jiwa gusar, sebab marah yang terpendam.
kisah berlaku siang tadi di kantin tempat keje.
al-kisahnya, Ai dan beberapa orang akak duduk di meja makan. Ai duduk membelakangi dinding. maksudnya dinding berada di belakang Ai le. tempat tu sempit sikit. memang kalau orang nak lalu belakang, Ai kena bangun atau Ai kena tarik kerusi ke depan supaya badan Ai rapat ke meja makan tu.
nak dijadikan cerita, seorang insan yang berbadan dua (pregnant) nak lalu belakang Ai sebab dia nak duduk di meja sebelah meja Ai. jadi tanpa disuruh, Ai segera menarik kerusi Ai ke depan supaya badan Ai rapat ke meja makan agar Ai dapat beri laluan pada dia. sambil tu, Ai tanya pada insan yang berbadan dua (pregnant) tu muat tak dia lalu belakang Ai?
tetiba entah datang mana suara menyampuk,
"ala dia mesti muat punye walau berbadan dua. bukan macam kau (rujuk pada Ai), tak berbadan dua pun tapi tak muat. badan dia macam tu ada hasilnya, badan kau entah bila nak keluar hasil"
Ai tak menjawab pun. Ai teruskan makan sebab dalam hati teringat pesanan kawan-kawan supaya jadilah orang yang sabar.
tapi dalam hati rasa nak menangis.
seronok kot ek mempersendakan insan-insan macam Ai ni ye?
sabar2........ si suara sumbang tu betul x sayang mulut........ akan tiba harinya nanti
ReplyDeleteSalam ti... Dari apa yg Ti cerita ada juga insan yg tak berhati mulia mcm tu.. tak srnsitif dgn kedukaan kita..Sedihnya akak bila ingat Ti.. Sabar ye .. Allah maha mendengar doa hamba2nya.. Jgn tension tau
ReplyDeletekurang hajarnya!
ReplyDeletePlak dari seorang yg kita sanjung dan patut memberikan contoh terbaik utk murid (sekiranya beliau sama profesion dgn Ai)
Tp kalo kena camtu sure kita mcm terkedu kejap. minda tak buleh nak mencerna kata2 dia dan kita mcm takde reaksi nak balas, walo hati kita membuak2 nak marah. Btul tak?
TP bila camtu napak kita da menang sbb kita diam je mcm takde apa berlaku :)
Tahniah Ai!
ramai je yeks org camni kan! sabar yer!
ReplyDelete@iBu...gUru tu lah ibu, sabar je lah. biarkan saje mulut itu terus bersuara.
ReplyDelete-_-"
@Juwita Jamaludin wslm kak. maybe pada dia lawak.
ReplyDeletetq kak atas semangat. semoga akan tiba jua hari saya itu.
@PUANSTOBERI kekda, mmg sama profesion. dia senior.
ReplyDeletemungkin dia tak pernah lalui pengalaman insan2 mcm kita ni lalui makanya kadar sensitivi dan kepekaan tu tiada. dia rasa perkara tu boleh buat lawak.
hati mmg pedih masa tu tapi gagahkan diri juga sbb perut lapao.
hehhe buleh gtu?
@Lady Mira a'ah. semoga kite tidak tergolong dlm org begitu. fikir sebelum berkata-kata.
ReplyDelete:D
yati...suatu hari nanti ada balasan untuk org tu...bnykkan sabar ye dan doa semoga org tersebut sedar akan kesilapannya....aku pelik betul dgn org2 yang mulut celupar mcm tu..
ReplyDeletesabar ye puan, walaupun saya tak kenal puan tapi saya tak suka orang2 sebegitu, anak adalah anugerah dari Ilahi. Dia boleh cakap macam tu sebab dia ada anak tapi dia tak tahu sekelip mata je Tuhan boleh tarik anak2 dia dan andai kata pada waktu tu dia sendiri dah tak mampu untuk mengandung??? Baru dia sedar kerana mulut badan dan hati boleh binasa. Saya bukan mendoakan cuma sebagai iktibar untuk saya dan kita semua. Sesungguhnya dosa kita pada Tuhan kita boleh mohon ampun dengan-Nya tapi kalau dosa kita dengan manusia, tak terampun selagi orang tu tak ampunkan.... Bersabarlah cikgu. ada hikmahnya... Sesungguhnya Allah takkan menguji kita melebihi kemampuan kita...
ReplyDelete@nurzabiasalah dia tak pernah rasa apa yg org2 mcm aku ni rasa makanya dia pun cakap le sesedap rasa...
ReplyDeletehuhuhu
@Ila Adilah tq Ila sudi singgah and baca luahan hati Ai.
ReplyDeletebetul tu Ila, semua nikmat yang kita ada ni pinjaman sahaja. semoga kita akan menjadi insan yg lebih peka dan menghormati insan lain.
Ai redha dengan ujian ini namun kadangkala kesedihan tetap melanda. tapi hidup mesti diteruskan
(^_^)
salam
ReplyDeleteeii... rasa sedih dan terhina dengan kata2 orang tu. Bukan rasa terhina tak ada zuriat.. tapi rasa dia menghina kita seolah2 kita ni... haih.. tak ada kata dapat menggambarkan isi hati ini..
rasanya.. memang awak dah buat respon sepatutnya. Tahniah my dear.. saya percaya.. bila awak diam dia lebih 'tergamam' atau 'tertanya2' tapi teori ni valid kalau orang tu ada perasaan.
Kalau dia buat lagi lepas ni... tak tahulah saya.. rasa macam nak tolong 'jawab'kan aje..
Ya allah.. kejam occay ape yg dituturkan.. org sekeliling takde yg respon ka?
ReplyDeleteAgain.. Allah pilih kita utk jd org yg bersabar. :)
@IrtiyahAi rasa sbb keceluparan mulut2 orang yg kurang peka ni lah menyebabkan insan seperti kita malas nk bercampur dgn manusia lain.
ReplyDeletehuhuhuuhu
@nuriLyang tolong 'cover' Ai takde.
ReplyDeleteyang gelakkan dan mengiyakan ade le.
orang2 kurang peka mmg begitu. huhuuhhu
eh kurang hajar sangat org tuh. geram betol. arghh!!... fuh..kalau kene camnie mmg xleh tahan saba da. patut dilempang aje skali. kurang hajarnye..geram2
ReplyDelete