Ikut AiTotYati

28.6.13

BARU 32 TAHUN NAMUN, ALLAH DAH JEMPUT DIA....

salam jumaat buat semua pembaca.

Ai baru sahaja kehilangan seorang sahabat baik pada Sabtu 22/6/13 yang lalu. arwah tak sakit pun.

Ai dan arwah merupakan rakan sekelas semasa matriks di kolej MARA Kulim. namun, masa menjarakkan kami bila masing2 memilih jurusan yang berbeza di USM namun, bila ada masa pasti Ai menjengah arwah di kolej beliau. arwah memang jenis yang suka bergurau. tiap kali lepas bersua pasti perkataan maaf keluar dari mulut arwah. arwah selalu sebut,"kena selalu minta maaf dengan orang. kita taktahu mati bila. ntah2 esok mati ke"

masa arwwah kahwin tahun 2010, Ai tak dapat nak datang. arwah meninggalkan 2 org puteri yg berusia 2tahun dan 2bulan.

entahla, minggu ini Ai rasa agak sedih. maybe sebab dah tak dapat dengar lagi celoteh2 arwah.

di bawah ini Ai pastekan catatan yang ditulis oleh adik arwah.


"Memiliki seorang kakak sebaik kakcik adalah kenangan yang terindah sepanjang hidup ini...... 

Pada 22 Jun 2013, jam 1 pagi, kakcik mengalami sakit kepala yang teruk. Kakcik dibawa ke hospital Ipoh setelah mengalami kekejangan secara tiba-tiba.

Di hospital, doktor memberi painkiller utk mengurangkan sakit kakcik. Kakcik kembali sedar semula. Pada pukul 2 pagi, k.cik sempat menyusukan baby sofea yg berusia 2 bulan buat kali yang terakhir kerana nurse tidak membenarkan baby dibawa masuk ke dalam wad.

Pukul 4 pagi, k.cik sakit lagi. Terlalu sakit dan tiba2 tak sedarkan diri. Doktor memberi bantuan pernafasan (intubated) & ujian ct scan menunjukkan ada pendarahan dalam kepala (spontaneous intracranial bleed). Pembedahan kecemasan dilakukan pada pukul 5 pagi. semasa operasi dijalankan, doktor tak dapat menghentikan pendarahan tersebut. Kami dimaklumkan melalui panggilan telefon bahawa peluang k.cik utk hidup amat tipis. Kakcik dibawa ke ICU. Kadar denyutan jantung kakcik semakin lemah (28-30 bpm) Kami adik beradik bergegas ke hospital ipoh. Perjalanan dari KL-Ipoh terasa jauh sangat.

Tapi kakcik dah tak kuat. Dalam perjalanan ke hospital, aku menerima panggilan telefon. "nur, kakcik dah takda". kakcik pulang menghadap Illahi pada jam 9.30 pagi. Dunia terasa gelap, harapan seakan2 sudah hilang dan aku terasa sakit. Terlalu sakit. Arwah kakcik sangat baik. Aku rapat dengan kakcik. Mak pun cakap, kakcik anak yang baik.

Arwah meninggalkan 2 orang puteri, zara (2 tahun) dan sofea (2 bulan). Arwah tak pernah sakit sebelum ni. Dia menjalani kehidupan macam kita semua. Tapi arwah mengalami sakit kepala sudah seminggu. 2 hari sebelum tu, arwah ada ckp kat aku,


 " nur,pindah la perak, nanti kalau jadi apa2 senang, dekat dengan family" . 
Itu kata2 terakhir dia pada aku. 

Sewaktu dikafankan, sedih hati aku bila zara cakap "mama tidur" "mama cantik tak". 
semasa van jenazah mula bergerak meninggalkan rumah, zara ckp "bye2 mama". 
Ya Allah, macam mana nanti budak2 tu nak membesar tanpa kasih sayang seorang ibu. 
Paling sedih bila sofea terpaksa belajar minum susu formula.

Tapi kami semua redha. Allah lebih sayangkan dia. Kalau kakcik hidup, mungkin dia lumpuh. Kesian kakcik.
( Firman Allah : setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Surah Ali Imran ayat 185). Janji Allah itu pasti.


 Arwah baru lepas berpantang dan masih menyusukan anak. Semoga Allah menghitung amalan kebaikan kakcik.

Pada hari tu, semua orang yang datang menangis sewaktu melihat zara dan sofea yang masih kecil mencium pipi mama buat kali terakhir. zara ckp "mama cantik". 


Kita yang hidup ni kena kuat, janji Allah itu pasti. kita sama2 jaga anak kakcik, beri mereka kasih sayang sepertimana kakcik sayang kita dulu. semoga kita juga bersiap sedia menghimpun amalan kebaikan untuk menghadap Allah yang satu. Kepadaa kawan2 cg Azura Azman, anak murid, dan saudara mara yang hadir, kami sekeluarga mengucapkan terima kasih di atas doa dan kunjungan kalian."


marilah kita sedekahkan al-Fatihah buat rakan Ai, Azura Azman.
semoga allahyarhamah azura azman ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh.

7 comments:

  1. Innalillahi wainna ilaihi rajiun... Smg Allah merahmati roh arwah... Amin...

    ReplyDelete
  2. Tu lah... skrg ni memacam penyakit yg tak boleh di detect dari awal.
    Sedih mengenangkan anak kecik dia..tp Allah lebih mengetahui kan...

    Al-Fatihah utk arwah..

    ReplyDelete
  3. Salam Takziah & AlFatihah untuk arwah.. Kawan adik saya juga meninggal dunia di sebabkan darah beku dalam otak. Tatau apa punca nya sebab dia tak pernah jatuh hatta eksiden melibatkan kepala. Allah swt lebih menyayangi mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tqvm Yana.
      al-fatihah buat kawan adik tu juga

      Delete
  4. Al-fatihah.... Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman....

    ReplyDelete