Ikut AiTotYati

11.7.13

RESEPI NASI TOMATO BERAS HERBAPONNI TAJ MAHAL

salam readers.
selamat berpuasa.

semalam 1st day ramadhan Ai buat nasi goreng untuk sahur dan nasi tomato untuk berbuka.

Ai dan Jek amalkan beras herbaponni taj mahal dah lama. rasanya since 2008 lepas Ai kena slipped disc. itu salah satu cara untuk menurunkan berat badan.

anyone yang first time makan beras herbaponni taj mahal ni mesti akan cakap beras takde rasa.
hahahahah yelah sebab beras ni memang kurang kanji dan sangat sesuai untuk penghidap kencing manis.

resepi adalah daripada pengalaman Ai membuat nasi tomato menggunakan beras herbaponni taj mahal:

bahan-bahan:

2 pot beras taj mahal yang dibasuh dan ditoskan airnya
5 pot air
1 pot susu sejat
* Ai guna pot yang sama untuk sukat air dan susu sejat tu*
*sukatan air mengikut jenis beras. kalau beras guna secawan setengah air maka gunakan 1 cawan air dan setengah cawan susu sejat.

sebiji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 kulit kayu manis
2 bunga lawang
3 butir cengkih
4 biji buah pelaga
2 susu besar sos cili/ sos tomato
4 sudu besar pes tomato
sedikit planta dan minyak untuk menumis
garam

cara-cara:

1. panaskan minyak dan planta. pastikan planta tu cair sepenuhnya dalam minyak ye.
2. tumis 4 sekawan tu (kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga) hingga naik bau.
3. masukkan bawang besar dan tumis hingga naik bau.
4. masukkan bwg putih dan halia. tumis hingga naik bau juga.
5. masukkan sos dan pes tomato. kacau.
6. masukkan beras dan kacau 1-2 minit.
7. pindahkan ke dalam peiruk nasi.
8. masukkan air dan susu sejat. kacau bagi rata.
9. boleh tambah garam jika suka.
10. biarkan periuk nasi membuat tugasnya. in between tu kacau juga nasi nak bagi sume beras kena ramuan.
11. bila dah tukar ke keep warm Ai suka buh kismis dan badam.

taraaa.... selain nasi tomato Ai juga buat ayam masak tomato dan jelatah nanas+tomato ceri. nanas tu kutip tepi rumah je. alhamdulillah rezeki ramadhan. Ai buat air cincau untuk minuman

ini nasi goreng semasa bersahur

petang ni terasa nak buat nasi ayam pula. sebab tu Jek suka sangat ramadhan. selain boleh buat banyak pahala, Jek kata boleh rasa macam-macam resepi yang jarang Ai nak buat sewaktu bulan biasa. eh?

0 komen terulung:

Post a Comment