"ok amirul hakim, sila jawab soalan no 37," ayat perintah dari aku utk si amirul.
maka amirul hakim pun mula melaksanakan misi mengikut ayat perintah aku.
"rajah 5 di atas menunjukkan bla bla bla bla bla. apakah bla bla bla.......?"
"ok apa yang jawapan kamu?" aku tanya dia. serius tau.
"errrrr.. BIARLAH RAHSIA, cikgu," muka hensem selamba tak bersalah macam kucing dalam cerita Shrek tu. muka bajet comel le.
aduyai.... pandai betullah pelajar aku ni nak bagi aku gelak. aku memang tak boleh nak kontrol garang lagi. haduih haduih sumpah gelak besar termasuklah pelajar-pelajar lain.
maka aku nasihatkan dia,
"dalam exam SPM nanti awak tak boleh berahsia tau. semua jawapan harus ditulis dengan jelas, nyata dan terang," khutbah pagi Isnin nak bermula. tapi aku bukan dalam mood nak bercakap panjang.
itu secebis kisah pagi isnin tadi sebab perhimpunan dibatalkan maka kena masuk ke kelas 5KFL menggantikan jumaat yang akan diadakan perhimpunan.
SPM lagi 023 hari. bukan 123 atau 223 atau 323. tapi macam biasalah, pelajar2 aku tetap rileks dan kontrol macho.
salam
ReplyDeletestudents kita memang cool. Tak de tanda2 demam exam. cikgu2nye yang susah hati.
haaa betul betul betul tu
ReplyDelete