Ikut AiTotYati

17.8.09

PENGARUH AKU?

itu bukan kali pertama aku mendengar dialog sebegitu rupa. dialog itu semakin panas menjelang 15ogos 2009., aku kira (termasuk yang minggu lepas punye), dia adalah orang yang kesebelas (mungkin jika aku tak miss yang lain2) yang cakap dialog itu depan aku. yang cakap belakang? aku tak tahu dan aku tak mahu ambil tahu.

"ini semua **** punye pasal!"

aku? aku dipersalahkan lagi. hahahahahahaha. tapi best apa! sekurang-kurangnya aku membawa pengaruh yang baik.

aku tau apa yang kamu fikirkan. apa kes lagi ni?

sebenarnya rakan-rakan sekerja aku yang lain harus membuat proposal kajian tindakan yang harus dihantar pada 15ogos lepas. so apa kaitan dengan aku pulak ye?

ok begini.

pada tahun 2007 aku telah membuat satu kajian tindakan. dan kemudiannya kajian tindakan aku itu telah terpilih untuk dibentangkan di peringkat negeri melaka. dan selepas membuat pembentangan pada tahun 2008 aku telah mewakili melaka ke the 1st malaysia-thailand educational conference yang telah berlangsung selama 5hari. kajian tindakan aku juga telah diterbitkan dalam buletin kajian tindakan dan dalam buku kajian tindakan. begitulah ceritanya.

jadi...kaitannya?

ada di antara rakan-rakan sekerja mengatakan akulah penyebab mereka kena membuat kajian tindakan itu kerana pada mesyuarat guru edisi 1(awal tahun 2009) aku telah diminta utk membentangkan kajian tindakan aku itu di dalam mesyuarat guru. yang sebenarnya ialah pihak BPTV baru mula menggerakkan budaya kajian tindakan ini di kalangan guru-guru sm teknik sedangkan jika di pihak JPN, memang ada unit tindakan khas (tak pasti jika sekarang masih ada atau tidak).

pada pendapat aku, jika aku membawa pengaruh buruk aku patut malu tapi aku telah membawa pengaruh yang baik. membudayakan kajian tindakan di kalangan guru-guru. bukankah itu baik? (sila kembang-kembang hidung sekarang..hahahahaha)

dan juga aku rasa gembira kerana dapat membantu rakan-rakan yang lain yang agak samar2 utk membuat kajian tindakan ini.

2 comments:

  1. apa la diorg ni.. itu pun tak puas hati.. manusia mmg macam tu..aku sendiri teringin nak buat kajian tindakan tp aku tak tau camne caranya dn apa kajian yang aku nak buat..hehehe

    ReplyDelete
  2. salam rieya,
    tak sebenarnya mereka bukan tak puashati tapi mungkin melawak dengan aku cara begitu.
    aku juga tak pikir negatif. aku pandang yg positif jeeee. jika betul disebabkan aku mereka kena buat kajian tindakan tu (wah besarle pengaruh aku.. ko dapat tangkap tak? hehehehe)
    klu hang nak panduan aku sedia membantu.

    ReplyDelete