Ikut AiTotYati

20.8.09

TIADA LAGI JUMAAT UNTUK KAMU

"mohd syafiq yazid, cepat balik kelas..apalagi yang awak buat tu?" aku sedikit menjerit dari meja guru makmal Sains sambil menuju ke arahnya.

"kejap cikgu, sikit lagi nak habiskan nota ni, " syafiq menjawab sambil menulis. pantas sahaja tangannya menulis.

"itulah dari tadi saya suruh awak salin nota tu tapi awak nak main-main je," aku konon-konon nak marah sambil mengacah nak pulas telinga dia. tapi aku tak buat pun sebab aku memang lihat dia bersungguh-sungguh salin. aku kembali ke meja aku.

pelajar lain semua sudah bergerak ke kelas meninggalkannya seorang. cepat-cepat dia mengemas barangnya. sesudah itu dia mendekati aku.

"cikgu, saya minta maaf zahir batin ye," sambil dia menghulurkan tangan kepada aku.

"haaa mula lah tu buang tabiat ke? awak ada buat salah dengan saya ke?" aku menduga sambil membiarkan huluran tangannya tidak bersambut.

"takdelah cikgu, manalah tau saya tak sempat nak beraya dengan cikgu tahun ni. dahlah tahun lepas tak dapat datang raya rumah cikgu," dia menyambung kata.

"alaaaaa, nanti tahun ni saya buatlah makan-makan sikit jemput awak semua datang makan," aku berkata.

"cikgu, saya betul-betul minta maaf ni tau," dia mengulangi ayat itu.

"ha yelah tu. esok lusa buat salah lagi dengan saya" aku membalas semula.

"takdelah cikgu. manalah tau kita tak jumpa lagi ke?" balas syafiq.

syafiq telah melangkah keluar makmal. namun tiba-tiba dia berpatah balik ke arah aku yang masih mengemaskan laptop di meja guru makmal sains.

"cikgu, saya nak tengok kertas ujian topikal 2 hari tu boleh tak?" dia bertanya.

"hmmm... jumaat minggu depanlah ye. cikgu nak cepat turun ni," aku berikan jawapan sambil dia menawarkan bantuannya untuk menghantarkan laptop aku ke makmal siber. aku nampak wajah dia sedikit kehampaan tapi disebabkan tadi aku dah sebutkan markahnya sewaktu dalam kelas maka aku rasa tak perlulah tunaikan hasrat dia tu. tunggu jumaat minggu depan.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

"syafiq yazid, kenapalah awak potong rambut macam tu? kan cikgu disiplin dah tahan awak," aku tanya dia selepas selesai program jejak pakar applied science jam 2.40petang, selasa 18/8/09.

"ala cikgu, takpelah saya tak kisah pun kena tahan. bila lagi nak wat gaya macam ni," dia berseloroh.

"awak ni, ade je jawapan. minggu lepas baru minta maaf dengan saya," aku perli dia.

"ala cikgu, takpelah mana tau nanti cikgu rindu nak bercakap dengan saya," dia membalas sambil memberikan senyuman paling manis.

"ada jelah awak menjawab. awak balik naik ape? nak tumpang saya ke?" aku bertanya.

"takpe cikgu, saya balik dengan kawan saya hari ini," balasnya.


-------------------------------------------------------------------------------------------------

jam 11:04 malam tadi aku terima sms dari seorang rakan sekerja.

"salam akak. pelajar 5KFL mohd syafiq b. yazid meninggal baru ni ha... eksiden motor. akak ajar dia kan?"

sms yang aku terima betul-betul buat darah aku berderau. aku yang pada awalnya mengantuk terus celik mata. malam tadi lepas setengah jam bergolek-golek atas katil baru aku dapat melelapkan mata.

mohd syafiq b. yazid merupakan pelajar kelas 5kfl. aku mengajar arwah dari tingkatan 4 lagi. subjek yang aku ajar ialah applied science. arwah seorang yang agak nakal tapi bukan jenis yang mendatangkan masalah. mulut boleh tahan becok pot pet macam makcik tapi selalu ringan tulang. dia selalu tolong hantarkan laptop aku ke makmal siber. dan aku juga selalu tumpangkan dia balik sebab jalan aku balik memang lalu kampung arwah.

sebenarnya yang buat aku terkilan ialah arwah tak sempat nak tengok kertas ujian topikal 2 dia. sebab aku memang dah plan nak buat ulangkaji esok pagi (jumaat). tapi memang dah takdir dia tak sempat bertemu jumaat minggu ini.

menurut rakan-rakannya arwah kemalangan dengan lori. tempat kejadian sangat hampir dengan sekolah. malam tadi arwah kemalangan sewaktu nak pulang ke rumahnya di kampung tun razak. patutlah masa aku lalu jalan tu pagi tadi untuk ke tempat kerja, aku nampak serpihan kaca dan helmet bertaburan di atas jalan raya.

Buat syafiq b. yazid, cikgu memang sudah lama memaafkan segala kesalahan yang kamu lakukan samada sengaja atau tidak. tak sangka, kamu memang minta maaf seperti kamu tahu yang ajal kamu semakin hampir. kebaikan dan lawak kamu akan cikgu kenang. maafkan cikgu sebab tak tunaikan hasrat kamu nak lihat kertas ujian topikal 2 tu.

al-fatihah buat mohd syafiq b. yazid....... semoga rohnya dicucuri rahmat.

4 comments:

  1. salam

    sungguh menyentuh hati. Jangan rasa terkilan sangat ttg kertas itu. Sudah ditakdirkan begitu.

    Bila pula masa kita akan tiba? Ya Allah...

    ReplyDelete
  2. salam irtiyah,
    memang cuba untuk tidak terkilan tapi asyik teringat aje. huhuhuu

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah.. moga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah..

    ReplyDelete