Ikut AiTotYati

16.7.13

MAMU OH MAMU

malam tadi ke mydin dengan hajat nak bli groceries.
parked kete-masuk-capai groceries-beratur nk bayar - Namun.......

depan kami hanya ada 2 org je tapi kami menunggu 30minit kerana....

kerana apa?

keranamu mamu


ha?

mamu la


awat?


masa mamu dok scan barang orang yang tengah bayar tu kami perasan yang mamu dok keluar-masuk-keluar-masukkan barang. sebab tak scan.

barisan sebelah Ai dah berderet2 org setel tapi yang barisan Ai ni sangatlah menguji kesabaran.

mamu ni dah nampak berusia. rambut putih, pake spek, pake tarbus merah.
2-3 kali juga minta mamu minta bantuan partner sebelahnya tapi mcm acuh tak acuh je layan. tak tahulah sbb mamu byk sgt tanya kot.

Ai ambil peket pro diet (cat food) sebanyak 12 peket. tapi mamu p scan kat kotak tu. so terteralah 24peket. mamu tak tahu camne nak key in. so mamu tanya partner sebelah. partner mcm nak marah.

Ai pun mula2 masa mamu lambat entertain customer Ai macam nak marah tapi Ai kenangkan kalau2lah kita tua2 dilayan begitu, ish tak sanggup rasanya. end up rupanya mamu hanya key in 11 peket instead of 12 peket. mujur Ai check harga. kalau tak sian anak2 bulus Ai mkn mknn yg tak dibayar.

pembeli yang mamu dok keluar-masuk-keluar-masuk brg tu pun datang semula semasa Ai nk buat pembayaran. rupanya brg2 dia pun ada yg tak discan. makcik tu dtg balik sbb tak mahulah makan barg yang tidak dibayar.

masa Ai hulur duit pula then mamu nak pulangkan baki, mamu tertutup semula mesin tunai tu. dah dok tekan2 tak mahu terbuka. kalau tak terbuka macam mana nak pulangkan baki duit Ai? mamu tanya partner sebelah tapi tetap buat taktahu. tak baik betulla. tapi yelah mungkin dah banyak kali sangat mamu dok tanya tu yg dia stress tu.

kesimpulan:
harap mamu tak jadi cashier lagi. mungkin lebih baik ditempatkan utk jaga n susun brg2. tapi mungkin tak diletakkan di bhgn jaga n susun brg2 sebab mamu dah tua?

kesian mamu....

4 comments:

  1. eh, igt maydin tpt saya je ada cashier mcm tu
    agaknya tak training dulu sblum mula kerja
    entahler,mmg menguji kesabaran

    ReplyDelete
  2. aish, kesian mamu... management mydin tu pun, tengok2 la kelayakan org yg jaga cashier tu... competent tak nak buat keje cashier...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btl tu nina.
      Smlm tgk2 juga kot2 ade org buat prank ke. Hihi

      Delete