perkara kelakar hari ini ialah tidak lain dan tidak bukan berkenaan pelajar-pelajar kesayangan aku tu le!!! hari ini hari ke-2 trial spm. paper pagi tadi ialah pendidikan Islam dan sejarah. aku jaga kedua2 paper tapi kelas berlainan lah.
kertas: pendidikan islam 1 (8.10-10.10am)
lokasi: kelas 5KFL
waktu mengawas: 8.10-8.50 am
aku amik kertas dari bilik peperiksaan dan masuk ke kelas mereka. owh stat dari peperiksaan ini pelajar dikehendaki duduk mengikut angka giliran spm mereka. macam biasa sebelum mulakan kelas perkara yang harus dilakukan ialah:
1) " saya nak awak LURUSKAN barisan meja yang macam ular kena palu ni" ini ayat aku. pelajar kata, "cikgu, meja ni keras macam kayu bukan lembik macam ular"
cessss hampeh betul aku dikenakan oleh mereka.
2) "saya nak awak perhatikan lantai awak, kiri kanan depan belakang, jika ada sampah, tolong kutip. dalam laci meja mesti kosong dan laci hendaklah dipusingkan ke hadapan," ayat suruhan aku tu.
tapi ada sorang pelajar dia dok renung je lantai tu. bila aku tanya, dia kata dia nampak jawapan dalam lantai. huh hampeh!
3) "letakkan alat tulis di atas meja", tang ni semua pelajar patuh.
4) "senyap. jangan bercakap. awak dah bersedia? saya akan edarkan kertas jawapan kemudian kertas soalan. sudah sedia ke?" ayat tanya aku dibiar sepi.
SENYAP SEPI
SENYAP
SEMUA MATA MEMANDANG KE ARAH AKU
SENYAP
SEMUA MATA MEMANDANG KE ARAH AKU
aku dah agak mesti mereka kenakan aku ni. aku pun cakap,
" tapi jika saya tanya sedia jawablah,"
"dah sedia cikguuuuuuuuuuuuuuuuuuuu," amboi bukan main panjang lagi uuuuuuuuuuu tu!!
maka kertas soalan pun diedarkan. tak sampai 5 minit mereka menjawab dah ramai yang 'berwirid.' maklumlah kertas pendidikan islam. wirid harus lebih!! maka tugas akulah utk mengejutkan insan2 yg ber'wirid' tuh. sambil kejut aku bagi kata2 hikmah sikit,
"awak ni, camne nak jadi ketua keluarga ni? baru 5 minit jawab kertas agama dah terlentuk. klu dengar khutbah jumaat macam manelah ye?"
maka insan2 yg berwirid itu dengan mata merah2 terkebil2 memandang aku bagi aku satu senyuman sumbing.
itu kisah jaga exam dalam kelas.
kertas: sejarah 2 (11.30am - 2.00pm)
lokasi: dewan bunga raya
waktu mengawas: 11.10am - 12.20 pm
yang lagi satu ni kisah aku jaga kat dalam dewan bunga raya. dewan ialah pusat peperiksaan pertama (sekolah aku ada 3 pusat peperiksaan ~buleh bayangkan betapa ramai pelajarnye?). dalam dewan ditempatkan 4 kelas di sini. kt dewan kelas yang aku ajar ada 2 iaitu 5 BB dan
5 auto. so tadi aku jaga 5 auto (ala yang kelasnye semua pelajar lelaki tuuuuu)
kertas sejarah 2 bermula jam 11.30am tapi jam 11.10am aku dah tiba. yelah nak edarkan kertas segala. nak suh buat list 1-4 kat atas tu lagi. yang kelakar tu, masa aku bagi arahan tu, ada seorang pelajar namanya farhan. dia dok pandang aku je ( aku rasa tembus kot~ entah ape difikirkannye) so sebab dia pandang kat aku, aku pun senyumlah. laaa senyum cikgu pada anak muridlah. buleh plak die bagi respon:
senyum semula kat aku sambil tertunduk malu dan tersipu-sipu.
"laaaa ape kena lak budak ni?" dalam hati aku bertanya.
kemudian aku tanya dia (sebab dia duduk tak jauh dari tempat aku berdiri)
"awak kenapa, farhan?"
"errr, saya sukalah tengok cikgu senyum! jiwa yang kacau jadi tenanglah!" lebih kurang gitulah ayat dia.
hahahahahaha. dasar lelaki atau apekah?
"dah, tak payah nak mengayat cikgu. cikgu takkan bagi jawapan punye," aku bidas balik kata2 dia.
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?
kenapa aku kata aku takkan bagi jawapan? pelajar2 aku ni ada satu perangai. perangai suka panggil aku dan kemudian bila aku dah dekat dengan mereka, mereka akan bertanyakan jawapan soalan2 tersebut. ape kau ingat aku kioks bergerak?
contohnya macam tadi. beriya aku ke arah si akmal fikri. aku ingatkan die nak kertas lebih ke. sekali tu,
"cikgu, macammana nak eja nama tun dr mahathir?"
ceh hampeh. aku pun sebab kesian bagilah tau,
"M. A.L.A.S J.A.W.A.B" dan kemudian aku senyum pada dia sambil berlalu pergi. hahahahaha (evil grin)
bukan sikit yang dok panggil aku. bila aku lalu tepi mereka je (exam haruslah meronda, tak gitu?) mulalah dok "pssst cikgu" aku. takpun dok "cikgu, cikgu sini kejap," takpun, "cikgu bagi jawapan yang ni aje. satu pun jadilah"
akibat aku semakin 'panas' dengan situasi itu. aku ambil kertas kajang sekolah (test pad sekolah?) yang ada dan aku tulis besar-besar,
"SAYA BUKAN KAUNTER PERTANYAAN"
dan kertas itu aku pegang sambil berjalan mengawasi mereka. setiap kali ada yang dok pssst pstt aku takpun yang panggil nak jawapan aku tunjukkan je kertas tu pada mereka. lalu mereka tersengih malu2.
kreatif tak aku? :P
best best! hehehehe saya dapat menyelami situasi kamu itu. :)
ReplyDeleteaku dulu masa exam cukup tak koser nak panggil2 cikgu.
ReplyDeletecube lah jwb sedaya mungkin..
aku if ada student tanye, angkat bahu, then blah!
kijam tak?
btw, padan aa dari tadi aku peliks ngan template blog ko.. rupenye nk cat baru.. sempena raye eh?
irtiyah ~ kui2 kanaka2 ribena memang begitu kan?
ReplyDeleteayanlu run ~ kite dulu budak baiks. ahaks! tak sempat nak panggil cikgu sebab idea mencurah2 :P
templat buat pasal. maka harus kena tukar. dari sahur buat tak menjadi. dah petang baru jadik (mujur ade pomen tak berbayar jat umah aku ni. hehehe)
ko ni...buat aku pecah perut baca sensorang... bagus gak idea ko ye.. lain kali aku pun nak wat camtu ler..keh keh keh
ReplyDeletegarang jugak kakak ku ini..
ReplyDeletexdapt ku bayang cmne nak ngajar nnti..
xmau ar ngajar cmnie..
huhuhuu......
http://syaafique.blogspot.com/