masa aku update ni jam laptop menunjukkan angka 5:17 am. oleh kerana sudah lama aku biarkan blog ini sepi, aku nak taip sedikit story. hajat di hati nak wat edisi raya tapi nak update cerita semalam dulu.
semalam jumaat jam 8.30am hubby call beritahu yg rakan2 sekerjanya nk dtg beraya lps solat jumaat. aku macam panik jap sbb bukan sorg dua tapi ramai. hubby lak tak cakap ramai tu berapa org cuma dia kata dalam 4-5 kereta. aku panik sebab:
1. takde bahan2 nk masak kt umah.
2. aku sorang je nk memasak segala tambahan lak malam tu kaki aku kejang (well sejak PID aku berulang makn kerap kejang kaki lagi2 if masa kt sekolah aku banyak berjalan).
tapi mujur hubby memberikan idea bernas spy aku masak je spaghetti n beliau berjanji akn menolong aku.
so jam 12.35pm aku tiba di rumah dan mula mengemaslah ape2 yg patut. then hubby call nk tanya aku wat tak puding roti butterscocth tu? resepi di sini ye. aku sebenarnya macam 50-50 nk wat tapi sbb hubby dah call maka aku pun buat. aku tak perlu risau tentang bahan2 nk masak macam bawang segala sbb aku mmg dah ready ade dlm peti gitu. so part kupas2 bwang ni tak perlu risau dah. cuma menanti brg2 hubby bli.
so sesambil aku wat puding roti tu cik nuril pn tiba di rumah. mmg kami cadang hr ni nk beraya sambil bergosip gitu di samping cik nuril serahkan borg utc. aisey tp lain lak jadinya sbb cik nuril tetiba telah bertukar bidang kerja. dia telah membantu aku memotong buah n sosej di samping melayan mulutku pot pet pot pet. kepada cik nuril, weh jangan serik dtg umah aku tau. nanti next week if jadi nk tgk Papadom ajak aku ye :D (aku belanja ye)
maka setelah siap masak maka tibalah rombongan yg dinanti2kan. kembang2 hidungku apabila mendapat pujian drpd kwn2 hubby. yg paling tak tahan tu, ada sorg tu tak perasan aku ddk dlm kelompok mereka. so kwn hubby aku ni cakap dgn kwnnya yg spaghetti aku sedap n nak wat macam yg aku wat. hihihihihi. maka bermulalah episod senyum sampai ke telinga. jadi mmg meriahlah rumahku petang semalam. aku rasa seronok sangat.
bila grup ni dah balik maka ada satu family ni dtglah beraya di rumahku. eh raya kan rumah kita sentiasa terbuka. isteri org itu bergelar u******. jadi aku anggap tentulah dia tidak laser spt insan2 biasa gitu (ini pendapat aku yer). sbb ape aku kata gitu, masa dia nk balik so tentulah saling bermaaf-maafan kan? tetiba u****** ni pegang perut aku sambil tanya,
"bila nak ada isi ni?"
aku macam sedikit tersentaklah sbb aku tahu anak dia ada 6 org (sume dibawa beraya sama). tapi dia tak berhak nak sentuh2 perut aku. tambahan pula ini baru pertama kali aku berjumpa dia. namun aku tak cepat melatah. aku jawab balik,
"U****** tolonglah doakan sekali. saya memang setiap kali lepas solat mohon. mana tahu doa u****** makbul."
tapi dia taknak mengalah. dia fire aku dengan ayat ni,
"eh, kita mmg keturunan banyak anak. memang semulajadi"
bila si U****** tu kata gitu, aku rasa macam dia nak kata keturunan kami mandulkah? yg aku faham macam dia cakap macam tu le (ke aku yg emo so dah salah faham?) oh ku balas lagi,
"samalah kita. saya pun dari keturunan banyak anak. adik beradik mak saya 10 orang. adik beradik saya 6 orang. adik beradik suami saya pula 5 orang. adik beradik mak suami saya pun 5 orang. tapi belum rezeki sayalah U******".
lega rasanya dapat membalas semula walaupun dalam nada gelak2 ketawa. aku nampak muka dia macam muka tak best. biarlah. sape suruh suka2 hati pegang perut aku!
Apabila semua tetamu sudah pulang maka hubby pn berkemas. bila aku usha toilet tetamu, ada pulak pampers. tu dari si u****** tu le. bukan jauh pun tong sampah dengan toilet tu. buleh lak dia letak pampers kat atas sinki toilet tu. klu letak kt lantai or atas baldi tu ampun lagi.
cukup2 mengumpat orang dah. nk g solat subuh.
Salam
ReplyDeleteingat aku sorang je pantang orang pegang perut dan refer bab anak. Huhuhu.
Kalau aku ler... last minute kena serbu rumah macam tu pengsan terus. I pun nak bland bawang2 siap2 la. Hehehe dulu pernah buat, memang senang.
Sesambil tengok tv tu... boleh la tangan kupas bawang ek.
Nak tanya, yati simpan dekat freezer ke bahagian bawah tu?
salam irtiyah,
ReplyDeleteyela mana buleh suka2 hati pegang perut kite. ish geli i tau. hahahaha
oh bawang tu letak kt bahagian bawah. yang penting kena pastikan simpan dlm bekas bertutup rapat. then masa nak gunakan bawang tu mesti ambil guna sudu bersih utk elakkan tercemar (wah ayat saintifik betul. hihihih) Insyaalllah bawang tahan lama.
pst.
ReplyDeleteactually i kinda notice the awkward moment. poor u sampai terase..
aku yg kat situ terdgr pun feel a bit offend occay!
but no worry fren, u reply it gracefully! make me thought at first that u wont hurt at all.. but deep down only Allah knows.
Sabar my dear fren. Allah bersama org2 yg bersabar.
err. just to let u know.
ReplyDeleteaku baru saje khatam DH yg ku copy.
eheks!
ops before i forget,
seriously beb, spageti ko nyummy!
err tu yg i TERtambah brape kali.
ehehks
nuril,
ReplyDeletejadi tak plan nak ber PApadom? hubby ku dah bagi green lite. hehehe
yummy pasal ko pun tolong aku sekali beb. lenkali kite wat mkn2 lagi ek. tak sabar ku nak hidang pecal :D
tq 4 ur advice. lelama aku dah makin pandai nak balas pertanyaan orang2 sekeliling. hehehehehe