Ikut AiTotYati

19.7.13

ALLAH JEMPUT DIA PULA

bulan lepas Ai ada tulis entry yang Ai kehilangan seorang sahabat baik yang sama2 menuntut di Matrikulasi dalam entry ini

pagi tadi selepas subuh Ai belek2 fb tiba2 nampak status yang ditaggged pada wall arwah. rupanya arwah meninggal kerana serangan sakit jantung. Ai dengan arwah ni kenal gitu2 je sbb satu USM tapi dengan isterinya Ai selalu juga bertegur sapa. kali terakhir Ai jumpa arwah adalah semasa Ai mengikut Jek ke reunion MRSM Balik Pulau pada bulan lepas.

arwah dan isteri masih belum dikurniakan zuriat walau telah bernikah pada Nov 2007. mereka juga TTCians mcm Ai dan Jek. Ai harap semoga isterinya tabah dengan takdir ini. tak dapat Ai bayangkan perasaan isterinya.

kawan-kawan, mohon sedekahkan al_fatihah buat allahyarham Amad Syuhardi b. Kamarudin.

5 comments: