Ikut AiTotYati

12.7.13

CARA PERBAHARUI LESEN MEMANDU

semalam Ai ke kaunter pos laju bacahang untuk amik parcel. sesambil nak tunggu encik kaunter ambik parcel dari dalam bilik parcel tu Ai sempat la belek lesen memandu. belek punye belek tengok2 lesen dah expired daaaaa


*10/06/2010 - 09/06/2013*

ehhhh lepas tu teringat semalam dah 10/07/2013. aisey rupanya selama ni selama sebulan Ai dok ulang alik dari rumah ke IPTA tanpa lesen yang sah. mujur tak jadi apa2.

jadi selepas Ai ambil parcel Ai terus ke JPJ melaka.
sampai- parked kereta - masuk pintu- tekan nombor.
masa Ai dapat nombor tu ada lagi 13 org tapi perkhidmatan di sini mmg cekap dan pantas.
Ai tunggu dalam 5minit je kot sebab cuma sempat main candy crush saga tu sekali je.

Ai terus bagi lesen yg dah mati, mykad dan sekeping gambar pasport (mujur dlm wallet mmg letak gmbr pasport sendiri).

Ai nak renew untuk 3tahun tapi Puan kaunter bagitahu minggu depan keluar lesen yang baru seperti mykad. so puan kaunter advise untuk renew setahun je. tapi renew setahun tak dapat sebab birthday Ai april so kalau mati tahun depan lesen tak sampai setahun. jadinya lesen Ai akan mati pada april 2015 lah.

oh tadi hanya perlu bayar RM45 sahaja.
setahun rm30 tapi lesen Ai ni dari 11/7/13 hingga april 2015.

lepas ni dah tak lupalah sebab....

ingat birthday, ingat lesen memandu yang mati. hihihihi

2 comments:

  1. hehehhe....kan... i buat 5 tahun terus, pastu set dalam hp reminder bila lesen mati (budget x tukar hp!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi skali hp tukar lg kerap dr lesen memandu.

      Delete