Ikut AiTotYati

7.8.09

KERJA BODOH????

situasi 1

tadi semasa aku sedang makan di kantin datang trio MAF. mereka join table dengan aku.
mereka mula berbual sesama mereka. aku macam biasalah hanya mendengar.

berbual

berbual

berbual

tiba2 A disakat oleh M&F sebab A dapat APC. si A yang tak dapat melepaskan diri tetiba memasukkan perihal aku dalam perbualan mereka.

A kata, "ala aku dapat APC pasal peningkatan dalam subjek **. bukan pasal aku buat KERJA-KERJA BODOH macam si **** buat.

aku tercengang. %&&*%%$#%$ - ni dalam hati aku ajelah.
ape kejadahnya aku diheret dalam konflik AMF ni?
apakah salah dan dosaku?

A kata lagi, "akak rasa kalau kau dah cukup 5 tahun mesti kau dapat punye. kau kan rajin" sambil memuncungkan mulutnya ke arah aku.
sumpah muncung tajam gila!!
dah le lipstik merah menyala.

dalam hati aku hanya bersabar. malas aku nak layan manusia macam ni. kamu nak lepaskan diri daripada disakat oleh kawan-kawan kamu tiba-tiba aku pula yang jadi mangsa.
apa kejadahnya semua ini?

aku minta izin sebab nak sambung buat kerja. sambil berlalu aku kata,

"ok kak, saya naik dulu ye. nak sambung key in data SMM. hari ini dah 7 ogos 09. data terkini pelajar nak kena hantar tiap awal bulan. itulah KERJA BODOH yang saya buat untuk sekolah kesayangan saya ini"

mereka tercengang.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
monolog aku:

jika ikutkan hati, memang aku tak nak buat kerja-kerja pengkeranian macam tu. apa core business seorang guru?

pandai pun kamu jawab. MENGAJAR!!!

tapi fenomena yang berlaku di sekolah sekarang ialah guru2 dibebankan dengan kerja-kerja sampingan yang digelar "KERJA BODOH" oleh si A itu.

ini bukan entri mengeluh tapi sekadar luahan. tolong jangan cakap "kerja BODOH"!!!

jika bukan kerana kerja bodoh tu pihak JPN tidak akan dapat data-data terkini pelajar, BTPN tidak akan dapat kad daftar harta modal, PKG tak akan dapat buat kursus di sekolah. tiada sebarang program akan berjalan di sekolah kerana setiap guru harus melakukan kerja bodoh seperti membeli hadiah, mengedit, mengemas kelas, mengecat dan sebagainya.

sila abaikan sahaja orang-oarang yang seperti itu!!

_______________________________________________________________________

Situasi 2

berlaku di kantin juga selasa baru ni. trio NAS ini memang terkenal dengan kelaseran dan tahap rileks yang tinggi. aku duduk di situ kerana meja lain sudah penuh. jika nak tau berita terkini hiburan sensasi duduklah dengan mereka. nescaya segala gosip2 akan terkeluar. dijamin!!!

si A berkata,
"korang tau tak ***** minta nak jadi guru cemerlang!! aku cakap kat dia. tak payahlah minta nak jadi guru cemerlang, cukup jelah jadi guru tingkatan cemerlang"

perbualan itu diikuti dengan ketawa yang berdekah-dekah.

monolog aku- kenapalah irihati sangat dengan ***** tu. biarlah dia nak minta jadi ape pun. memang berhak. apa salahnya. jika kamu taknak jadi janganlah kamu mempersendakan orang. alahai manusia manusia. tak boleh tengok orang senang.

7 comments:

  1. Salam

    kalau diorang pakai laser. kita pakai nuklear boleh tak?

    aku gurau. aku teringin gak jadi laser macam orang2 buat kat aku. tapi aku takut aku kena laser kat akhirat. Aku cuba sabar dulu.

    ReplyDelete
  2. salam irtiyah,
    itulah kita sabar shj dengan karenah mereka tapi itu yg kadang2 mereka naik kepala. asik nak perli-perli orang tidak kira siapa.

    harapnya janganlah kita jadi sebegitu rupa ya ;D

    ReplyDelete
  3. huhu yat, aku sokong ko. klu nk tau, keje2 yg 'diorg' anggap bodo ni la yg buat kita pandai... lebih pandai dr si 'bodo' yg tk tau apa2 tu... sama mcm katak bwk tempurung - dr mula dtg 'diorg' kenal 'katak', smpai pencen sok 'katak tu je yg dia kenal.... yg lain2 hampesssss.

    aku??? aku suka wat keje2 sampingan aka 'keje bodo' mcm yg 'diorg' ckp tu coz ia buat aku tau banyak perkara.... huhu

    ReplyDelete
  4. salam cikgu faizah,

    saya setuju dengan pandangn itu.
    'kerja bodoh' itulah yang membantu melancarkan pengurusan sesebuah sekolah.

    ReplyDelete
  5. ignore je org camtu.. diorg lagik teruk n 'bodo'. tu sebab diorg tak terpilih utk wat keje2 ko tu.. hihihi..aku sokong jawapan ko pada diorg..

    ReplyDelete
  6. salam..

    saya buat blog walking.. & terbaca blog awk.. isu yg menarik..

    yup.. saya ada a few kawan2 yg keje as cikgu.. honestly.. mmg kesian tgk diorg.. sbb sebagai cikgu.. keje diorg sptnya hanya mengajar.. tp.. apa yg saya tgk.. macam2 keje lain diorg kene buat.. macam yg awak ckp.. keje2 admin pun kadang2 diorg yg buat..

    Tak cukup dgn tu.. org gov lain keje seminggu 5 hari.. sy tgk cikgu2 ni..kadang2 hari sabtu..ahad.. pun kene keje.. ye la.. sekarang ni.. macam2 aktiviti dijalankan tuk murid2.. sukan lah.. PIBG la.. macam2 lagi..

    so.. sy rasa.. sekarang.. kerja cikgu x boleh dipandang rendah lagi.. seriously..

    ReplyDelete
  7. salam idealogi hidayah,
    fenomena inilah yang melanda kebanyakan guru-guru sekolah.

    tapi kami niatkan dalam hati sesungguhnya itu semua adalah tanggungkawab yang diamanahkan. mahu atau tidak kami harus akur dan cuba membahagikan masa dengan sebaiknya.

    merungut tidak ada gunanya yang penting FIKIR BAGAIMANA UNTUK BERTINDAK SEGERA.

    sabtu ahad ke sekolah dah jadi lumrah dan saya dah terbiasa.

    apapun doakan kami dapat mendidik anak bangsa dengan sempurna!!!

    ReplyDelete