"abang, abang, ade rasa gegaran tak?"
aku lontarkan pertanyaan tatkala hubby melintasi ruang tamu hendak ke dapur. mentang2 hubby i saiz giant sesuka je nak tuduh dia yang menyebabkan sofa yang kududuk berbergoyang.
"takde" pendek je hubby jawab.
aku tak puas hati. kubetulkan kedudukan badan di atas sofa dan sekali lagi rasa serba tak kena. aku rasa lagi sekali gegaran. aku tertanya-tanya. lalu aku mendapat satu idea yang bernas. aku menjenguk ke luar tingkap. aku dapat melihat penghuni pangsapuri yg bertentangan dengan perumahan kami keluar dari rumah masing2.
"masyaallah, gegarankah?" aku memikirkan pelbagai kemungkinan. aku berdoa supaya dijauhkanlah segala mala petaka.
tetiba hubby aku melaung dri dalam bilik keje beliau.
aku yang agak2 malas pun menuju ke biliknya. (malas tu bukan ape sebab tengah stand by nak tengok hope n faith cerita fevret aku yg dah ulang banyak kali tuh)
"ayang tengok ni. ade gegaran," hubby cakap sambil dok tunjuk pada printer canon MP140 nya yang terletak di atas meja komputer dia yang sedang menjalankan kerja2 mencetak. memangle bergoyang2 printer tu dan bergegarlah meja pc die tu.
wahhhh aku ape lagi. naik hantu le!!! terus je aku piat telinga die dan larikkkkkkkkkkk. larikkkkkk selamatkan diri sendiri. hahahahaha. (gelak jahat sikit). padan muka memain lak die (abang selamat hari raya maaf zahir batin eh :P).
dan pagi tadi aku dengar berita di hot fm yang sumatera dilanda gegaran berukuran 7.9 skla ritcher.
marilah kita sama2 berdo agar malaysia dijauhkan dari segala bencana dan aman damai.
dan kita hendaklah sentiasa bersyukur. ingat, jangan sesekali leka. jika saya leka ingatkan saya eh? :D
salam
ReplyDeletekalau nak tau betul ada gegaran tak, tengok air dalam gelas. biasanya nampak kocakannya. tapi pastikan gelas tu tak duk sebelah printer hehehe
sama2 la kita ingat mengingatkan. insyaAllah. cuma jangan cepat terasa dengan saya. saya tak pandai sangat berbahasa