Ikut AiTotYati

24.8.09

DAIA..... LUPAKAN YANG LAIN!

objektif pada hari ini ialah:

1) basuh kain telekung + kain lain yang menimbun
2) kemas barang-barang yang baru dibeli dari Mydin mall
3) kira duit tabung kecemasan sebab nak tukar syiling dengan duit kertas makmal siber
4) lipat kain
5) sarungkan semula kusyen ruang tamu

maka pagi tadi setelah berjaya merehatkan mata dari jam 6.30-10.00 pagi aku mula menjalankan tugas. hubby dah keluar jam 9.30pagi. keburukan tidur selepas subuh ialah kamu akan bangun dengan kepala yang pening. iye pening sampai aku rasa macam nak tanggal jap kepala n tidur semula. oh tapi tak boleh sebab ada objektif yang perlu dilaksanakan. lagipun baru pagi ini aku tidur lepas sahur. esok2 taknak buat dah. penin kepala aku!

Dengan semangat waja aku pun mula mengheret timbunan kain (aku tak boleh angkat barang- biasa hubby buat tapi hubby takde- huhuhu). setelah aku memasukkan 2 pasang kain telekung dan 2helai kain batik+pelikat dan anak tudung aku pun buka pili air dan tekan "start" pada mesin basuh. oh surirumah sekarang mudah- let machine washes the clothes.

setelah menekan start, air pun mencurah-curah masuk. aku ambil detergen daia dan masukkan mengikut sukatannya. kemudian aku harus masukkan softener aka pelembut kain daia juga. oh aku nampak refill packet softener di tepi kotak detergen daia 5kg itu (boleh tahan 3bulan eh). tanpa rasa ragu aku ambil dan masuk ke dapur (mesin basuh di luar belakang) ambil gunting dan gunting peket itu. wahhhh harum semerbak softener yang ini. aku tak pernah guna lemon (warna oren).

"fuh menyengat bau nih. mesti telekung aku wangi ni," detik hati aku.

so aku segera menuang ke comforter compartment dalam mesin basuh. aku pelik kenapa warna cecair pelembut itu transparent dan compartment itu hampir penuh tatkala aku ternampak tulisan,


"daia, FLOOR CLEANER"


weh apakah yang aku telah lakukan? aku dah tuang sabun pencuci lantai dalam mesin basuh!!! nak basuh telekung aku pulak tuh!!!

padanlah hubby tak buka peket itu (sejak aku sakit semula hubby yang angkat n basuh baju2 kami-lipat kain je aku buat -hubby memang baik- timakasih!)

hahahahaha.. kira nasiblah. aku cuba nak keluarkan cecair pencuci lantai itu dari compartmentnye tapi tak boleh. so aku just ambil softener softlan yang masih berbungkus dalam plastik mydin dan aku campurkan sahaja!!!

sewaktu mesin aku sedang menjalankan tugas2nya memang terbau keharuman pencuci lantai itu. namun begitu, alhamdulillah telekung aku selamat tiada kerosakan malahan tambah wangi. mungkin lepas ni buleh buat lagi kot? hahahahaha. kamu nak buat?

DAIA... LUPAKAN YANG LAIN. (see memang aku dah lupakan yang lain pun. sampai basuh telekung pun nak guna daia floor cleaner..hahaha)

9 comments:

  1. salam

    menjerit kecil saya bila baca 'pencuci lantai'. Tapi ok saje je ye telekong tu.

    saya rasa tak selamat utk sesi ulang tayang. saya takut pakaian awak reput. :D

    ReplyDelete
  2. salam irtiyah,

    moral: jangan tidur lepas subuh nanti jadi macam saya. hehehehe :B

    lepas ini mata saya harus lebih tajam. :D

    ReplyDelete
  3. aduh. tak tahan nak gelak! hikhik

    * psst : 1st timer kat sini

    ReplyDelete
  4. hai swit@kon,
    hihihihi bila dikenang memang kelakar. lain kali baca label betul2. jangan main angkat je.

    ReplyDelete
  5. salam .

    Wahh.. pencuci lantai daia . saya suka yang kaler merah ngan hijau . bau dia besh kann..kan ..

    oppss ! basuh telekong ? owh..tidak, saya seriau okeh . ekekek .

    btw ~ tq singgah blog saya and selamat menjalani ibadah puasa .

    ReplyDelete
  6. salam linda,
    hehehehe. yg hijau tu mmg besh!!! mangiiiiiiii je..

    selamat berbuka juga yer

    ReplyDelete
  7. lame sungguh tak layan ko ngarut pn yatie.. hehehe
    teringat zaman kite berbalas2 surat dulu..

    ReplyDelete
  8. nak gak la..ble kehabisan stock softener..hahaha

    ReplyDelete
  9. emi, jangan kau buat, nanti reput. hihihihihi

    ReplyDelete