14-16 November 2013
yakni Khamis, jumaat & sabtu- dah macam charlie chaplin ke hapa.
yakni Khamis, jumaat & sabtu- dah macam charlie chaplin ke hapa.
14/11/13 (khamis)-
bergerak ke KLCC sbb ada NATIONAL INNOVATION CONFERENCE & EXHIBITION
(NICE 2013). on the way tu singgah tempat menuntut ilmu drop by tesis. iye Ai tak habis lagi menulis. agak stress di situ.
oh kenapa ke NICE 2013? sebab Jek hantar robotik teamnye utk pertandingan Line Follower Robot. Robot paling laju akan menang. dan memang team sekolah Jek sapu habis- Johan, Naib Johan dan tempat ketiga. team dari negeri lain makan angin sahaja. heheheheh
ok habis sahaja pertandingan di NICE2013 kami terus ke KLIA.
fligh kami ke Jakarta jam 5.25 petang. kami sampai di KLIA jam 2.30petang. terus checki-in dan solat. kenapa nak ke jakarta?
sebab ada WORLD ROBOT OLYMPIAD 2013 (WRO2013).
oh kami naik KLM Royal Ducth Airlines (yg pramugarinya agak 'senior' hehehhe).
perjalanan ke jakarta mengambil masa 1jam 40minit.
kami tiba di jakarta jam 6.05pm waktu jakarta (waktu malaysia 7.05pm) tapi sudah gelap bu.
waktu jakarta lambat sejam daripada msia.
sampai je trs cari air. yeah itu dia Ultra milk. Ai bli ultra milk perisa coklat. mmg ada rasa nk jadi ultraman. hahahhah |
hotel yang kami duduki. dulu sheraton media tapi dah tukar management maka jadilah nama skrg tu. 5bintang katanya tapi Ai rasa mcm 3bintang kt msia je |
15/11/13- Pusing jakarta;
Taman Mini Indonesia (bukan macam taman mini msia yg kt melaka tu. keluasannya berapa hektar lupa pulak. dlm tu kami naik kereta ya. klu jln kaki mau satu hari tak habis),
Muzium Indonesia,
Masjid Iqtiqlal (masjid negara indonesia),
makan di restoren Tekko Batu Tulis,
melawat Monas,
dan Thamrin City (shoppingla apa lagi).
kami sewa kenderaan ini dengan pemandunya untuk 10jam ialah 1juta rupiah bersamaan rm280 duit msia (pd masa ini) |
ya bapak n ibu mahu ke mana? |
ini di hadapan Taman Mini Indonesia |
menu Tekko Batu Tulis |
inilah masjid Istiqlal |
itu tempat wuduknye |
inilah MoNas (Nasional Monumen) yang atas kaler kuning itu adalah emas. ye emas betul. |
ini replika Thamrin city. perghhh mmg syurga wanita youuu |
inilah Thamrin city di waktu malam. buka 8pagi dan tutup jam 7pm. |
16/11/13(sabtu)- pergi ke WORLD ROBOT OLYMPIAD 2013 (WRO2013) untuk menghadiri Symposiumnya. bukan sahaja ada simposium tapi ada pertandingan robot soccer dan open categori. nak baca selanjutnya mengenai WRO2013 boleh klik sini
sebelum masuk ke dewan. buat di ecovention di Ancol. |
Dr Ethan salah seorang speaker. penyampaian yang bersahaja dan memang best!! |
flight balik kami ke KL jam 7.25pm menaiki KLM Royal Ducth Airlines juga.
itu je setakat ni.
ada masa sambung lagi ya. banyakkk lagi gambar nak taruk.
0 komen terulung:
Post a Comment