disebabkan aku lambat maka hubby pun telah marah-marah sayang pada aku (haaaa yelah padan muka aku- jam 8.00malam baru nak solat maghrib? padahal jam 8.33pm dah masuk waktu isyak). solat terawih nak gi buat kat masjid MITC.
kami tiba di masjid MITC sebelum masuknya waktu isyak. hubby bersuara,
"orang datang masjid nak buat pahala, tapi ini menyusahkan orang. kan dah dapat dosa je tak pasal-pasal"
oh hubby membebel sebab umat Muhammad yang datang nak solat terawih di masjid MITC tu telah parking di kiri kanan jalan menuju ke parking lot masjid. mereka yang parking suka2 hati tu telah menyebabkan kesesakan dan kesukaran manusia lain. sedangkan parking lot yang disediakn besar dan banyak lagi kosong - lumrah masyarakat malaysia yang pentingkan diri - nak parking dekat-dekat nk memudahkan diri & keluarga sedangkan hakikatnya telah menyusahkan orang lain - kalau kereta tu dilanggar/ orang lain terlanggar baru sibuk padanmuka kamu!!!
so setelah kami parked kereta, masing-masing bawa haluan. setibanya aku di dewan solat muslimah (tingkat atas- aduyai bercinta aku panjat tangga-lenguh) aku pakai telekung dan stokin untuk melakukan solat tahiyatul masjid. tapi aku tak dapat nak pakai stokin yang aku bawa. kenapa?
aku yang bijak telah tanpa usul periksa terambil sarung lengan muslimah okay. bukan stokin. hahahahahahaha - tak perasan sebab sarung lengan tu aku gulung macam aku buat kat stokin-stokin lain. aku perasan masa aku nak sarung ke kaki tu ada seorang budak tengah pandang aku- dia pandang aku dan senyum pada aku - ok aku senyum sumbing nak cover malu2 kucing dan teruskan hajat nak wat solat sunat tu. wakakakakakka lain kali cek barang yang dibawa!!!1
ngam-ngam je aku hbs solat sunat azan isyak berkumandang. aku amik port kat sebelah seorang makcik bertopeng yang duduk di kerusi. iye makcik tu duduk atas kerusi. aku pasti dia lenguh kaki or tak boleh rukuk n sujud macam aku. sebenarnya masa aku menuju ke dewan muslimah aku juga bertembung dengan pakcik yang bawa kerusi lipat. masjid MITC ni imam akan baca juzu' al-Quran masa solat terawih. memang panjang dan biasanya jika solat di sini aku buat 8rakaat je.
satu perkara je yang aku kurang berkenan masa solat terawih ni. kehadiran kanak-kanak kecil yang menangis dan merayau-rayau di saf jemaah. aku bukan anti budak kecik (weh aku teringin sangat nak anak-belum rezeki- jawapan klise) tapi aku sangat tak suka sebab masa aku tengah solat kanak-kanak tu 'makan angin' di saf jemaah aku. budak tu boleh buat lari pecut 100m kat saf kami. bayangkan le masa nak sujud aku kena hati-hati sebab budak kecik tu merayau-rayau. geram betul aku. sumpah memang tak khusyuk terawih aku. mak budak tu tak marah pun anak dia. cuma ambil semula anak dia n letak kat depan dia. ape tak pikir ke anak dia tu boleh berjalan-jalan? pada pendapat akulah, jika anak kamu masih kecil dan tak dapat dikawal, tak perlulah bawa ke masjid. budak tu jadi gangguan je. sumpah aku memang bengang!! masa rakaat ke-8 budak tu bantai menangis pulak. uish radio tak berbayar.
so itulah kejadian malam pertama kami.
dalam otak kepala kamu fikir ape haaaaa?
weh sila sucikan minda ok.
hari ini hari pertama puasa. selamat berpuasa semua!!!!
ok entri ini sepatutnya ditambah puasa - MALAM PERTAMA KAMI BERPUASA. :P
salam.
ReplyDeleteaduhai..
ingtkan apa la yg ditulis kat sini.
agak seram jugak nak baca..
ingt ke mlm pertama apa kan td.
hehe.
ramadhan kareem.
salam kembali. hehehehe.
ReplyDeletepe susah..ikat la hujung sarung tgn 2..trus jd stokin..huahuahua
ReplyDelete