hari ini mood aku tak berapa nak elok. aku kena masuk kelas pengurusan stresslah !!!
mujur raya hari tu aku raya sakan jadi stat je keje semalam memang satu persatu kerja mula menimpa kepala otak aku. sudahla,h cakap pasal keje memang tak habis sampai mati. eh tapi klu dah mati pun kita akan dikerjakan oleh malaikat tau (meremang bulu roma aku)
stat semalam aku mula wat revision dengan pelajar2, so aku bagi mereka trial paper dari sm teknik lain2 zon. so minggu ni turn sm teknik zon utara. jadi tadi setelah kertsa diedarkan aku bagi tempoh pada pelajar utk siapkan dalam kelas. dimulakan dengan kertas 1 aku bagi masa 40minit utk 40 soalan objektif (real exam paper1 perlu disiapkan dalam masa 1jam 15minit).
aku ajar kelas 5 auto (ala yang sume boys tu) dalam makmal siber. sebab pada pendapat aku nk kasi keselesaan pd pelajar (ber aircond dan jauh dari gangguan kelas2 lain). tapi lain jadinya sebab ada 3org amik kesempatan on pc. aku dah bagi amaran utk mereka shut down tapi ade yg tegar (ko ingat penagih je ke yg tegar?) bila aku round mereka off monitor tapi mouse stil menyala (pc guna mouse yg ade lampu kaler2 tu). aku bg amaran lagi. suh shut down. masuk kali ketiga amaran tidak diendahkan maka aku tanpa rasa bersalah datang ke arah 3makhluk tu - fareeq hillan, hazim dengan israq. aku terus berjalan ke arah mereka, on monitor mereka dan terpapar myspace. tanpa rasa bersalah aku bagi penampar. a'ah aku tampar pipi kiri mereka. tak kuat mana pun. cukup utk amaran dan pengajaran pada yang lain2. sebab selama ni aku tak pernah nak garang2 maka hari ni aku garanglah. so sebagai hukumannya mereka tak boleh masuk ke makmal siber lagi. bukan mereka malah satu kelas aku hukum begitu. rasakan!!! tapi hati aku panas kejap je. sebab bila mereka nak meninggalkan kelas, boleh dikatakan satu kelas ucapkan,
"selamat hari raya cikgu, kami minta maaf zahir & batin"
aku wat dek aje. malas nak layan sebab hormon aku tak betul. nanti ntah ape2 ntah aku bebel.
itu kelas pertama aku masuk. masa nak stat masuk ke kelas yg kedua (5kfl) aku decided taknak buat di makmal siber lagi. so aku arahkan mereka masuk ke makmal sains. masa di makmal sains aku ke bilik persediaan makmal sains sebab nak ambil kertas trial pelajar 5kfl. tapi tetiba ada makhluk Allah ni bagi dialog,
"bulatttttttt"
pada masa tu aku cuma angkat kepala tanpa niat nak menjawab panggilan itu hanya memandang ke arah mereka sahaja.
tetiba makhluk tu kata,
" eh eh perasan dia bulatttttt" sambil makhluk2 tu ketawa macam setan!!!
bagi aku, memang sangat kurang ajar. dahle baru posting n kenal aku pun tak sampai setahun dan takdelah kamceng sangat manapun. tetiba panggil aku macam tu. dahle die tu lebih muda daripada aku. aku yang memang tengah panas hati campur hormon tak betul (tengok salahkan hormon lagi) terus je menjawab,
"kenapa panggil akak macam tu? mak abah akak bagi nama ye. kamu sangatlah tidak berbudi bahasa dan kurang ajar! "
aku membalas sambil pandang tepat ke arah mukanya dan berlalu pergi.
nak aje aku sambung bahawasanya jika aku bulatt dia tu ape? mungkin gedempol buleh kot panggil die. sebab saiz die lagi berganda2 dari aku padahal belum kahwin lagi tu. aku takpelah kot bulat lepas kahwin. tapi aku taknak sakitkan hati orang. cakap dia kurang ajar pun dah wat die terkesima. harap die muhasabah diri dan jaga tutur kata ye.
0 komen terulung:
Post a Comment