Ikut AiTotYati

2.9.09

PUDING ROTI MARBLE BUTTERSCOTCH

sudah 12 ramdahan tapi kira hari ini hari pertama aku puasa kembali eh. raya nanti wajiblah aku ganti pasal puasa itu. cukup pasal ganti puasa. titik

mulai minggu ini nampaknya aku akan kerap blogginglah sebab hubby sudah temui cinta-hati-baru (uwaaaaaa). bukan ape yg kamu fikirkanlah!!!

di tv2 ada cerita police story A, eh police story. apa2lah labu aku pun tak pasti tajuknya. so lcd plasma kami sudah dicop oleh hubby. oleh kerana aku isterinya yg taat setia maka aku takmo gaduh2 nak rampas RC astro dr hubby. biarkan sahaja di situ. biasanya 6.30pm begini aku tonton hope & faith di 711 tapi nampaknya aku just akan hope lah nak tengok hope tuh. hihihihihi

jam 6.4opm tadi aku dah siap memasak. iyeee aku memang express rakyat. tak perlu kopek2 bawang. bwg2 segala dah aku blend siap2 n duduk dalam peti (wanita bekerjaya harus bijak- kerja2 gak- perut hubby mau jaga looooo- biar buncit supaya tak buleh mengorat - weh apekah?) ~abang buat2 tak baca eh perenggan nih :D

oh lupa lak. menu hari ini ialah:
puding roti marble butterscotch (resepi puding roti itu aku ambil dr blog kwn kpd kwn aku (search saje di internet puding roti marble - ada blogspot tu akak tu punyelah tu- akak tima kasih ye!!!) tapi aku guna roti gardenia butterscotch - haruslah sedap lemak meggemukkan ~ sebab aku tak turun2 even dalam bln puasa. nah amik menu ni. aku ade tukar sikit2.

Bahan-bahan ( satu loyang- aku guna saiz 18 cm, tinggi loyang 5cm )

* 4 keping roti (aku guna roti butterscotch)
* 2 biji telur nutriplus yg harge RM 3.45 tuh
* 1/2 cawan susu pekat myrasa bli kt Mydin ~
* 1/2 tin susu cair~ aku paksa hubby bli kt kedai kah Kah psl aku lupa nk beli kt JJ tadi
*10 gram serbuk agar2 jenama Agga aku bli kt JJ harga RM2
* 1/2 cawan gula - aku agak2 je tadi. hehehe
* 2 sudu besar butter ~ aku guna buttercup
* 3 1/2 cawan air~ tak suam tak sejuk ye
* 2 sudu besar serbuk koko vochelle

Cara-cara (tang cara2 ni aku follow sama)

1. Didihkan 3 cwn air, serbuk agar2 & gula ke dalam periuk.
2. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan baki air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
3. Masukkan butter dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko. kacau cepat2!
5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
6. Dah siap bolehlah disimpan dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dimakan ketika sejuk!

okey selain itu, menu hr ni ialah kerang rebus yg aku bli rege RM2 di JJ kasi lawan dengan sambal kicap dan yg best sekali ialah sambal tumis ikan bilis. weh sambal tumis ikan bilis ni resepi dari mak aku. sonang ajo weh. aku berbesar hati kongsi dgn kamu.

resepi ikan bilis tumis gaya mak aku
200g ikan bilis (agak2 segenggam tgn. klu tgn kamu besar, nasible buleh genggam byk2. hihihih)
10 cili padi (ikut kepedasan)
2 bj bwg putih dan 2bj bwg merah.
sume bahan tu tumbuk tapi jgn lumat tau! blender tak boleh nanti tak kick!!

kemudian panaskan minyak dalam kuali cukp2 utk menumis.
bila minyak dah panas campakkkan (kejamnye perkataan) bahan2 yg dah ditumbuk tadi.
agak2 dah naik bau masukkan garam dan gula secukp rasa.
masak hingga bau bilis terhidu (guna ikan bilis memangle bau bilis mek oiiii)
siap dan ready utk mkn (tunggu bukalah)

selain mkn dgn nasi buleh juga mkn dgn roti termasuklah roti butterscotch tuh!! buleh simpan sebab tahan lama sesuai utk makhluk tak dapat nak puasa tapi malas nak makan ape so nk mkn roti je cicah sambal bilis ni.



oh tadi selepas balik dari sekolah jam 1.40pm (aku minta balik awal kerana ada hal) aku ke JJ setelah hal aku itu beres. objektif ke JJ ialah:
1.tukar bateri jam tangan
2. beli sticky glue (ada glue tak stick ke?), comb binding, plastik lutsinar.
3. beli lauk utk buka pose ptg ini (aku tatau ape lagi nk bli masa tuh)
4. cuci mata (wah apakah mengapakah? )

so aku masuk ke kedai jam chain city. oh tiada perkhidmatan tukar bateri bg jam aku. yelah jam murah je cap buaya yg nganga tu (sayang tu sbb jam hantaran kahwin- smlm jam hubby yg habis bateri- bbrp jam kemudian jam aku. dah 2kali kejadian yg sama berlaku~ oh menunjukkan kami sehati sejiwa-perasan!)
aku pergi ke bhgn jam berdekatan eskalator. oh di situ ada tapi terbang RM15. mahal betul!!! atau akukah yg kedekut? takpelah, kos bateri jam tu ddk dlm aircond, lampu cantik segala maka haruslah mahal kan, kan, kan?

jadi setelah itu aku bergegas ke popular cari brg2 dlm objektif kedua tuh. masa aku tgh carik plastik cover tuh, aku terus ke bhgn belakang kedai. dan itu dia!! jeng jeng jeng. drama agak2 suam pd hari ini. sepsg kekasih gelap sedang merendak. mengucap kejap aku. bukan ape. aku tak pk pun kt kedai ni ade masa depa nak ringan2 gurau senda. apabila depa menyedari kehadiran aku depa buat2 duduk kt kerusi mcm tangga yg sering digunakan utk kita mencapai buku2 yg tinggi2. aisey, depa pi duduk bersandar kt pigeon holes yg aku nk cari plastik cover binding tu pulak. so aku pn carik le kt area2 sebealh depa dengan harapan depa akan bangun atau beredar. aku buat2 mencari. tapi tetap tak blah. sabar sabar...
1



2



3


4


5

aku kira dalam hati dan aku dah fedup tunggu depa bangun aku pn cakap dengan sopan santun penuh budi bahasa (budi bahasa budaya kite ye) pd mereka,

"excuse me, could u please....." aku tak sempat habiskan ayat tapi 2 org budak mata sepet itu terangguk2 tersenyum2 malu kucing gatal dan barulah mereka blah. ish org mcm tu pun ade ke? baru nak faham aku nak carik barang kt situ ke? aduyai lembab betullah. elok2 aku buleh masuk kedai-amik barang-bayar dan blah tapi aku tersadai jap kt situ.



----proses menaip dihentikan seketika kerana aku berbuka puasa-----



okes dah buka puasa dan puding roti tu dah separuh loyang kami makan (a'ah kami memang pemakan orangnye ~ haruslah kami rendang dan segar bugar :P)
nasi juga habis seperiuk. weh seperiuk? a'ah seperiuk. tadi aku masak 1 1/2 pot. licin. kan aku dah cakap sambal ikan bilis gaya mak aku plus kerang rebus plus sambal kicap tu mmg sedap!!!! lupa lak, sayur kami mkn tomato jepun yg comel2 tuh. bli kt JJ gak rege rm2.50 utk 200g. (asyik promote JJ je kan?)

ok malam ini harus masak nasi lagi. okey2 nk g solat dah. titik (hubby ku sudah melaung itu!!)

4 comments:

  1. salam

    1. saya pernah tukar [err apakah nama bagi bahagian cermin mata yang plastik dan duduk atas hidung? berfungsi meletakkan cermin mata betul atas hidung?] dengan harga lima ringgit sepasang. Sedangkan aku dapat merasai aura yang barang itu second hand. iskh!

    2. 2 orang budak sepet tu tak faham bahasa isyarat sebab otak diorang telah dipebuhi dengan debu-debu noda yang terbantut dek kehadiranmu itu.

    3. perkataan baru yang menarik =pemakan. seorang yang paling rapat dengan saya mengatakan dia seorang =penyeyum [orang yg suka tersenyum].

    4. hahahhaha

    ReplyDelete
  2. cak!
    lapor aa bace entry food pagi2. ops kantoi aku jengok blog ko pepagi. lalala...

    ReplyDelete
  3. ops. ku nak bgtau gak.
    aku pun penggemar roti butterscotch yg lemak lazat itu.
    lalalaa

    ReplyDelete
  4. salam.

    irtiyah~ ya betul!

    ayanli run~ wah klu begitu buleh ku buat utk kamu ya. cewah

    ReplyDelete