamis adalah pada jam 12tengahari. eh khamis tu hari ni la kan?
so semalam sambil makan saje pikir. lepa tu dapat pikir yang Ai gelak sendiri sambil makan roti keju tu,
kalau roti keju, bubuh keju
kalau roti planta, bubuh planta
kalau roti susu, bubuh susu
kalau roti tisu?
bubuh tisu?
kalau roti bom?
bubuh bom?
hahahhahaha gelak gelak. ok fine tak lawak. nampak sangat sindrom rindu rumah sudah mula kelihatan. arghhhhhhh
Ai buh status ni dalam fb, kawan yang tambah part roti bom tu. hihiihii
saje nak bubuh gambar kat kolej Ai. gambar 1 adalah pandangan dari pintu. kiranya kalau buka pintu mmg nampakle katil n meja Ai tu.
gambar 2 adalah pandangan dari tingkap.
gambar 3 adalah meja study Ai. agak kecil tapi bersyukurlah masih dapat buat assignment dan pada Ai ni dah cukup selesa. nampak tak perbezaan meja dalam gambar 1 & 3?
sewa bilik ini adalah RM6 seorang untuk sehari. so sem ni Ai check in pada 5september, chcek-out pada 20 Jan 2012. kira sendirilah yuran penginapan tu. hihihihi
oh. rindu nak duk kolej. twehehehe :D
ReplyDeletebestnya kelas roomate akak tu time weekend je kan....dah mcm part time study plak...
ReplyDeletetakde aircond? hehehe
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteApa yg awak buat tentang pengurusan masa, duk hostel tu.. mmg terbaik. Boleh tumpukan perhatian pada pelajaran... badan tak letih sangat berbanding balik setiap hari.
Mesti power result awak nanti.. chaiyok! :)
@PUANSTOBERImehle lawat Ai kat sini :D
ReplyDelete@ku-cittakpe, weekend akak boleh blk umah urus rumahtangga plak :D
ReplyDelete@::FAIZ FARISH::aircond tinggal.... dalam kereta. hahaha. tak perlu aircond sbb bilik ni mmg sejuk. tak megadap matahari jadi sentiasa sejuk. alhamdulillah
ReplyDelete@Irtiyahwslm. bukan sahaja pengurusan masa tapi pengurusan kewangan. hehehehe
ReplyDeleteterima kasih. doakan saya ye :D
Tahniah sebb sambung master.. teringin juga tapi Allah belum kurniakan lg rezeki tu..
ReplyDelete@Ida_Manterima kasih. Allah itu maha adil. setiap org akan dapat rezeki berbeza, kan?
ReplyDeleteyang penting kena heppi dengan life yg kite sedang jalani skrg
(^__^)
wahh bestnya sambung master....gud luck u
ReplyDelete