wah sakan beraya ye.
Ai dah kembali ke Melaka dan hari ini bermulalah rutin biasa Ai.
berikut merupakan catatan raya Ai untuk tahun 2013 Syawal 1434H.
6/8/13 (selasa)- pulang ke kampung di selangor. singgah rumah mertua dulu. tolong buat kuih puteri mandi. berbuka di rumah mak Ai.
7/8/13(rabu)- persiapan raya di rumah mak Ai. malam ada sedikit 'drama'.
8/8/13(khamis)- menyambut raya pertama di rumah Mak Ai. terima kunjungan paman As dan Bik esah sekeluarga. kemudian membalas kunjungan paman as. tengahari kami pulang ke rumah mertua raya sana pula. jam 4petang keluar semula beraya di kampung Ai (mertua asal dari kampung Ai). pergi ke rumah Nek Halimah dan Nek x ingat nama (sebab pernah smash kt sini so x ingat. hahahha). kemudian Ai terus balik ke rumah mak Ai. Mak abah Ai ajak pergi beraya. so pergi beraya ke rumah mbah Seman, mbah Husin dan mbah Lah.
9/8/13(jumaat)- beraya di kampung mbah parinah (ibu kepada mak Ai). masak lunch. dalam pukul 4 petang pergi beraya di rumah paman Kembek(depan umah mbah parinah) dan bibik Ani (rumah baru). dekat nak maghrib kami pulang semula ke rumah mertua Ai.
10/8/13 (sabtu)- pagi bergerak untuk beraya di rumah MakLong di teluk panglima garang selangor. jam 12pm gerak keluar dari rumah maklong menuju ke LCCT untuk menghantar Lutfi yang bekerja di Jepun. setelah itu pergi beraya di rumah Tok Sanok (bapa bik Nur hukm) di Sg Besi. setelah itu bergerak pulang ke rumah mertua Ai.
11/8/13(ahad)- jam 8 pagi bergerak ke Lenggong (kampung ibu mertua Ai). tiba di restoran tasik raban jam 11.30pagi. having lunch there
12/8/13 (isnin)- sewaktu subuh menerima berita kematian arwah Nenek Sal (kg Selabak). oleh itu rancangan beraya ditukar. kami terus kemas2 dan kemudian menziarahi kubur atok Jab di tanah perkuburan Islam kg Gelok. usai siap, pergi beraya di rumah opah Teh (adik arwah opah kedua bongsu). di sini kami dihidangkan dengan rendang ayam dan ketupat palas yang baru lepas dimasak. perghhh memang terbaiklah. kemudian bergerak pulang. dalam perjalanan singgah sebentar di Ipoh untuk berjumpa acu dan keluarga di Mee Rebus Ramli. kemudian memulakan perjalanan semula ke rumah arwah Nek Sal. kami tiba di rumah mertua jam 5.30petang.
13/8/13 (selasa)- pagi ini kami ke pejabat pemaju perumahan. ye Ai bercadang membeli rumah di kampung. rumah di melaka ini Jek punya (setelah ditukar kepada nama pemilik tunggal). Nor (adik Jek) turut bersama dengan kami. Ai bercadang untuk beli rumah semi-D satu tingkat setengah dengan ukuran 40 x 85 kaki. heee Ai booked dengan harga rm344 ribu (padahal masa mula2 tgk pelan tu harga baru RM331 ribu seunit). Ai dan Nur booked sebelah menyebelah. alhamdulillah setelah dibuat pengiraan Ai layak untuk menggunakan loan kerajaan sebanyak rm380ribu. jadi nanti masa nak apply loan tu pemaju akan call semula utk confirmkan sama ada Ai nak mohon rm350ribu atau rm380ribu). niat Ai, nanti bila sampai masa kami akan pulang jua ke kampung. for the time being, biarlah kami di Melaka dulu. oh dan tak lupa juga rumah itu akan jadi istana hinggap bila kami pulang ke kampung. jadi tidak timbul isu sama ada nak pulang ke rumah mertua atau rumah mak Ai dulu. kita balik rumah Ai dulu. heeeee. rumah dijangka siap pada tahun 2016 Insyaallah. selepas menghantar Nur pulang ke rumah dan kami mengemas barang untuk keluar beraya dan bermalam di rumah mak Ai pula.
Ai dan Jek memulakan misi beraya sendri. rumah pertama dituju ialah rumah Along Ai. hampir zohor baru keluar dari rumah along. kemudian ke rumah Aan (adik lelaki yg betul2 bwh Ai). di rumah Aan kami bli nasi campur sbb isteri Aan kerja (nurse) dan kami lunch di rumah Aan. dan akhir sekali rumah Cikgu Salmah (guru Ai masa form 1- form3 dulu). memang rezeki kami cikgu Salmah baru je bake red velvel cupcakes with cream cheese dan juga cornflakes madu. jam 5.30petang kami gerak pulang ke rumah mak Ai pula.
selepas maghrib, kami keluar beraya bersama mak dan adik Ai ke rumah arwah cikgu Sairuji. sebelum tu kami ke rumah jiran sebelah tapi takde orang.
13/8/13 (rabu)- selepas sarapan kami bertolak pulang ke melaka. dalam perjalanan kami singgah di rumah mertua Ra untuk melihat baby baru yg dilahirkan pd ramadhan lalu. kami tiba di rumah jam 5petang. usai mandi kami keluar beraya ke rumah jiran depan (untuk ambil kunci-anaknya tolong jagakan kucing2 Ai). lepas tu terus g dinner dan blk ke rumah. malam tgk I hear your voice dan tertidur masa tengok tu.
ok itulah cerita raya Ai. Jodoh kahwin dengan orang sedaerah. lebih kurang begitulah tiap2 tahun. 25syawal ni genaplah ulangtahun perkahwinan kami yang ke-8. how time flies....
Wah.... Banyak btol umah u pi beraya... Seronok i baca. Tahun ni hubby i keje, so x banyak umh sedara yg dpt i pegi masa coti raya dulu...
ReplyDeleteNina, hihihi jenuh mengingat g raya mana. raya sebelum ni tak tulis jd tak ingat. hohoho
Delete