Ikut AiTotYati

10.8.09

RM 10 JE PULAK

caller: hello, boleh saya bercakap dengan cik ***********?
aku: saya bercakap.

caller: saya ****** wakil Telekom nak bagitau cik promosi yang terbaru dari TM.
aku: owh ok.

caller: cik cuma tambah rm10 sahaja untuk mendapatkan keistimewaan menghubungi seluruh malaysia dengan kadar 30sen /minit. dan yang paling best tu cik, cik akan dapat cordless phone.
aku: owh tak mengapalah. saya ni memang kurang menggunakan telefon rumah. saya masuk line ni pun semata-mata kerana streamyx.

caller: rugi jika cik tak ambil. tambah rm10 sahaja cik akan mendapat cordless telefon.
aku: takpe. saya tak perlukan itu semua.

caller: takpe. cik fikir dulu esok saya telefon semula.
aku: ok sambil meletakkan telefon. (malas dah nak cakap banyak. tak faham bahasakah aku tak mahu?)

KEESOKAN HARINYA

caller: salam cik ***********. bagaimana dengan pakej yang saya tawarkan semalam? rugi jika cik tidak ambil.
aku: saya memang tidak mahu ambil. cukup dengan bil sekarang ini.

caller: rugi cik, tambah rm10 SAHAJA. cik dapat keistimewaan banyak terutamanya cordless telefon.
aku: cik ni asyik menekankan rm10 sahaja. saya nak tanya, rm10 tu untuk sekali menyertai pakej atau perlu dibayar setiap bulan?

caller: errr errr errr
aku: apsal tergagap2?

caller: sebenarnya cik perlu membayarnya setiap bulan.
aku: haaaa tengok awak menipu saya. konon rm10 sahaja. tapi sebenarnya rm10 setiap bulan. peningkatan rm10 setiap bulan sedangkan saya boleh simpan dalam tabung haji. setahun dah rm120 tu. sedangkan bil telefon bimbit saya dan suami setiap bulan pun hanya sekitar rm80 sebab saya subline suami. nak kata telefon kawan-kwan atau kelurga, kami menggunakan telefon bimbit dengan kadar 13 seminit sahaja. kan jauh lebih murah tu.

caller: tapi cik liputan lebih jelas.
aku: habis jika kwn saya tu tak ada telefon rumah berguna ke liputan lebih jelas tu?

diam.... diam... diam.....

caller: habis cik memang taknak lah?
aku: TAKNAK. semalam lagi saya telah katakan tidak berminat.

caller: boleh saya tahu mengapa?
aku: dalam hati- ayoyo napelah tak faham bahasa minah ni?
: saya memang tidak berminat. kan saya dah kata, saya melanggan telekom pun kerana
streamyx. lagipun kadar seminit telefon bimbit saya jauh lebih murah daripd telekom.
keluarga saya pun kebanyakannya menggunakan talian digi. jadi saya boleh memanggil
mereka dengan kadar 10seminit sahaja. dua puluh sen lebih murah daripada telekom.

caller: takpelah. terima kasih cik.
aku: sama-sama.

setakat cordless phone tu apelah nak heran. handset kan ade. lagi satu, mujur aku tanya betul-betul. jika tidak membazir rm10 aku tu setiap bulan. baik makan satay. rm10 boleh dapat 20 cucuk sate tau (fevret food aku)

2 comments:

  1. hahaha.. aku pun suka satay... betul betul betul..!

    ReplyDelete
  2. rieya, betul tu. belanja ko pun lagi best kan?

    ReplyDelete