Ikut AiTotYati

Showing posts with label Comot. Show all posts
Showing posts with label Comot. Show all posts

29.8.13

HI, BOLEH BERKENALAN?

Ai ni  bela 3 ekor kucing betina tapi kebanjiran kucing-kucing jantan tak dapat dikawal. dulu ada Bleki, takde jantan kabaret berani datang sebab nanti mesti Bleki lawan tapi sejak Bleki mati, dah takde abang kawasan nak jadi pelindung.


walaupun Ai letak Snowi Tama dan Comot dalam sangkar tetap ade yg berani lepak depan sangkar tu.
apatah lagi kalau Ai lepaskan Tama dan Comot, uiiii lagi ramailah yang ngorat.

gambar 1
 dalam gambar 1, waktu ni Ai baru keluar pagar rumah nak menuju ke tempat menuntu ilmu. sekali Ai kuar, kucing jantan tu terus panjat pagar rumah. amboi pantas betul dia tau Ai nak keluar ye. tapi masa ni Ai tak keluarkan kucing dari kandang. kurung je untuk elakkan kena ngorat.

gambar 2
 dalam gambar 2, itulah senario yang berlaku bila Ai lepaskan Tama dan Comot. Tama di sebelah kanan manakala Comot di sebelah kiri. depa memang suka lepak atas tembok tu. angin sepoi-sepoi bahasa katanya.


gambar 3
haaaa ni dalam gambar 3, kucing jantan cuba mengorat Tama. Tama sebelah kanan manakala kucing jantan sebelah kiri. ini bukan kucing dalam gambar 1 tapi kucing lain tau. Tama jual mahal je tapi si jantan ni tak putus asa. mana Tama pergi kat situlah si jantan ni ade.

Comot tengah bunting sekarang. yang Ai risau tu Comot belum berusia setahun pun lagi baru 7bulan. harap2 nanti kalau beranak, anak2nya hiduplah.

betulla, bukan senang nak jaga anak ni walaupun anak kucing. Ai tak sanggup nak mandulkan kucing2 ni. kesian sebab mereka pun benda hidup.

8.5.13

BLEKI & MYCOPLASMOSIS: HITAM TAPI KUNING DAN VAKSIN PERTAMA BUAT TAMA & COMOT


Bleki menyendiri.
tidak seperti biasa gagah berlari sana sini.

Bleki dalam bilik pemeriksaan

Bleki macam tahu bakal ditinggalkan.
Bleki merajuk taknak pandang kamera

Bleki kena jangkitan bakteria mycoplasmosis.
semalam hantar klinik sebab tengok kulit, mata dan telinga bertukar menjadi kuning.
lepas hantar Bleki tengahari tu, petang kami bawa Tama dengan Comot untuk divaksin buat kali pertama. dan melawat Bleki dalam wad kucing.
Bleki di bawah. atas tu kucing orang lain.
Nampak tak iv drip tu. ye Bleki masuk drip sebab berat turun dan dia tak mkn atau minum.
kos rawatan Bleki semalam:

ujian darah: RM150
masuk wad: RM100 untuk satu malam yang merangkumi penjagaan, rawatan dan masukkan iv drip tu
Ai baru bayar deposit RM100 untuk rawatan Bleki semalam.
lihat tangan Bleki yang masuk drip dibalut supaya Bleki tak jilat


ini Tama. anak saudara Bleki.
Comot tiada dalam gambar kerana kami letak dalam carrier


kos rawatan Tama dengan Comot pula:
vaksin : RM45 x 2 ekor
ubat cacing: RM2 x 2ekor
ubat kutu: RM20 x 2
Total: RM138


semoga Bleki cepat sembuh. kawan-kawan doakan ye