Ikut AiTotYati

29.3.16

FACET JOINT INJECTION

hai hai hai
kekangan dan kesibukan membuatkan blog ini kesepian hihihi


Ai telah selamat menjalani prosedur facet joint injection pada Rabu 23/3/16 jam 5.05-5.20pm.
ok sebenarnya sape ynag mengikuti Ai diinstagram pasti mengetahui Ai telah admit di mahkota medical centre pada Isnin-khamis minggu lepas disebabkan oleh slipped disc.


 ok apakah facet joint injection ni?


Ai akan explain berdasarkan pemahaman Ai melalui penerangan doktor dan fisioterapist

facet joint injection atau suntikan sendi facet merupakan satu suntkan untuk pesakit tulang belakang atau slipped disc. facet joint injection merupakan satu alternatif untuk pesakit tulang belakang supaya tidak perlu menjalani pembedahan tulang belakang. facet joint injection ni perlu dilakukan di dalam bilik pembedahan. facet joint injection berfungsi untuk melegakan disc yang membengkak dan juga menghalang maklumat sakit itu daripda dihantar ke otak.

pengalaman Ai menjalani facet joint injection.


jam 2.30 petang Doktor masuk bilik dan maklumkan prosedur akan dijalankan pada petang ini. Pada ketika ini, kegusaran Ai adalah mengenai insurans. ya Ai masuk mahkota medical center menggunakan medical card yang  Ai bayar sebanyak RM250 sebulan. ada sedikit kehampaan di situ bila doktor kata blm dpt feedback drpd insurans company. bila Ai sebuat berapa lama Ai dah bayar lagilah doktor tambah ayat best, "no wonder la. now i can see from your face. you are really disappointed with the insurance company"


dalam 4.30 ptg, Ai pun mula dipersiapkan. kenalah pakai baju patient kaler putih yang disediakan. baju tanpa kain huhuhu. baju tu takat bawah lutut je tapi Ai request utk trs bertudung dan minta diselimutkan di atas wheel chair tersebut. Ai ddk wad ortopedik di tingkat 7, operation theater di tingkat 1 so here we goes. Jekjek mengiringi Ai sehingga ke pintu operation theater. tp bil dh kt dlm tu ada lagi satu pintu besar yang terbuka secara horizontal. Ai kena naik atas katil beroda, buka tudung dan pakai head cover yg mcm shower cap tu. Doktor sebut nama Ai, tunjuk borang yg ada tandatangan Ai dan mula menolak Ai terus ke OT no 7. 


oiiii sejuk giler kot.
dalam OT no 7 tu dah ada 3org doktor yg menunggu. sorang doktor tu saje ajak Ai sembang2 untuk hilangkan nebes.Ai nampak jam yg bertentangan dengan Ai 4.50 ptg. terima kasihlah doktor sbb teka umur saya 25tahun hahaha. doktor yg sebang dgn Ai tu umurnya 38tahun dan ada 4 org anak. dia kata maybe sbb Ai blm ad anak nmpk muda hihihih.


10minit lps tu doktor prem pun masuk. Ai disuruh naik atas operating table ( ya meja pembedahan yg ada lampu bagai tu). oh ya kena meniarap ya. satu bantal diletakkan di bawah perut Ai dan satu lagi di muka Ai. dan doktor pun mula mencuci bhgn yg nk kena injeck tu. Doktor kata ni akan sejuk ye. sesungguhnya Ai hanya mampu bertasbih, bertahmid dan bertakbir je dgn zikir2 yg lain. betul2 sblm prosedur bermula, dr prem terima called drpd ejen insurans yg memaklumkan insurans akan cover semua treatment. alhamdulillah syukur sgt pd Allah.

kredit sini



ok bila doktor nk start injection, doktr pun cakap sikit je mcm kena gigit semut. tapi sbnrnya Ai rasa mcm kena gigit lipan (hhuuhuhuhu sakit kot). Ai kena 7 injection semua. masa injection yang ke berapa entah, Ai rasa mcm ada something hiris masuk dlm daging, huhuhu sakit tmbh nyilu. masa tu br Ai rasa, doktor klipkan yg pebgesan nadi di jari kaki Ai hihihi.


bila doktor kata ok this is the last shot, Ai tak sabar sgt. bila dah habis Ai dicuci semula dan naik semula atas katil yg beroda tu. Ai nmpk jam 5.20ptg. betullah dr prem kata prosedur tu kejap shj.


Ai ditolak ke recovery area dan diberi heater. 6.10ptg Ai ditolak naik ke wad semula. terus trk baju dan perform solat asar scr duduk. sakit? iye mmg sakit taktahu nk ckp. lps maghrib misi yg cantik dtg masukkan painkiller melalui salur darah di tangan.


ok itu sahaja.
buat masa sekarang Ai MC drpd kerja.





2 comments:

  1. Ai... Berapa lama mc?
    Injection procedure tu xbius hbs ke?
    Mcmn penjagaan slps injection?
    Apa do and don't slps injection?

    ReplyDelete
    Replies
    1. doc bg mc sebulan dgn 3jenis pil; saraf, painkiller n lg satu x ingat ape. lps injection tu rehat saje di rumah x buat kerja berat pun. then after 1 month follow up dgn doc. oh tak lupa fisioterapi

      Delete