Ikut AiTotYati

18.10.09

KENAPA?

mak budak: sebenarnya cikgu, kami berdua ni baru je ok dari masalah besar (sambil peluk anak dia)
aku : gulp... baru lepas gaduh dengan anak ke? --> dalam hati je aku monolog ni). kenapa puan?
mak budak : errr... sebenarnya kami baru je ditinggalkan suami saya. baru 7 hari.

aku terkesima kejap sambil fikir rasanya takde info tentang ayah pelajar yang meninggal dalam 2minggu ni. so aku tanya dia lagi.

aku: kenapa dengan suami akak ye? (apelah lembab betul otak aku ni?)
mak budak: sambil menahan airmata yang bergenang di mata. suami saya baru je lepaskan saya. anak saya ni jadi saksi cikgu. takpelah cikgu, dia dah seronok dengan bini baru. padahal dulu masa nak naik sama2 susah. bila dah senang macam ni dia buat pada saya.


itu adalah secebis kisah yang berlaku pada program titian emas ke-3. program ini ialah hari ibubapa bertemu guru. ibubapa kena datang utk sign report kad n amik kertas soalan pelajar. walaupun akak itu baru sahaja diceraikan dengan suaminya tapi dia nampak hepi (well jauh di sudut hati dia siapa tahu kan?). akak ni tiba jam 6.30 petang. masa tu aku di makmal siber dah kemas2 barang nak pulang ke rumah (aku langsung tak pulang ke rumah selepas habis waktu sekolah. stayback dgn akuza wat open house makmal siber. so haruslah badan aku dah melekit macam gam cap gajah -->weh aku tipulah tang gam cap gajah tu)

sebenarnya aku dah lama nak buat entri mengenai lelaki seperti itu. maksud aku, lelaki yang masih nak cari makan di luar walaupun sudah beristeri. lelaki yang tinggalkan isterinya setelah dia merasa senang. lelaki yang masih mencari hiburan luar walau isteri baik bagai malaikat. lelaki yang suka nak main2 dengan perempuan lain walau sudah punyai kekasih hati yang setia. lelaki yang masih nak mengganggu anak dara orang walaupun anak dara orang itu sudah tak beri respon. semua pun pasal lelaki yang tak faham bahasa ataupun sengaja buat2 tak faham.

aku cukup simpati dengan akak itu. bayangkan mentee aku (anak akak tu) akan menghadapi spm lagi 35 hari lagi. tapi aku lihat mereka sebagai pasangan ibu-anak yang saling memberi sokongan. akak tu siap pesan pada aku jangan sesekali berhenti kerja. sekarang mungkin suami sayang.... esok lusa kita belum tahu ketentuan Tuhan. wallahua'lam.

selama aku hidup 28 tahun atas muka bumi ni mmg banyak kes yang aku dengar dan lihat dengan mataku sendiri. kes2 yang menimpa kepada orang2 yang terdekat dengan aku.

*iklan jap ---> aku rasa nak sumbat kasut dlam mulut kawan2 jiran depan rumah yang gelak macam pontianak tu. tahulah buat openhouse tapi korang buleh tak gelak bersopan? now is 2329. dah nak tengah malam. hormatilah orang lain!!!! esok nak keje camne aku nak tidur? ok ok aku tak keje hubby aku keje. sok sekolah aku cuti lagi. --> ok iklan habis.

aku kaum hawa jadi aku memang tak faham kenapa mesti lelaki suka2 nak tinggalkan isteri dia bila dah senang? kenapa? kenapa? kenapa? memanglah dah takdir akak tu begitu tapi mengapa mesti sifat lelaki macam tu? dan kadang2 pun aku kurang nak faham dengan perempuan yang masih nak menggatal dengan suami orang? dan sanggup menjadi orang ketiga dalam hidup pasangn suami isteri itu? tidakkah perempuan itu merasa kasihan dengan kaum yang sejenisnya? buleh tak jangn fikirkan soal hati sendiri sehingga terlupa dengan perasaaan kaum sejenis? buleh tak fikirkan perasaan kamu jika ayah kamu yang tinggalkan ibu kamu begitu? yelah mungkin kamu kata dah takdir dirinya berkahwin denga laki orang tapi bak kata kawan aku,

"aku rela jadi andalusia daripada menjahankam masjid orang lain"

lerrr tatau maksud andalusia? anak dara lanjut usialah.

iyelah hidup tak menarik pula jika semua orang skima. tapi aku harap lelaki2 yang sudah punya isteri tak perlulah cari makan luar (paham ka?). kasihanilah isteri kamu yang selama ini begitu setia dan sentiasa berada dengan kamu di saat kamu senang & susah. fokuslah pada isteri & anak2 kamu. usah ditambah masalah yang sudah sedai ada. Tuhan beri akal fikiran untuk berfikir. fikir dan buatlah yang terbaik.

3 comments:

  1. Salam

    ada iklan tuh..

    1. setuju sangat yang kita kena bersiap sedia dengan apa sahaja kemungkinan.

    2. saya pun ada nampak kisah sekeliling saya. Kesian.

    3. manusia mudah alpa. fikir utk saat semasa sahaja. Segala jerit perih dulu-dulu biasanya lenyap dengan senyuman si manis depan mata. [tak semua]

    4. Semoga Allah tak beri ujian yang berat seperti ni kepada kita.

    5. Semoga yang menghadapinya semakin dekat padaNya bukan semakin jauh.

    6. Saya pun hadapi macam2 kisah masalah keluarga bila buat pertemuan begini. Sampai kisah mak bapak dulu kahwin lari pun keluar.. adoiii. Habis sesi rasa ting tong kepala dengar masalah orang.

    ReplyDelete
  2. ku menetag entry ini utk entry blog aku.
    heheh

    ReplyDelete
  3. salam,

    irtiyah~ iyelah jadi pengajaran & teladan.

    nuril~ sila2 tag. takde masalah.

    ReplyDelete