Ikut AiTotYati

7.1.11

ANAK ANGKAT

Isu yang dah lama bersarang dalam otak Ai.
semakin menambah sarang sejak kami dah sambut ulangtahun perkahwinan ke-5 pada nomber 2010.


dan sebenarnya tak pernah pun berbincang secara serius dengan enJekjek tentang isu ini.
cuma orang luar sahaja yang sebuk prihatin dengan kehidupan kami sebab belum punyai zuriat lagi. Ai tahu, sebagai seorang yang amat disayangi maka semua orang sangat ambil berat.


memang ada saudara mahupun rakan yang mencadangkan agar Ai mengambil anak angkat kerana pada tahun ini  bulan april Ai akan menjengah usia 30 tahun. antara alasan mereka adalah supaya nanti jika Ai tidak punyai zuriat dan masa itu Ai dan enJekjek telah tua, anak angkat tu sudah besar. dan kata mereka lagi, kalau kami ambil anak angkat pada usia 40 tahun, di kala usia 50 tahun anak angkat baru berusia 10 tahun.



Ai malas nak utarakan pendapat sendiri bila berdepan dengan mereka, tapi sebab dalam blog Ai maka Ai tak agak-agak untuk menyatakan pendapat Ai:

1. dari segi aurat.
kalau ambil anak lelaki, Ai kena jaga aurat. dan kalau ambil girl enJekjek ada batasan perlu dijaga. kecuali kalau Ai susukan baby tersebut.


2. keturunan mereka.
biasanya baby yang senang nak kite carik ialah baby yang telah dibuang oleh mak bapaknye. baby terbuang tu ape? baby yang tidak sah nikah. hmmmmm kebanyakan org berkata, tak banyak sikit budak tu nanti akan ikut perangai mak bapak kandungnye. perangai yg nak suka buang membuang ni. ia Ai tahu bukan salah baby itu tapi tetap genetik, kan?


3. layanan
Ai sendiri tak yakin nak sayang baby tu nanti macam mana. sbb anak angkat, kan? memang le belum cuba belum tahu tapi takut kalau tertinggi suara akan terkeluar perkataan tentang anak angkat ni.


kesimpulan
setakat ini kami belum tersedak terdesak nak ambil anak angkat. masih ada masa utk membuat rawatan yg sepatutnya. oleh kerana jadual kerja masing-masing pun padat (malam je kami apat luangkan masa) maka belum terlintas lagi. kami akan terus berdoa dan berikhtiar. Jika lepas ini ada orang bebel lagi pasal anak angkat pada Ai, maybe Ai akan diam sahaja tapi bukan tanda setuju. tanda malas nak layan.


kalau kamu berada di tempat Ai kamu nak buat ape?
bantu Ai




#entry auto published ditaip pada 5.33petang kamis#

23 comments:

  1. hurm susah jgk ai..ada yg ckp kalau amik anak angkat ni maybe Allah akan permudahkan/bg rezeki utk dpt anak...

    mengenai batasan aurat..insyAllah kalau ai didik anak tue sebaiknya mengenai pergaulan dan batasan aurat..insyaAllah segalanya akan berada dlm keadaan yg baik..

    kenapa cik tom berani ckp camni sbb mak saudara cik tom amik anak angkat perempuan..dan semenjak dr kecil diorg dah ajarkan mengenai aurat dan juga bgth yg sbnrnye dia ank angkat..

    dan alhamdulillah sehingga skang anak angkat tue dah berumur 27thun n dah berkahwin..segala adab pergaulan/batas aurat mmg dijaga..

    pe pun semua terletak pada ai juga...nak cuba alternatif lain pn bgs kalau ht xterbuka nak amik anak angkat sbb semua ni xboleh nak dipaksakan,..

    ReplyDelete
  2. Salam

    Paling saya setuju ialah banyak yang perlu dipertimbangkan sebelum ambil anak angkat dan ambil lah kalau benar2 bersedia.

    Saya kalau boleh tak nak kerana mengharap rezeki dapat anak sendiri / apa kepentingan sendiri maka mengambil anak angkat.

    Saya puji sesiapa yg ambil anak angkat yang jelas tujuan sepatutnya mengapa dia ambil anak angkat.

    ReplyDelete
  3. Ai,

    Apa yg ai list kan tu mmg sebijik sejibon apa yg Kak Reen salu pikirkan. Kak Reen mmg nak amek anak angkat, tp itu la Kak Reen paling pikirkan. Dan kesian jugak kat our family. Tak memasal je dpt dosa pree (bila anak angkat tu da dewasa la kan. Logiknya takkan doplohpatjam kita kat umah nak bertudung kan, tp kalo da ada org bukan muhrim terpaksa la kan).

    Abg Kak Reen pun amik anak angkat. 3 org. Tp seyes. The aura's of 'darah yg sama' tu takde. Dia pun anggap kita mcm kawan2 bukan mcm mak sedara. Kurang respect la which banding anak2 saudara lain kat FB pun derang jaga batasan derang.

    Eh.. ko buat entry kat blog ke hapa ni PnStoberi oii...?? Tehehehe.. sori yer Ai..ter panjang lak

    ReplyDelete
  4. cik tom,

    tq bagi pendapat. akan difikirkan.


    ngeeee

    ReplyDelete
  5. irtiyah,

    yaaa banyak yg perlu dipertimbangkan.

    timbang kati mana boleh, kan?

    ngeeee

    ReplyDelete
  6. pn stoberi,

    yaaa aura darah yang sama tu yg paling dikhuatiri. kalau nakal sgt nak dimarah nanti terasa. tak dimarah nakallah pule.

    haaa part aurat tu yg paling Ai risaukan. kalau Ai gagal susukan sampe 3kali kenyang baby tu, makanya kena jaga batasan. yaaa setuju keluarga kite pun dapat dosa pree.


    barang pree Ai nak, dosa pree Ai taknak. sbb taktahu pahala banyak mana.

    ngeee

    ReplyDelete
  7. hmm, 30 muda lagi apa?
    pada saya, masih banyak masa lagi untuk berusaha... seorang kawan baik, berumur 38 pun masih lagi berusaha buat IVF semua.... insyaAllah yati, usaha dan doa banyak2 ok... pedulikan aje cakap diorang tu kan...

    ReplyDelete
  8. semoga akhirnya ada juga rezeki punya anak sendiri...lulu doakan yer..

    ReplyDelete
  9. Ai..sama macam akak dulu..suami tak mau ambik anak angkat..tapi alhamdulillah..ada rezeki anak sendiri selepas 5 tahun..
    Ai..usah lagi ..kawan sepejabat yang berasal dari besut kata.dikampung dia..ada ustaz.yang pandai insyaallah..belum ada yang tak berjaya katanya..cuma bawak limau sahaja..

    ReplyDelete
  10. syayassir,

    ya teruskan usaha (^_^)

    ReplyDelete
  11. kak erna,

    yaaa yg penting sabar.
    Allah mengetahui yg baek utk kite, kan?

    ReplyDelete
  12. salam ai,

    lima tahun baru lagi tu, usahalah dulu sebelum ambil anak angkat

    kalau nak ambil pun ambil anak yg tentu jelas keturunannya, jgn main ambil saja dan kalau boleh jadikan anak susuan

    ReplyDelete
  13. wslm ibuintan,

    ya sekarang mmg sedang usaha. cumanya kdg kala org2 yg kite tak bercerita kepada mereka tentang usaha2 yg sedang kite jalankan tu yg suke nk mengusulkan tentang ini.

    doakan kami ye ibuintan

    (^_^)

    ReplyDelete
  14. Aku jenis tak leh sayang anak org sesuka ati..dah la aku cepat sentap.. ko mcm aku tak? kalau sama, takyah la kot..

    muda lagi la 30.. buleh cuba lagi dan lagi..

    tapi tu la, mulut org yg concern sgt tu yg kite tak tahan kann? sabau aje la ek

    ReplyDelete
  15. DeLancrettlurpak,

    haaa samalah macam Ai gak. susah wooo mahu sayang anak org. boleh sentap weh


    yaaa usaha tangga kejyn

    :D

    ReplyDelete
  16. banyak faktor yg kena fikirkan..
    tapi betul ar... usia 5thn perkahwinan tu masih ok lagi ;)

    teruskan doa..
    sure ko pernah dgr, Allah nak tgk kite terus berdoa.. sbb Allah suka hambaNya yg tak putus doa.
    kalau Allah tak bg di dunia.. teruskan berdoa utk ganjaran akhirat. InsyaAllah..

    sbg kawan, aku byk belajar dari apa yg ko alami.. n yet, aku tetap sayang ko tak kesah ko ada anak ke tak de ke.. ;)
    sbb rezeki tu Allah yg bg, bukan manusia yg pandai2 bg cadangan bagai tu..


    eh aku jer ar jadi anak angkat besar ko.. ahahah tetibek

    ReplyDelete
  17. nuril,

    yaaaa ramai lagi yg dah lama kwen tapi blm ade zuriat, kan?

    kite mesti lebih berdoa dan berusaha.


    ko jd anak angkat tak seswai. jadi adek angkat boleh. hahhahah padahal sebaya je. kihkih

    *hugs

    ReplyDelete
  18. fuh..aku rasa topik ni paling hangat.. aku baru je bersembang dengan member sekolah aku yang beza seminggu je tarikh kawennya ngan aku pasal nak amik anak angkat ni..dia pun belum lagi dapat zuriat..mcm ko sedia maklum..family aku memang dah biasa ambil anak2 angkat ni.. aku pun ada terfikir jugak nak amik anak angkat.. cuma banyak hal nak difikirkan..terutama faktor2 yang ko cakap tu la.. rasanya.. kalo aku nak amik anak angkat.. kalo boleh aku nak usahakan untuk membolehkan aku susukan sendiri.. supaya senang nak jaga batas aurat terutamanya..apa2 pun..marilah kita sama2 berusaha dan berdoa agar kita semua mendapat zuriat dari rahim kita sendiri.. walaupun aku baru je setahun kawen.. tp aku dapat rasa apa yang ko rasa.. sabar ye sahabat..

    ReplyDelete
  19. ;ieya,

    takpe kite usaha dan doa lagi ye

    :D

    ReplyDelete
  20. salam,dah lama tak jengah blog ai.bila baca entri ni rasa macam nak nangis jer..sabar k.inshallah ada rezeki.

    ReplyDelete
  21. salam,dah lama tak jengah blog ai.bila baca entri ni rasa macam nak nangis jer..sabar k.inshallah ada rezeki.

    ReplyDelete
  22. salam kak ai.
    walaupun saya belum berkahwin, saya bersedia mengambil anak angkat jika tiada aral/halangan daripada family.

    besar tanggungjawab nak ambil anak angkat which is bukan setakat prosedur etc tapi macam kak ai tulis, dari segi ketetapan agama.

    anak kan rezeki, insyaallah..bila-bila Allah nak bagi, kak ai n hubby akan terima. cuma buat masa ni kena sabar dan terus berusaha.

    ReplyDelete