Ikut AiTotYati

11.10.09

PAPADOM & DIALOG ITU LAGI

oleh kerana tadi kami dilanda boredom maka hubby telah suggest utk kami menonton movie. setelah puas mengusha secara online maka hubby mencadangkn utk melihat PAPADOM. nuril jangan risau, rabu ni plan jalan macam dirancang.

oh aku nak bagi 5 bintang pada filem terbaik ini!! memang tak bosan dan kelakar di samping banyak mesej tersirat. mesej ape? nuril hang kena tengok rabu ni. cuma tadi yang mengganggu feel aku ialah 2orang perempuan yang duduk bersebelahan aku tu ketawa mengilai macam pontianak. aku ingatkan aku je rasa macam tu tapi hubby pun same kerana semasa kami menuju ke rumah selepas habis movie itu, hubby mengeluarkan ayat begini,

"abang rasa perempuan sebelah ayang tu tak patutlah. tak patut ketawa macam tu"

apabila hubby aku yang pendiam tapi tegas orangnya itu mengeluarkan butir bicara seperti itu maka memang sahlah 2orang itu mempunyai ketawa yang macam pontianak. sehinggakan semasa menonton tu, lelaki2 yang berada di depan barisan kami turut mengajuk ketawa perempuan2 itu sedangkan pada awalnya lelaki2 itu ketawa biasa2 sahaja. dan nak menambahkan betapa tak patutnya perempuan2 itu ketawa seperti itu kerana status mereka ialah seorang ibu. aku amat terganggu spanjang menonton filem itu kerana perempuan2 itu bukan setakat ketawa tetapi kaki semua bergerak ditambah dengan sifat mereka yang suka nak membuat ulasan. ye mereka mengulas setiap adegan sehingga aku terpaksa memandang ke arah mereka dan berdehem. mujur mereka faham. bak kata hubby, sifat macam tatau adab dalam cinema je. tapi aku rasa macam ye je.

oh bagaimana aku tahu status mereka ibu?

semasa filem dekat2 nak habis, mereka tidak sabar2 hendak keluar dari tempat duduk sedangkan filem belum tamat. oleh kerana kami berada di barisan paling hujung yakni di barisan laluan keluar masuk maka kami terpaksa keluarlah utk memberi laluan kepada mereka. dan salah seoarang daripada lelaii itu memanggil salah seorang itu dengan panggilan ibu. dan apabila telah keluar dapat kulihat jelas muka perempuan2 mengilai itu. mereka membuat pandangan tak puas hati dengan aku tapi aku senyum je pada mereka. hahahahah

oh ye. setelah tiba di rumah maka ada tetamu datang rumah. maka tetamu itu telah mengajak kami pergi beraya ke satu tempat. maka kami pun pergilah. macam biasa aku yang dah ready dengan perisai telah dapat mengagak kata2 yang bakal keluar.

tatkala kami nak beransur pulang dari rumah yang jauh itu, isteri tuan rumah telah berkata,

"ti, selamat hari raya. nak bagi duit raya tapi awak takde anak"

aku senyum aje. aku taulah die baru berusia 31 tahun tapi sudah punyai 5 org anak (yg sulung berada di F1 ~ kamu yang membaca blog ini kiralah pada usia berapa dia beranak). memang dia suka bangga bercerita tentang hal anak2nya apabila bertemu aku tapi aku tak kisah. yelah, dunia dia hanya di rumah sahaja. kadang2 aku fikir org2 seperti itu fikirannya tidak mencapah. duduk dalam umah 4 segi maka fikir pun macam kotak kasut (ayat aku berbaur marahkah? hahahah) .
mujur aku mengantuk maka kubiarkan sahaja ayat jahatnya itu. sudahlah aku tak berapa nak ngam sangat dengan dia. tambah lak bagi ayat macam hampeh. lagilah aku rasa menyesal je ikut tetamu aku tu ke sana.

tujuan aku menulis adalah agar kalian berfikir sebelum berkata2. sekurang-kurangnya jika anda seorang ibu dan punya kawan2 seperti aku maka aku harap sangatlah agar kalian tidak mengeluarkan ayat2 seperti itu. ayat2 yang bisa menyedihkan hati2 kami ini. kalau rasa nak cakap pun telan ajelah. jangan bercakap sebab nak perli2.



5 comments:

  1. en jek mmg ar...
    sajeje tau p ajak pn yati p tgk papadom. huhuhuks!
    nangis sambil tergolek2 makan papedom.

    ReplyDelete
  2. tot,sorry to say but i do think some MELAYU mmg total inconsiderate. ckp pakai tangkap muat aja.

    i do understand ur situation really well. yeah, in my kes. orang ni kalau kat FB cakap bab agama bla bla. tapi dia nampak aku pegang anak kawan2 tulis status 'asik pegang anak orang, bila nak ada anak sendiri'

    ingat calon suami buleh pilih kat rak dalam tesco ke kan?

    semua orang konon selesa ngan ada yg dia ada sampai dia BUTA membaca situasi orang lain.

    ReplyDelete
  3. ku pun tak suke org yg suke wat ayat perli gitu. kekadang manusia ni perli tak tgk2 tempat.
    macam tak ingat plak apa2 yg kita ada tu milik Allah. Allah bg pinjam sementara.
    maafkanlah dia pn ti, bukankah memaafkan itu adalah lebih indah dari terus memikirkan apa yg org lain kata.
    ish aku nk ngomel lebey lg ni.. tapi aku simpan dulu aa dalam blog sendiri

    ReplyDelete
  4. Sabar selagi boleh.. xpun wat tak tau jer.. huu..

    ReplyDelete
  5. salam kawan2,

    nuril~ weh aku nak tengok lagi papadom tu. tak puashati sbb tak fokus psl pompuan ketawa mengilai tu. hihihihi. ya betul semua di dunia pinjaman sementara. hendaklah kita bersyukur sentiasa. at least aku stil dapat tengok papadom kat cinema lagi --> positif tak ayat aku? heheheh

    Miss BumbleBee ~ yup some of them memang cakap sedap mulut je. bak kata eden, duduk dalam umah 4segi maka fikir pun macam dalam kotak kasut. hehehehehe. marilah mari kita bersabar dengan karenah mereka.

    cloudy space ~ ya sabar itu separuh daripada iman. teruskan bersabar, yey!

    ReplyDelete