Ikut AiTotYati

Showing posts with label kucing hitam. Show all posts
Showing posts with label kucing hitam. Show all posts

17.7.13

BABY BABY IS BLEKI


gambar was taken on on Monday night.
kelihatan Baby sudah beranak untuk kali ke-2. 
Baby ni kucing jiran Ai. anaknya semua 5 ekor. ada seekor yang hitam. hitam macam Bleki. 
rasa macam nak minta tk bela.

apa kata pembaca?

11.5.13

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

di sini Bleki ditanam

hari ini Ai bangun dengan semangat baru. memori dengan Bleki Ai lipat kemas dan simpan dalam satu sudut hati yang terindah. Jek tanam Bleki betul2 tepi tingkap Ai buat kerja tesis Ai seperti dalam gambar. Ai masih ada perjuangan yang belum selesai. kalau rindu Bleki, Ai buka tingkap, pandang dan sebut nama Bleki. tadi ade seekor kucing hitam, kucing yang selalu menyakat Bleki. memang sebijik macam Bleki tapi Bleki tidak mungkin dapat Ai ganti.

ya, mungkin Ai akan rindu sebab lepas ni memang tak akan ada kucing hitam yang pandai panjat dan masuk ikut celah tingkap macam Bleki selalu buat. yang dengan sengaja letak kepala atas laptop sebab nak Ai usap2 manja kepalanya. yang mengiau kuat di tepi bilik air dan tingkap.

Ai akan teruskan perjuangan.

8.5.13

BLEKI & MYCOPLASMOSIS: HITAM TAPI KUNING DAN VAKSIN PERTAMA BUAT TAMA & COMOT


Bleki menyendiri.
tidak seperti biasa gagah berlari sana sini.

Bleki dalam bilik pemeriksaan

Bleki macam tahu bakal ditinggalkan.
Bleki merajuk taknak pandang kamera

Bleki kena jangkitan bakteria mycoplasmosis.
semalam hantar klinik sebab tengok kulit, mata dan telinga bertukar menjadi kuning.
lepas hantar Bleki tengahari tu, petang kami bawa Tama dengan Comot untuk divaksin buat kali pertama. dan melawat Bleki dalam wad kucing.
Bleki di bawah. atas tu kucing orang lain.
Nampak tak iv drip tu. ye Bleki masuk drip sebab berat turun dan dia tak mkn atau minum.
kos rawatan Bleki semalam:

ujian darah: RM150
masuk wad: RM100 untuk satu malam yang merangkumi penjagaan, rawatan dan masukkan iv drip tu
Ai baru bayar deposit RM100 untuk rawatan Bleki semalam.
lihat tangan Bleki yang masuk drip dibalut supaya Bleki tak jilat


ini Tama. anak saudara Bleki.
Comot tiada dalam gambar kerana kami letak dalam carrier


kos rawatan Tama dengan Comot pula:
vaksin : RM45 x 2 ekor
ubat cacing: RM2 x 2ekor
ubat kutu: RM20 x 2
Total: RM138


semoga Bleki cepat sembuh. kawan-kawan doakan ye