Ikut AiTotYati

28.9.09

LAGI - LAGI DIALOG ANAK

patut keluar edisi raya 1 tapi panjang pula jika mahu meneruskan penulisan maka aku cuma nak share 2 dialog yang dicetuskan oleh orang-orang yang super senior semasa proses ziarah menziarahi tempoh hari.

senior 1 : kamu ni kenapa tak beranak-beranak lagi? nanti dah tua susah nak mengandung!!
senior 2 : bila lagi nak nak timang anak? kahwin dah nak masuk 4 tahun. tunggu lama-lama buat
ape?

itu 2 dialog yg paling melekat dalam otak aku. susah betul nak hilang. aku tidak memberi jawapan pada senior 1 tapi beliau telah dicantas oleh anaknya. berikut jawpan anaknye:

anak senior 1 : mak ni apelah tanya macam tu. anak tu kan rezeki Allah. manalah dia(merujuk pd aku) tau nak dapat anak tu bila.

aku cukup lega dengar jawapan anak senior 1. so aku tak payah nak kata ape2 dah. senyum je(tengok, sakit hati pun masih boleh senyum manis punye).

untuk senior 2 pula, aku jawab dengan sopan santun budi bahasa budaya kita. begini bunyinya.

aku: Allah tak bagi lagi rezeki anak pada saya. kami usaha tapi Allah jua yang tentukan.

lepas aku jawab begitu senior 2 dah tak tanya apa-apa lagi. malah meminta maaf atas kelancangan mulutnya pada aku.

kan dah termaktub bahawa jodoh, ajal, maut, rezeki tu semua ditangan Allah. lainkali janganlah tanya macam tak faham takdir. kadang-kadang aku pelik gak, orang yang konon berilmu agama tinggi, bertitle haji hajah bagi aku pertanyaan yang memang aku tak buleh nak jawab bila.

biarlah itu semua. yang penting aku dapat tengok desperate housewives season 6 tadi. hubby jeles gile sebab die stat download smallville season yg baru tapi stil tak dapat tonton. DH start download petang tadi tapi dalam 4 jam gitu dah habis. maka menari ronggenglah aku!!!

sila lihat gambar raya kami yang aku sangat suka tengok!!! yey!!

5 comments:

  1. weh tu baju meghelip2 ko aritu ke..? abis berkilat2 melekat kat laptop "harta kerajaan" aku... hahaha

    ReplyDelete
  2. Salam

    Sabar je la dengan derang yg tak faham ni kan. Tak per.. sabar itu lebih baik.

    pssst... awak nampak cun la.

    ReplyDelete
  3. kekadang title haji/hajah itu belum menjanjikan ke'mabruran' mereka.. erk bley gtuh?

    nanti jangan lupe bace entry aku pasal 'gossip raya' plak eh.. hehe

    ReplyDelete
  4. Kak Yati,

    Sue pun geram pada yang bertanya tanya.
    Sabar ye Kak Yati, rezeki kak yati dalam bentuk lain dulu...rumah etc etc
    InsyaAllah bila sikecil kak yati ada nanti, dah lengkap dah semuanya :)
    Masa Sue ada sikecil, semuanya belum ada. Terkial kial lagi dengan life.

    Kak Yati jaga diri ye :)

    ReplyDelete
  5. lieya~ bukan. tu baju lain.

    itiyah~ ya sabar lebih baik. jgn le puji2 malu aiiiii.. hehehhe

    nuril~ weh update update

    luna~ sebenarnya tak salah pun mereka nak tanya. cuma bagilah pertanyaan yg akak buleh bagi jawapan. cth: dah ada anak? so akak buleh jawab belum lagi. jika oranag tanya kenapa akak tak beranak2 lagi atau bila nak beranak? sedangkan akak belum mengandung, camno tu nak jawab tu? selalu org suka nak bagi close ended question. tu yg otak jem tu. hihihih. tq sue. sue pun sama jaga diri ye.

    ReplyDelete