kenapa dan mengapa? 2 persoalan yang akan Ai kupas
pemilik blog Sungelang ini bukanlah sapa-sapa. menteri bukan, dato' pun bukan. hartawan pun bukan.
tapi pemilik blog Sungelang ini telah mencelikkan mata Ai, telah membuka mata Ai tentang kewajipan dan tanggungjawab seorang anak terhadap kedua ibu bapanya.
tak, Ai tak kena cubit. jauh sekali dipukul atau ditampar. perli secara terbuka pun tak kena.
pemilik blog Sungelang ini telah menunjukkan kepimpinan melalui teladan. teladan yang bagaimana?
pemilik blog Sungelang dengan secara sabarnya telah menjaga arwah ibu mertua beliau. pemilik blog Sungelang sangat sabar melayan ibu mertua beliau yang sudah tidak larat berjalan dan perlu disorong menggunakan kerusi juga. Ai sendiri pernah menyaksikan betapa pemilik blog Sungelang ni mengangkat sendiri arwah ibu mertua beliau untuk dibawa ke bilik air bagi mengambil wudu'. pemilik blog Sungelang juga tidak segan silu mencium dahi arwah ibu mertua beliau sebagai tanda kasihnya.
selain itu, pemilik blog Sungelang juga telah mencoretkan sesuatu di blognya yang begitu meninggalkan kesan di hati Ai. Antara petikannya:
Semua hanya tinggal kenangan......
kini.......... nak panggil IBU/EMAK kat sapa hah.......
dah tak dapat pahala terpijak lagi...... ( pandang wajah ibu pahala... salam ibu pahala.... cium tangan ibu pahala.... SEMUANYA PAHALA... kata ustaz2 lah)
Wahai anda di luar sana yang masih mempunyai ibubapa... jaga, layan,hurmatilah.... sementara mereka masih bernafas..
di samping itu, pemilik blog Sungelang juga pandai menjaga hati Ai.
Isu yang sedang membelenggu diri Ai sekarang sudah tentulah tentang zuriat. Tapi pemilik blog Sungelang pandai memujuk hati Ai. kata-kata seperti:
"ada anak tak semestinya kahwin, dah kahwin tak semestinya ada anak" sangat le memberi Ai cool down.
begitu juga jika ada saudara-mara yang bertanyakan tentang zuriat kami, pasti pemilik blog Sungelang akan membela kami. bela bagaimana? bukannya yang nak gaduh-gaduh tu. tapi pasti pemilk blog Sungelang akan kata, "belum rezekinya lagi. tolonglah doakan ye"
tak sejuk ke hati? tu yang buatkan Ai sentiasa berdoa supaya kami segera dikurniakan zuriat agar dapat membalas jasa pemilik blog Sungelang.
pendek kata, pemilik blog Sungelang adalah seorang lelaki yang pengasih, penyayang dan bertanggungjawab.
siapa pemilik blog Sungelang tu?
kekasih gelap Ai? jejaka kedua?
oh tidak!!!
beliau adalah BAPA MERTUA Ai yang Ai panggil Ayah
(^_^)
ucapan khas buat ayah:
terima kasih kerana mendidik enJekjek menjadi seorang anak yang baik dan bertanggungjawab. kerana didikanmu telah menyenangkanku
terima kasih untuk semua. untuk semua yang Ai sendiri taktahu nak kata bagaimana.
cuma yang Ai mampu lakukan ialah sentiasa mendoakan kesejahteraanmu dan mohon supaya dosa-dosamu diampunkanNya.
“Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack”
i pon syg kan pemilik sg lang tur... yg i panggil ayah... hehehe
ReplyDelete@nur
ReplyDeletebersyukurlah kerana kita masih punya ayah
:D
sedih dn trharu bila mmbacanya... awak tau kan sy bintang airmata, segera meleleh aimataku... huhuhu.
ReplyDeletepuas hati aritu dpt belanja mak ronda2 melaka sesuka hati...
@Za Nans
ReplyDeleteyaa marilah kita hargai mereka selagi masih ada
Aku pun jadik terharu jugak.. *hugs
ReplyDeletesayaaaaang mak & ayah~~!!!
ReplyDelete@Lieya
ReplyDelete*hugs ko lagi kuat2
;D
@lutfi bagus!!!
ReplyDeletenanti dah berjaya jgn lupa mak ayah serta kakti. open table besar tau
:p
kipas lagi.wawee.
ReplyDelete@ akufobia
ReplyDeleteucapkanlah terima kasih selagi masih ada masa
rindu mak ngan ayah.. sedehnya...
ReplyDelete@Raja Nakal
ReplyDeletesbb tu kena selalu telefon mereka
:D
feeewiitt....
ReplyDeletesyahdu entry ni.....mommy pun dah tak de sape2..~sedihhh
ReplyDelete@akubudaksabak
ReplyDelete:P
@mommylavender
ReplyDeletetakpe, mommy ada Ai.
*tetiba. hihihihi