baru rasa lapang sikit dan ada mood nak menaip. adalah lebih baik merakamkan kenangan raya di dalam blogku ini. dah stat le ayat poyo aku :P
kami pulang ke kampung sehari sebelum hari raya. oh itu hari sabtu(190909) jam 8.45am. hubby tetapkan masa keluar rumah jam 9 pagi jadi aku berjaya menyiapkan diri beserta barang lebih awal (Vangga gile- eh sempena deepavali bangga jadi vangga plak). alhamdulillah perjalanan kami lancar. cuma laluan menghala ke selatan yg padat. memang berderet le kereta.
kami tiba di rumah ibuku selepas solat zohor. wah mmg meriahlah semua adik beradik dapat berkumpul (along je lambat, lepas asar baru dia tiba). maka seperti biasa selaku anak perempuan sulung yg menjadi harapan bonda ketika di dapur, aku meneruskan misi. tapi bonda sudah beri amaran awal2. jangan paksa diri. sebab bonda tau keadaan diri aku yg kurang mengizinkan. oleh kerana aku telah "beraya awal" maka aku mendapat tugas khas sebagai tukang rasa. menu bonda ialah daging masak manis, ayam percik, sambal satay, su'un dan lain-lain. . hihihihi. semua kerja memasak berjaya dibereskan sebelum maghrib dan aku lega kerana sekurang-kurangnya bonda tidaklah kelamkabut mengemas seorang diri. tapi dengan adanya aku takdelah bonda terlalu penat kan?)
so selepas selesai solat maghrib kami pun menuju ke rumah mertua ku yg terletak kira-kira 20 minit jika kereta dipandu 70km/j. sesampai di rumah mertua, kulihat kereta makcik dan pakcikku ada sekali. oh mereka merayakan aidilfitri di sini kerana opah hubby dijaga oleh mertuaku.
sampai sahaja hubby mula melaksanakan tugas memasukkan beras dalam kelonsong ketupat. aku yg dah separa sedar @ mamai pun join the grouplah. hubby takpelah dia segar bugar sbb kt rumah bonda aku dia dah tidur. bila jam dah cecah ke 11pm lebih aku minta izin hubby nak tidur. dah tak larat tahap gaban dah.
RAYA 1:
pagi raya semua org bersiap2 nk ke masjid. aku rileks je jadi tukang cuci. hahahaha. lepas dah selesai maka sesi bermaaf-maafan pun berlangsung. tapi sebelum bermaaf-maafan ayah buat tahlil utk arwah atuk n opah yg telah tiada.
semasa tahlil baru nk mula aku dapat mesej dari adik aku yg mereka akan mula bersalam-salaman. laaa awal la plak kali ni abah wat sesi bermaaf-maafan. aku balas mesej yg akan tiba lagi 15 minit. so after habis sesi di rumah mertua kami bergegas balik ke rumah mak abah ku tapi hampa. mereka telah habis sesi bermaaf-maafan itu termnasuklah sesi penggambaran. sudahnya tahun ni takdelah muka kami dalam gambar raya 1family. hampa hampa. nak kumpul lagi macam tu kena tunggu 2tahun lagilah! itupun jika umur panjang. hmmmmmmm (nada kecewa ye)
kemudian macam biasalah menuju ke rumah mbah Wo, bokde mah dan paman as. sesi petang kawanku datang dan kami borak panjang sehingga jam 6ptg.
RAYA 2:
aktiviti kunjung mengunjungi diteruskan. pagi2 lagi kami telah bergerak ke kampung mak di perak. sebelum itu singgah di pasar membeli barang basah krn biasanya kami akan memasak di rumah mbah. harus la msk kerana kami ke cna 3 kereta. setelah selesai makan n solat kami teruskan lagi aktiviti kunjung mengunjungi sanak saudara. dan kami tiba di rumah selepas waktu isyak.
dah cukup cukup. mood nak main happy aquarium di facebook muncul kembali. tata
0 komen terulung:
Post a Comment