Ikut AiTotYati

30.9.09

ORANG BAGI TAHI, KITA BAGI BUNGA LAH!!!

yer.. itu prinsip yg nampak macam aku seorang loser.tapi bukankah itu lebih baik daripada menimbulkan perkelahian? bukankah begitu? hari ini berlaku satu pergaduhan di sekolah. kerana tidak punya kesabaran, giginya hilang.

bukan...bukan.. bukan aku yang tidak punya kesabaran tetapi pelajar aku. tau2 jelah kan kelas i tu ramai sangat jantan.. eh lelaki. kisahnya begini.

9.30am: loceng berbunyi menandakan P&P telah tamat. aku memang tiada P&P waktu tu tapi sudah ready di makmal sains menunggu pelajar kelas 5BB naik dari kelas mereka yang terletak di tingkat bawah. 5minit berlalu. bukan 5 tapi hampir ke 10minit. aku ni pantang orang yang tak tepati masa. jadi aku berdiri di tangga sambil mengadap kelas 5BB sambil menunjukkan jam tangan aku ke arah pelajar klas tersebut. mereka nampak aku tapi tak dapat nak keluar krn pada masa itu guru BI mereka belum keluar. so aku naik semula dan kembali duduk di makmal sains.

9.40am: pelajar2 mula masuk ke makmal sains. sedang aku fokus tenung muka pelajar satu persatu sambil melihat buku2 nota mereka berlaku kekecohan di luar. aku yg tak sedap hati meluru keluar. tompokan darah di atas lantai menyambut kedatangan aku. mujur aku bukan jenis yg panik atau takut darah. aku lihat hakimi sedang berusaha menutup hidungnya dengan sapu tangan. darah tak henti2 menitis keluar. aku tanya zarul & zakhwan yg mmg bestfriend hakimie. mereka menyatakan bahawa hakimi tersadung anak tangga. aku tau mesti ada yg tak kena.

"tersadung anak tangga cikgu, " kata zakwan

"awak bagitau betul2, ni bukan jatuh tangga ni. ni kes lain ni," aku menduga.

aku lihat muka zarul & zakwan kelat. aku arahkan mereka bawa hakimi ke tandas utk menghentikan pendarahan sementara aku menelefon pejabat bertanyakan tentang driver utk menghantar pelajar ke klinik. aku tidak buleh tinggalkan kelas tanpa pengawasan tapi aku terpaksa. aku tinggalkan mereka dengan seorang guru lain. manakala aku menuruti 3 sekawan itu ke tandas lelaki.

pening kepala aku masa nak masuk dalam tandas tu. bau hancing mak oiiiii tak tahan eden. ape tak basuh ka mereka ni?

di situ aku tanyakan perkara yang sebenar pada hakimi. akhirnya hakimi mengaku bahawa dia ditumbuk oleh asyraf. aku tau si asyraf ni mmg baran sikit. nakal tapi sejak nak hampir dgn spm ni dah insaf nampaknya.

aku minta 3sekawan pergi ke pejabat setelah pendarahan berhenti. kebetulan di situ pengetua sedang berada di kaunter. aduyaiiiiiii aku la plak yg nak kena menjwab. maka pengetua pun menyoal siasat hakimi sementara aku kembali semula ke makmal sains utk memanggil asyraf.

semasa menuju ke pejabat aku tanya pada asyraf sebab musabab die tumbuk hakimi. asyraf beritahu aku yg hakimi mengejek nama ayah die. nama ayah asyraf ialah baharam. rupanya hakimi tulis nama ayah asyraf dalam esei BI dia sebagai baharam b. haram. aku baca esei tu. ayat lebih kurang gini bunyinya,

"her husband's name is baharam bin haram".

alahai... kerana 2 perkataan itu patah gigi hakimi. dan aku pasti mereka berdua bakal digantung sekolah. aku sempat nasihatkan asyraf supaya berfikir sebelum bertindak. tadi HEM telah memfotostat esei hakimi utk dijadikan bahan bukti. pada pendapat aku, kedua-dua pelajar pun salah. hakimi ejek nama bapak asyraf, yang si asyraf lak tak sabar gi tumbuk hakimi. kan dua-dua dah susah!

akhirnya pelajar2 5BB tak belajar tadi. aku masuk semula ke makmal sains 5minit sebelum masa rehat. jadi aku sempatlah menasihati pelajr2 yang lain supaya BAGILAH BUNGA PADA ORANG YANG BAGI KITA TAHI. BERSABAR TIDAK BERMAKNA KITA LEMAH TETAPI ITULAH MANUSIA YANG PALING KUAT.

dan aku sempat lagi berseloroh dengan mereka,

"ok isnin minggu depan saya nak kamu semua siapkan bahagian B kertas 2 applied science. jika tidak saya tumbuk kamu,"

hahahahahhohohohohohihihihihihhuhuhuhuhuhheheheheheheh pelajar gelak nak pecah perut.

0 komen terulung:

Post a Comment