sebagai hamba Allah, banyak perkara yang perlu dilalui.
kadang kadang kita kuat, kadang-kadang rasa lemah sangat.
3/9/13 hari selasa Ai ke bahagian tajaan untuk lapor diri setelah tamat cuti belajar (cuti je tamat, tesis tak siap lagi huhuhu). lepas ke BT Ai ke IPG induk cyber namun.... post yang direserved untuk Ai di IPG kampus dotdotdot telah diambil orang. kalau nak masuk IPG juga, kena transfer ke Lipis pahang takpun tawau sabah. Ai pasrah. untuk kembali ke tempat kerja lama mungkin tidak sebab Ai nak try suasana baru.
Ai try pula ke bhgn matrikulasi putrajaya. hampir berjaya namun sebab Ai masih belum dg44 maka tak dapat nak jadi pensyarah di situ-hampa lagi sekali.
dan akhirnya Ai ke bahagian sekolah putrajaya-nekad.
ada kekosongan di sbpi sabak bernam namun mengenangkan Jek yang nak sambung master di UTeM tahun depan, Ai tangguhkan dulu hasrat itu. lagipun insyaallah disember ini ada projek besar bakal menyusul. selepas jumpa pegawai penempatan bahagian sekolah, Ai ditempatkan di Melaka- ya kembali mendidik anak bangsa. setelah itu ke bahagian sumber manusia untuk lapor diri. semua urusan selesai jam 4 petang-terus balik Melaka dalm hujan lebat.
4/9/13 Rabu- Ai ke JPN Melaka. lapor diri lagi. sempat lagi tuan haji tu minta tolong pada Ai setelah dia tahu Ai ambil master of IT ni. so Ai pun tolong le settlekan keje dia. by 11.30 pagi keje setel dan Ai bergegas ke IPG dot dot dot. huhuhuh benar tiada kekosongan untuk Ai di situ. semua post telah penuh-kroni mungkin? rasa menangis tak berlagu. huhuhuhu.
petang itu tn hj beritahu Ai dapat sekolah dot dot dot. kalau sebut mmg femes lor. petang tu juga Ai dan Jek sanggup tunggu selama 2jam untuk jumpa dengan ketua sektor-untuk mohon rayuan tukar sekolah. sebab dah alang-alang dapat sekolah satu kawasan dengan Jek tapi hanya simpang kanan dan kiri yang memisahkan kami. tapi KS tak faham masalah kami. terngiang-ngiang KS kata,
"saya nak selesaikan masalah awak sorang atau saya nak selesaikan masalah anak bangsa?"
fuh terima kasihlah wahai KS. saya berdoa agar tiada anak cucu kamu yang ada masalah macam kami. sebab benar telahan Ai; orang yang ada kesukaran nak mendapatkan zuriat je yang faham halangan dan rintangan yang terpakssa dilalui. yang lain? mungkin faham atau buat-buat tak faham
Bertabah Ai, i doakan ada rezeki u di tempat yg u nak tu... Try think positive, am sure ada hikmah di sebaliknya...
ReplyDeleteInsyaallah Nina. doakan Ai bertabah
DeleteBanyakkan bersabar dan berdoa setelah berusaha. Saya doakan agar semua urusan dipermudahkan.
ReplyDeleteJek tak boleh tukar ke sekolah di daerah SB ke?
boleh tapi sebab tahun depan kalau ada rezeki Jek pula nak cuti bljr mcm Ai nak sambung master kt UTeM
Deletesedih la pulak
ReplyDelete