sebagai seorang guru wanita yang comel lagi menawan (kasi canlah aku puji diri sendiri :P) aku sering menjadi mangsa buli pelajar-[pelajar2 ku sendiri (weh apekah? kena buli?).
maksud buli di sini ialah memandangkan aku ada 4 buah kelas SPM (5auto & 5KFL semua lelaki- iye semua lelaki dan 5BB&5ppu mix laki pompuan tapi masih ramai lelakinye) kadang2 mereka suka bagi soalan macam di bawah:
situasi 1: tadi aku sedang buat ulangkaji applied science utk trial SPM yg akan muncul esok. jadi aku bagilah hint2 atau spot question yg aku agak2 akan keluar. aku pun cakap,
" saya nak awak baca ms 78. ok saya nak awak tekankan pada topik prevention of pregnancy,"
waktu ni kelas dah mula riuh. seriuh itik pulang petang. aku tak habis cakap lagi pelajar dah potong,
"cikgu, cikgu macam mana nak pakai kondom?"
aku jenis selamba badak pun jawab,
"oh senang aje. awak pakai macam nak pakai stokin,"
kemudian seisi kelas pun mem boooooo pelajar itu. agaknye mereka tak sangka aku selamba badak jawab (weh aku bukan badak- tu perumpamaan je tau).
so aku sambung bagi penerangan. ku pikir dah habis pasal tu tetiba seorang lagi pelajar bersuara,
"cikgu, kalau benda tu dah ada dalam rahim camne nak buang?" soalan ni dia ulang 2-3 kali sebab aku saje malas nak layan tapi pelajar ni tak give up nak tanya aku.
aiseyh budak ni selamba je tanya. aku pun jawab, " yg kamu nak buang tu buat ape? haaaaaaa girlfriend kamu nak buang ke?"
seisi kelas riuh. yes aku telah berjaya mengalihkan topik itu. aku memang tak nak jawab soalan tu. bimbang nanti dipraktikkan dek kanak2 ribena itu.
situasi 2: kelas sunyi sepi sebab masing-masing sibuk nak kira peak voltage, frekuensi dan period bagi OSK (tatau OSK, CRO pernah dengar?). aku memang perasan seorang pelajar dok usha aku ya berada di depan. tapi aku selamba je. bila kelas dah tamat, dia jadi orang terakhir sekali berbaris nak keluar kelas. soalan yg ditujukan untuk aku,
"cikgu, ni kan bulan puasa. kenapa saya nampak cikgu macam mengunyah aje. cikgu makan gula-gula ye?"
sumpah dalam hati aku memang nak gelak golek2. amboi prihatinnya dengan aku. sedangkan aku bukanlah makan macam hisap gula2 atau ape. sebenarnya....
opsss aku pun jawab, "takdelah cikgu main gigi"
pelajar aku tu keluar kelas dengan penuh tanda soal ??????????????????????????????? lebih banyak aku rasa.
tapi sebenarnya memang aku main dengan gigi pun. main dengan gigi palsu ku. (hahahahahahahahaha)
tataulah tu memang dah jadi habit aku. gigi aku tu dah longgar. baru 3 bulan dah longgar. rasa nak wat barulah. hehehehe
ish3 student skrg..
ReplyDeleteaku dlu2 agak naif nk tanye soklan2 gini.. hahaha
SALAM..
ReplyDeleteberani betul budak2 sekarang.zaman saya x berani nak tanya soklan2 camtu
kaktie!
ReplyDeleteits sooo lawak okek!!
adeih. main gigi kat umah boley kak.
sian bdak tu blank. huhu!
ayanli run~ aku bukan setakat naif. takde perasaan. tau pun masa belajar biologi dgn cikgu raedah.
ReplyDeleteHappyIrfa~ pelajar sekarang memang dah bbanyak terdedah dgn media massa. pemikiran pun sangat advance. huhuhu
natcsensei~ akak tak bul;eh menahan diri dari main gigi lah dik. hahahaha
2 X 5 = 10 dengan anak murid saya.
ReplyDelete