Ikut AiTotYati

17.7.13

MENU RAMADHAN 1434H TAHUN 2013; PART 1

awat part 1?

heeee kekonon kan semalam dah 7 hari puasa. 7 hari tu seminggu weh org tau le 
kekonon nak buh la kat sini menu sahur dan berbuka sepanjang ramadhan ni.
yang Ai sangat pasti, hari2 rajin nak masak. nak beli kat param @ pasar ramadhan tu tak berapa nak feel. mungkin sebab berkat Ramadhan. bak kata Jek, Ramadhan adalah bulan kegemarannya sebab Ai rajin nak masak macam-macam. 

baiklah kita mulakan dengan sahur untuk hari pertama:

sahur day 1 -
nasi goreng, air teh o lemon suam dan buah mata kucing



buka day 1;
nasi tomato, ayam masak merah, jelatah nanas + tomato ceri (nanas tanam sendiri) dan air cincau


buka day 2;
nasi ayam, ayam goreng berkicap, nasi impit, kuah lodeh, pisang salai goreng dan air cendol

buka day 4-
ni kat rumah mak Ai. menu ialah nasi puteh, ayam masak kurma, satay ayam, kuih lopez, sayur bening, karipap, lepat pisang, agar2, kuih apam msia, popia basah, air laici, air cendol, air laici kang.


sahur day 6-
oat, buah pic, air milo


buka day 6-
nasi goreng sultan, jemput jagung, sambal pecal, buah mangga, tomato ceri, air kasturi asam boi dan air kopi.



buka day 7-
spagetti meatballs, bubur jagung, air sarsi dan air teh o lemon suam.


 menu buka lagi banyak daripada sahur. biasanya kalau masak lebih Ai akan reheat makanan tu untuk sahur. menu berbuka untuk hari ketiga tidak diabadikan kerana pada masa ini Ai berada di rumah mertua. lagipun ayah mertua dah tegur jangan upload gambar berbuka, nanti anak kesayangan di sarawak menangis. sedangkan Ai upload gambar bazar ramadhan sabak bernam pun kena tegur, inikan pula nak upload gambar makanan. 

ok. itulah menu sepanjang berbuka ini. harapnya lepas ni akan menyusul part 2, part 3 dan part 4.

selamat menjalani ibadah puasa ye (^_^)

2 comments: