Ikut AiTotYati

31.8.09

S.A.B.A.R

banyak dah. bukan setakat berguni2 tapi dah menggunung dan aku takut laharnya akan meletup menjelang syawal yang berbahagia ini.


Jengkel 1

senior : *****, senior dah ada 2 org cucu ni. kamu bila lagi? nanti tak terlawan kamu. padahal
kan kamu dengan dia dulu berkhatam bersama-sama dan kamu yang kahwin dulu.
muka : senyum simpul muka nak bergenang air mata.
hati : oh hati sabarlah. manusia ini tidak perasan ayatnya itu. aku memang tak terlawan
takdir Allah.



Jengkel 2

senior : kawan **** yang kahwin bulan 6 hari tu dah 'lekat' dah.
muka : terkesima kejap. senyum.
hati : patutnya bagilah aku sokongan. ni tak lagi 'kondem' aku adelah.



Jengkel 3

senior : ***** dulu kahwin lambat tapi terus lekat. kamu ni dah nak masuk 4 tahun kahwin
takkan takde ape2 lagi?
muka : buat pandangan tak reti nak jawab ape dah.
hati : itukan rezeki masing2. jika mendapatkan anak semudah membeli ikan di pasar dah
lama aku beli.


Jengkel 4

senior : ****** ni anaknye kahwin lambat daripada kamu tapi pakcik dah ada seorang. nanti
kamu kirim salam bapa kamu ye.
muka : senyum dan mengangguk.
hati : dah rezeki kmu tersurat begitu. hati tenanglah.


ini bukan entri mengeluh. sekadar luahan. tolong jangan bagi soalan yang menyebabkan tuan punya badan tak reti nak jawab dan rasa nak pecah empangan. tapi aku yakin masa aku belum tiba. kalau aku nak hidup dengan perasaan rendah diri memang aku tak ke mana. asyik nak meratapi nasib. bangkitlahhhhhhh (aisey bukan bangkit dari kubur). lantaklah orang nak kata ape. janji kami bahagia dan tak menyusahkan kamu (opsss mungkin kamu susah hati sebab kami tiada penymbung zuriat lagi? atau kamu susah hati jadi orang terakhir yang tahu berita gembira kami? hehehehehe)

siapa yang tidak mahu penyambung zuriat?

6 comments:

  1. Sabarlah. dan itulah separuh dari iman. dan Allah melimpahkan rahmat pada org beriman.

    hm direnung2... ada hikmah sebalik sumer ni.

    antaranya, aku still leh meng-gile2 dengan ko! eheks

    ReplyDelete
  2. Sabarlah. dan itulah separuh dari iman. dan Allah melimpahkan rahmat pada org beriman.

    hm direnung2... ada hikmah sebalik sumer ni.

    antaranya, aku still leh meng-gile2 dengan ko! eheks

    ReplyDelete
  3. ayanli run ~ ya betulll tu. bile lagi kite nak meng-gile2 kan? hehehe

    natcsensei~ terima kasih dik

    ReplyDelete
  4. sabar banyak..! hari itu insya'Allah pasti akan tiba..

    ReplyDelete
  5. salam

    mari kita pikir +ve version 2 sept 09

    "kita orang glamer, sebab tu mereka ingin mengambil tahu."

    lalalalaalalaaa

    ReplyDelete